Saturday, April 24, 2010

★ Maulidur Rasul ATS ESQ ★

Acara: Majlis Maulidur Rasul anjuran ATS ESQ
Tarikh: 24 April 2010
Tempat: Country Homes, Rawang

Salam cinta 165. PAGI!!! Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah. Segala keagungan dan kebesaran hanya milikNya. Majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran ATS ESQ julung-julung kalinya diadakan malam tadi bertempat di rumah Kak Ina kek coklat di Rawang. Best sangattttt!!! *over excitednya aku nih. Majlis yang ringkas tapi sangat meriah dan bermakna untuk para ATS, LC dan alumni yang dijemput.

Majlis secara tidak rasminya bermula seawal pukul 9 pagi dengan dengan acara gotong royong memasak bersama2. Tapi aku x join dorang pagi tu. Dayah keje, so kami bergerak dari Subang pukul 4 ptg. Kami berdua memang langsung xtau mana letaknya Rawang nih. Entah mana nak dituju. So kami redah je. ishh, silap.. tawakal. hehe.. Alhamdulillah, dipermudahkan. Kami selamat sampai ke Rawang tanpa sesat pun.. hahaha.. dah lalu highway, mana nak sesatnya. Tapi masuk je Rawang, kami menonong masuk pekan Rawang. Tak tahu mana nak cari Country Homes. memang dasar jujur.. haha. Pastu kami call kak Diyana, rupanya kami dah tersilap simpang. Alhamdulillah, selamat sampai di Country Homes. Kami berhenti solat Asar di Masjid Country Homes, terserempak pulak dengan Zuhair, Hafiz dan Abg Rahim sekeluarga. Kemudian kami konvoi masuk ke rumah Kak Ina.

*org dapur. pic from aida

*menyambut tetamu

Start dari pukul 6.30, tetamu mula tiba. Bahagia sungguh tengok muka2 yang datang berseri2. Amalan kebiasaan di training iaitu senyum simetri dan salam semut tetap dipraktikkan. Majlis rasminya bermula sebaik sahaja azan Maghrib. Dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan tahlil dan seterusnya marhaban dan selawat diketuai oleh kumpulan nasyid ATS, Marjan. Masa marhaban tu baru aku perasan kelibat 3 orang ATS dari UTP (izaan, mirul & amy). Wahh, semangat dorang ni, sanggup datang dari Toronto Perak. Bravo bros..

Kemudian diikuti dengan solat Isyak berjemaah dan acara makan pun bermula!!! Makanannya, ya Ampun.. sedappp dan banyakk pilihannya. Beraneka lauk pauk, mee kari, macam2 jenis kuih, agar2, kek coklat, biskut, dadih dan buah-buahan pastinya. Yummyy~ Sementara menjamu selera, para hadirin dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Marjan. Marjan ni bukan calang2 kumpulan. Umurnya belum pun setahun tapi sudah tercalon dalam AIM tahun ini. Hidup Marjan! Hidup ATS! *terlebih semangat plak.haha


Oppss.. majlis belum abis lagi.. amboi, lepas makan dah nak blah ye..haha Acara yang ditunggu2, acara kemuncaknya iaitu renungan dan tayangan "Air Mata Junjungan" baru nak mula. Para hadirin mula amik tempat masing2. Abang Tarmidi selaku MC memulakan majlis dengan menjemput Pak Rinaldi sebagai wakil LC Jakarta memberi ucapan diikuti Puan Mahaini sebagai wakil LC Malaysia. Seterusnya dijemput pula Pak Andi untuk menyampaikan renungan. Seperti biasa, lampu mula dimalapkan. hihi.. Subhanallah.. sangat luar biasa penyampaian Pak Andi sehingga para hadirin yang sudah berapa kali mendengar kisah itu menitiskan air mata buat kesekian kalinya. Air mata rindu dan cintakan Rasulullah insyaAllah.


* gambar curik dr kak shiedah. mohon izin.. :)

Usai renungan dan hairin mula beransur pulang. Dan kami yang gila kamera ni mula bergambar. Hasilnya boleh dirujuk ke facebook rakan2 ATS.. Huh, macam2 aksi. haha. Seronokkk. Dah macam adik beradik. Itulah bukti ukhuwah yang terjalin sebenarnya. Ukhuwah fillah.

* tuan rumah. syukran alakulli hal

*yess.. maroon 5~
abaikan si baju biru yang menyebok di blkg. haha

*with Pak Andi
* we are big ESQ family

Lepas tu acara mengemas la. Lepas tolong kemas sikit2, aku dan Dayah pun berangkatlah pulang.. Terima kasih kepada Kak Ina sekeluarga selaku tuan rumah dan semua yang terlibat. Alhamdulillah, kami seronok sangat dan kami bersyukur sangat sebab segalanya dipermudahkan. We had a great and wonderful time! Thank you Allah~
♥ anish ♥

4 comments:

  1. wahhhhhhhh
    ade jugak nama sy kat sni
    huhu
    xper
    kitorg dtg sekadar memeriahkan majlis
    (wlupn mmg dh meriah)
    seronok sgt2
    hope program2 mcm ni dteruskn lg pada masa akn dtg

    ReplyDelete
  2. ishh,kena mention nama mirul yg glemer nih (glemer ke)haha..insyaAllah akan diteruskan..:D

    ReplyDelete
  3. ramai2 jejaka tu xdop ko hok tersangkut di hati hehehehe

    ReplyDelete
  4. sbb ramai sgt, xde nk sangkut d palo, soh ko di hati..hahaha

    ReplyDelete