Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Pergi Tak Kembali...

ِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ
Salam. 23 January 2011.. telah kembali seorag hamba ke pangkuan Sang Penciptanya. Seorang kawan seperjuangan 165, Wan Noor Hasni menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1 petang di Kota Bharu, Kelantan di usia 26 tahun selepas 6 bulan menderita sakit kanser ovari dan usus tahap ke 4. Kami turut merasai penderitaannya yang sentiasa diupdatekan di fb.. hanya kata2 semangat yang mampu kami berikan.

Arwah yang juga salah seorang staff ESQ Leadership Centre (M) merupakan seorang gadis yang peramah, sopan santun, happy go lucky.. sentiasa tersenyum dan suka menbuat orang tersenyum. subhanallah.. semoga Allah menbalas kebaikanmu, perjuanganmu menyebar 1 Ihsan, 6 Iman dan 5 Islam.


Arwah beruntung kerana 6 bulan hayat penderitaannya di kelilingi insan2 berilmu, yang dekat dengan Allah.. mengikut kata bosnya, ex-mufti yang juga penasihat syariah ESQ turut melawatnya di saat2 akhir hayatnya. Arwah juga sempat memohon maaf dengan insan2 di sekelilingnya, mendapat restu ibu bapanya dan akhirnya pergi dengan mengucap kalimah syahadat. subhanallah..

Keluarga besar ESQ merasai kehilangan Wan. Kami mula merindui Wan.. Wajah ceria Wan di kaunter dan ruang training. Takziah buat keluarga arwah dan juga buat tunangannya, Mas Wiri.. Wiri, moga cinta kalian bertemu di syurganya Allah Yang Punya Cinta. be strong.. semoga Allah SWT memuliakanmu kerana pengorbananmu.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sangat tepat susunanMu ke atas perjalanan hidup Allahyarhamah Wan Noor Hasni

Engkau maklumkan kepadanya sebab untuk dia kembali kepadaMu .. dia tabah menerimanya. Engkau berikan keimanan yang mantap ke atas dirinya ... dia mempergunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Telah ramai yang terkesan dan berubah kehidupan dengan kecekalan hati wanita mulia ini. Kami pohon kepadaMu Ya Rabbul 'Arsyil 'Adzim kesudianMu untuk mensucikannya seperti sehelai kain putih bersih semasa jasadnya kami kembalikan kepadaMu.

Sampaikan salam kami kepadanya di sana, semoga kegembiraan kejayaannya kekal bersamanya dan izinkan kami nanti bersama juga dengannya di sisi KekasihNya, Nabi Muhammad Al Mustoffa Al Mukhtar. Amin.. Alfatihah..


♥ anish ♥

Sunday, January 2, 2011

Bopren Anis --> anak₂ Rimau

Salam. Maaf la yea, belum abis cerita wira₂ Harimau Muda. Dalam paper, dalam tv pun belum reda kisah diorang ni. Kisah Safee Sali ditawarkan bermain di kelab-kelab luar negara la.. kisah girlfriend Fahmi la, kisah Asraruddin gosip dengan Rozita Che Wan la.. hihi.. panas tul!

Tapi kali ni saya nak story pasal hero kegemaran saya.. hehe

Safee Sali
» lahir pada 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor
» position penyerang skuad kebangsaan dan kelab Selangor FA
» berkahwin dengan Sabrina Yusof dan dikurniakan seorang puteri Sasha *frust! ;p*
» pemenang Kasut Emas Piala Suzuki AFF 2010 dengan rekod jaringan 5 gol
» disamakan dengan lagenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari juga memakai jersi bernombor 10 kebangsaan

suka aksi dia cium Jalur Gemilang jersi dia lepas dia jaringkan gol! :D

Khairul Fahmi Che Mat
» lahir pada 7 Januari 1989 di Kota Bharu Kelantan
» penjaga gol kebangsaan dan negeri Kelantan
» memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010

photo curik dari bHarian

Apex ni memang tengah hot sekarang.. menjadi kegilaan anak₂ gadis dan juga mak₂ janda. opss.. hehe.. termasuklah janda meletup yang comel Nora Danish yang membuat pengakuan di twitternya.. Tapi gigit jari la sume, Apex dah berpunya occay! Awek si Apex ni pun dah glemer sekarang.. nama dia Elia, student UiTM Machang. Mula2 terjah blog dia, followers dia 200+, sekarang kalau bukak dah mencecah 6000+. perghh! ni sume gara₂ peminat₂ Apex la yang nak tau kisah mereka. hihi..

