Put puutt.. 1 sms masuk. *ofkos la bukan tu bunyik sms aku. bunyik tone aku best tau. Sms daripada kawan baik aku.. "salam sayang, asal blog ko xde cite2 psal pkwe? hahaha". Kalau kawan aku tu ade depan mata, memang tangan aku ni dah singgah di kepala dia, sekeh sebijik. Saje cari pasal.. bukan dia xtau aku xde pakwe dan xpernah ade pakwe.. yea.. aku s-i-n-g-l-e!
Kebanyakan blog akan dihiasi dengan cerita2 & gambar2 mengenai orang tersayang. Ofkos sebab mereka orang paling penting dalam hidup kita. Bagi yang berkeluarga, gambar suami & anak2 menghiasi entry masing2 dan bagi yang bujang, pasti akan terselit gambar sang kekasih pujaan hati. Tapi aku lain, xpernah ada story pasal yang tersayang. Okay, pasal family in progress, tengah kumpul gambar.. gambar umi ngan abah xbanyak pilihan la.. Dan pasal sang kekasih?? hehe.. orangnya xde, ape nak cerita..
Bukan tak ada yang bertanya, bukan tak ada yang menghulur salam. Yang nak menolong pun ramai;
.::. kawan2 ramai yang suka suki mengkeneng2 kan aku -> sori la korang. xminat la.
.::. Makcik tuan rumah sewa aku pernah menanyakan aku untuk anak temannya -> xpe la mkcik, takut saya nak kawan nga anak2 orang kayo kat KL nih.
.::. Kakak rumah sebelah juga pernah beria2 ingin memperkenalkan aku dengan sepupunya. -> katanya dia suka tengok aku sebab aku ni mcm nur amina.. adehh, sakit perut aku gelak mlm tuh.
.::. Dan terkini, ada yang berani bertanya terus kepada ummiku. -> uwaa, ni yg paling pening. Tolonggg!!
Menipu la kalau aku kata tak penah suka mana2 laki kan. Hati batu ape..haha. Jujur aku akui aku penah suka sorang abang ni. 'Bintangku'. Ye, itu nama dia. Aku suka tengok dia, cukup pakej. Lagak dan peribadinya macam abah aku. Ramah, kelakar, suka nasyid dan kaki masjid. Kenal 7 tahun lalu dan kami rapat 2 tahun lepas. Tapi kami kawan je, mana ada kapel. Ishh, xyah cite panjang la, he's not my Adam. Moga dia bahagia (biar dia xtau aku doakan dia, smoga ada mailaikat yang turut mendoakanku).
Bukankah jodoh itu rahsia Allah? Sebagaimana Allah telah merahsiakan ajal maut kita, begitulah juga jodoh kita. Tidak perlu gusar mencari atau mengejarnya *ofkos kena usaha jugak untuk dapat yg terbaik. Aku pun bukanlah baik mana, seorang gadis akhir zaman yang punya cita2 untuk menjadi yang terbaik. Masing2 telah tertulis. Ikhlas aku katakan, aku xpernah mencari jodohku, hanya yang aku mampu usahakan ialah menjaga diri sendiri dan cuba buat yang terbaik dengan harapan akan mendapat yang terbaik insyaAllah. Tidak pernah aku berdoa untuk dipercepatkan jodoh, cuma kumohon dipermudahkan jodohku yang terbaik buat dunia dan akhiratku. Dialah pemilik hati dan hidup ini, maka aku redha kepada siapa Dia ingin serahkannya. Pada saat dan waktunya, Dia pasti akan menemukan hamba-hambaNya dengan jodoh masing2 seperti yang ditetapkan.
' Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada berdua tetapi mencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yang mencemarkan maruah diri'
Bukan ustaz bukan alim ulamak yang aku harapkan. Cukuplah dia mampu menjadi imam solatku dan mengimami bahtera hidup kami sekeluarga. Kawan aku cakap aku mahal. Haha.. whatever. Cinta yang mahal ini kusiapkan untuk seseorang yang terlalu istimewa. Seseorang yang mampu mengetuk pintu hatiku bukan dengan cintanya padaku, tetapi kerana cintanya kepada Allah. Siapalah aku ini, cuma ingin menumpang cinta Al Kholiq.
'Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya'
(unknown source)
Jauh di sudut hati, aku xsabar untuk bertemu dengan sang Adam yang diciptakan Allah untukku. Aku selalu berasakan dia dekat sekali denganku. Meskipun aku masih tidak tahu siapakah gerangannya, rindu itu selalu ada. Rindu itu suatu cerita yang amat bahagia kerana kerinduan itu sebahagian daripada nafas cinta. Kutahu, apabila masa dan saatnya tiba, Allah akan menemukan aku dengan si dia.
"Bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku ini? Pasti akan kutunggu saat dan ketika itu ya Kholiq, ya Rahman. Bukakanlah hati ini untuk mencintainya dengan sekadar cinta yang telah Engkau tetapkan. Titipkan salam rinduku padanya walau di mana saja dia berada. Pertemukan dan satukan kami dalam keredhaan dan rahmatMu. Amin"
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cinta yang Engkau redhai. Anugerahkan kepadaku cinta orang yang mencintaiMu, yang membawaku kepada cintaMu. Kurniakanlah kepadaku lelaki soleh yang mampu menjadi imamku, mampu memimpin tanganku menyelusuri jalan menuju syurgaMu. Bantu kami ya Allah, mengadapkan kiblat cinta kami kepada cintaMu.
Ya Allah, jika benar dia untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu
(lirik Permata yang Dicari nyanyian kumpulan DeHearty)
p/s: oleh itu, jangan tag aku pasal pasangan hidup..buat masa ini, aku xde jawapan.. ha3. Sebahagian ayat2 puitis di atas adalah petikan dari novel Stanza Cinta. Thanks Kak Nurull
♥ anish ♥
xpo, nanti bilo smp maso..muncullah Mr Right mu itu hehe
ReplyDeleteinshaAllah ada jodoh x kemana..=]
ReplyDeleteinsyaAllah.. ;p
ReplyDelete