Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’ bertemakan merah jambu itu diseragamkan ke semua laluan bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada golongan sasaran.
“Berdasarkan maklum balas penumpang sebelum gerabak ini direalisasikan, lebih 95 peratus bersetuju sekiranya koc berasingan disediakan dalam usaha mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual atau penyeluk saku.
“Koc Merah Jambu ini juga dibuka setiap hari dengan pelekat khas merah jambu pada bahagian pintu dan tingkap malah lokasi pemberhentian koc juga ditanda dengan warna sama,” katanya selepas membawa rombongan media menaiki gerabak itu di sini, semalam.
Begitupun, kanak-kanak lelaki 12 tahun ke bawah yang bersama ibu mereka boleh menaiki gerabak khas malah KTMB turut mempertimbangkan keselesaan penumpang lain dengan menukar koc wanita sebagai koc biasa sekiranya berlaku insiden atau kelewatan tren yang teruk.
Sementara itu, rata-rata penumpang menyambut baik usaha KTMB memperkenalkan koc itu namun meminta khidmat komuter ditingkatkan terutama dalam mengurangkan kekerapan kelewatan tren yang masih berlaku.
Pereka Grafik, Noor Hakimah Daud, 24, berkata kebiasaannya wanita perlu berasak-asak dengan lelaki terutama pada waktu puncak namun hari pertama koc wanita diperkenalkan, keadaan tampak berubah.Bagi pelajar, Nandra Fairuz Indra, 18, berkata insiden begnya diseluk tahun lalu membuatkannya cuak apabila menaiki komuter dan pengena-lan koc itu mampu mengelakkan wanita lain menjadi mangsa.
Pegawai Bank, Ong Choe Kent, 25, berkata makluman kewujudan koc itu perlu dihebahkan bukan sekadar menampal pelekat merah jambu atau membuat pengumuman di stesen kerana masih ramai tidak sedar adanya koc itu.
***************************
Pagi tadi dengar la tajuk ni kat AM Crew, hot.fm. Pastu ada satu pemanggil nama Sheryl lalalala (kalau x silap) ni telefon tanya, "kalau spesis saya ni macam mana fara & faizal? kalau saya masuk koc merah jambu tu sure kena halau." Pastu si Fara cakap apa tau, "xpe, dia xcheck ic pun nak masuk koc tu". hahahaha.. actually btul jgak soalan sheryl tu. makin confuse la mereka. Choaw..
♥ anish ♥
No comments:
Post a Comment