pic dr fb Apex

Muslim Ahmad
» 25 April 1989
» posisi pertahanan kebangsaan dan kelab Harimau Muda
» comel kan! :p


Bambang Pamungkas
.. opss, silap! tak kesah, nak cite gak!
» lahir pada 10 Jun 1980 di Kabupaten Semarang, Indonesia
» berkahwin dengan Tribuana Tungga Dewi dan dikurniakan 3 orang anak
» posisi penyerang kelab Persija Jakarta dan skuad kebangsaan Indonesia
» pernah bermain untuk skuad Negeri Selangor (2005-2006)

pic from Google

Bambang ni memang aku minat since dulu.. zaman dia main untuk Selangor. Kawan₂ serumah aku memang tau lah 'skandal' aku ngan Bambang nih. haha.. Tapi selepas terpisah tahun 2006, kami dipertemukan lagi pada final AFF Suzuki Cup baru₂ ni. Agak terkejut tengok dia.. nampak berumur, makin kecik, cengkung.. agaknya frust sangat kot ngan aku. ahakss

Sudah la wei, jangan dilayan si Anis ni lama₂.. makin menjadi₂. Laki orang tu sume wei! Akhir kata, moga bola sepak negara makin berjaya! pheww


♥ anish ♥

Saturday, January 1, 2011

Harimau Malaya mengamuk:: Juara Suzuki AFF Cup 2010

Salam.. terrrlalu lama xbukak blog. hehe. Bukan niatku sebenarnya. Buah hatiku a.k.a lappyku rosak la. Aduhai, susah hati btol, sedihh. xbest! huhu..

Hari ni Malaysia cuti kan.. sempena kemenangan skuad bola sepak negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010! Malaysia Boleh! Masih terbayang2 aksi wira2 muda negara menjulang piala, meraikan kejayaan di hadapan hampir 95,000 penyokong Garuda Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang akhirnya terdiam melihat kekalahan skuad mereka dengan agregat 2-4 di gelanggang sendiri. haha.. *gelak jahat*


Tak puas tengok sedutan gol2 jaringan Safee Sali, Ashaari Shamsuddin dan aksi Khairul Fahmi Che Mat a.k.a apex menempis serangan yang diulang2 kat tv. Sambil diiringi lagu2 semangat seperti "inilah barisan kita yang ikhlas berjuang", "we are the champion", "standing in the eyes of the world".. perghh, best!!

Juga dalam sejarah bola sepak, pemain2 kita terpaksa dibawa menaiki kereta perisai 'Barracuda' untuk ke stadium. Ini kerana bagi mengelak penyokong Indonesia yang berkumpul sambil membaling batu ke arah mereka. Dasyat betul.. Fanatik betul penyokong mereka..

Tahniah buat coach K Rajagopal yang berjaya membawa skuad negara menjulang piala yang berprestij ini. Tahniah buat kekasih gelapku Safee Sali yang dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas selepas berjaya menjaringkan 5 goal sepanjang kejohanan. Juga buat gewe bucukku Fahmi yang beraksi tangkas menjaga rawang Malaysia. pheww, i like them! Also si Muslim yang hebat menanduk dengan menggunakan ketinggiannya. Shahrol si pengantin baru yang hebat menggelecek menewaskan pertahanan pihak lawan.. ishh, banyak lah nak dipuji.. xabis aku menaip ni kang. hehe



Semoga kejayaan ini menjadi detik permulaan kebangkitan sejarah bola sepak negara. Juga buat penyokong2, tak mo la masa mereka berjaya ni kita julang2.. nanti bila mereka tewas kita kutuk2. xmau.. xmau.. xmau! Terus memberi sokongan padu ok! yeahh! *dah macam ucapan PM dah aku nih*. hehe.. jom layan aksi2 menarik selepas wisel penamat dibunyikan..

keluarga Apex di Kota Bharu




pic from bHarian


Hidup skuad muda negara! Hidup Harimau Malaya!
Malaysia BOLEH!



Thursday, November 4, 2010

aku sudah jatuh centa! lalala ♥

Assalamualaikum..

Tajuk tak leh blah kan. hehe. tapi betol la.. hatiku tengah berbunga2 centa!


Orang2 Malaysia masih hangat bercerita pasal Maher Zain yang datang berkunjung ke Malaysia bulan October yang lalu. Aku pun suka dia nih. Lagu2 dia perghh, memang menusuk kalbu.

from MaherZain fanpage

Tapi aku bukan nak cerita pasal dia. Pasal orang lain. Ya ALLAH, Aku suka sama ini orang! Sami Yusuf!! Dah lama aku dengar nama ni. Since sekolah lagi. Tapi aku xpenah amik tau pun. Sebab ape tau, sebab nama dia ala2 orang tua dan aku mati2 ingat dia tua! cett, ropanyaa.. haiya, malas nak cakap la. Korang tengok la sendiri nanti.

Lagu2 dia plak aku memang salu dengar kat radio. Al-Muallim, My ummah, tapi ni satu lagi hal.. aku xamik pedulik pon sape nyanyi. Aku suka dengar dan layan je. hehe. Okay, okay. Back to this special guy, jom layan biography dia yang aku curik dari dia pnya
officialpage;


He was born in July 1980 into a musical family, learning to play several instruments at a very young age and demonstrating a keen interest in singing and composing. He studied music at several institutions and with renowned composers and musicians including composers from the Royal Academy of Music in London, one of the world’s most prestigious music institutions. In addition to his education in Western harmonics and composition, Sami has a solid understanding of the Middle Eastern modes (or Maqams) and is thoroughly acquainted and familiar with both East and Western musical traditions.

Since 2003, Sami’s debut album ‘al-Mu’allim’ and his second album ‘My Ummah’ have sold over five million copies worldwide (with a third album nearing completion). His concerts have attracted huge audiences across the Middle East, Europe and the United States, including a staggering 250,000 attendance in Istanbul. Sami has been featured by Time Magazine and has appeared on the covers of dozens of other mainstream publications around the world. Sami is devoutly spiritual and often uses his art and music as a means of promoting the messages of love, mercy, peace and tolerance, whilst encouraging the youth to be proud of their identity.


Punca?

Camne aku tetiba leh ter-kenal dia dan terminat+gilakan dia setelah hampir 7 tahun dia femes? [yea, saya ngaku saya lambat! bukan sikit tapi lambat banyak]. Puncanya gini. Ritu aku bukak satu blog kawan nih, tetiba satu lagu berkumandang dalam bahasa arab (yup, aku sangat meminati lagu2 bahasa arab!). Lagu tu sangat sedap didengar, bertenaga dan wallawei, xtau nk cakap la.. sungguh mengasyikkan di telingaku ini.

So ape lagi, aku cari kat utube la lagu tuh. Baru la ketahuan, Sami Yusuf yang nyanyik! Dan kat situ jugaklah aku baru tau, 1 video yang aku sangat tengok kat tv beberapa minggu yang lalu (dalam Halaqah) nyanyian beliau jugak.

Kesan?

Kesan daripada itu, ofkos aku download lagu dia banyak2.. sume best2! Dan aku taruk these two my favourite songs kat fb. hehe.. siap mitak maap lagi kat kawan2 fb sebab asyik cite pasal Sami Yusuf je. hehe.. ape nak buat, hati wa manyak suka sama dia maa..


Kesan2 sampingan, aku turut taruk videos tu kat blog ni hah. hehe. So nanti korang pi la dengar ek.. sambil2 selawat insyaAllah leh pahala kan.. :D

Kesan buruk pun tak terkecuali.. Aku dah gila bayang! haishh! Malu nak cakap, tapi tu lah hakikatnya.. aku dah berangan nak berlaki cam dia! gila kan.. haiyaaa!!! anis! Berangan no 1, pastu tak beragak2 lak tuh! sudah2.. jom2, tinggalkan si anis ni sengsorang. jangan layan dia.

Oooo, takmo layan saya. ok fine! Korang pegi layan lagu2 dia, 1st lagu tajuk Eid Song & 2nd is Asma Allah. sambil2 tu, layan la gambar2 kekasihku nih. Ade sikit je pon. ofkos curik dari tenet ok! kalu nk yang asli dari kamera aku, tunggu aku kapel nga dia la. opss..



Sami, I was bit dissapointed when hear you're married. I dreamed that your wife should be me.. But it’s OK.InsyaAllah. Your wife is the best wife which Allah S.W.T. gave for you. But wait, I just remember that in Islam, a man could married inmost four women..So I still get hope. Alhamdulillah. :p



curik from Sami Yusuf officialpage

Hahh, ape korang buat hah! Tutop mulut anda! Baru tau nape aku angau! haishh..

p/s: tolong jangan bagitau umi nga abah saya. nanti meke nangess.. 'ntah bila la anak sorg ni nak kawen kalu tunggu laki yang macam ni..'


♥ anish ♥

Wednesday, August 18, 2010

~ Ramadhan lagi ~

Salam. Alhamdulillah, sampai lagi kita di bulan mulia ini, bulan Ramadhan. Sana sini sume orang cerita pasal puasa. Kat facebook pun ditepek macam2 gambar makanan. Kalau menjelang petang pulak, status pun dah berbaur makanan. menu berbuke la, citer pasal bazar ramadhan la. haha.

Bila tibanya bulan puasa, perkara biasa yang terlintas di fikiran;

√ solat terawih
√ nak tingkatkan ibadah
√ bazar ramadhan
√ persiapan raya dan rayaaaa

i/ solat terawih
∞ Tahun ni kali kedua aku berpuasa di rumah baru. Tahun lalu sempat berpuasa seminggu je di rumah ni. yea, tengah2 bulan puasa aku pindah rumah. hehe. Rumah ni senang, dekat je ngan surau. Lagipun, alhamdulillah tahun ni dah ade kereta.. nak pegi jauh skit pn boleh. samada nak ke tidak je. tepuk dada tanya iman.. hahaha

ii/ ibadah
∞ point ni kita skip la. xyah la nak cerita ceriti kan.. hihi. same2 kita tingkatkan tahap keimanan di bulan penuh barakah ini.

iii/ Bazar Ramadhan
∞ sehingga saat entry ni ditulis, aku dah pegi 2x ke bazar ramadhan. paling dekat ngan rumah aku kat ss 14. sangat dekat la kan.. umah aku kat ss 13, office lak kat ss 12. haha. bazar x best la. makanan mahal, tapi xsedappp! ntah la, aku jalan dua tiga tapak je. hehe.. xkuasa aku nak tawaf seluruh bazar tuh.

iv/ persiapan raya & rayaaa
ahaa, ini banyak nak hurai nih. Terbahagi kepada beberapa point seperti berikut dah macam karangan bahasa melayu plak

≈ tiket raya >> dah setel.. dua minggu sebelum puasa aku dah beli. pergi balik. alhamdulillah takde masalah. Ingat nak drive balik kampung, tapi abah tak kasi plak. xde orang laki.. aku & adik pompuan je.. lagipun bas senang.. naik bas, tido.. bangun je dah sampai.

≈ cuti raya >> kalau tahun lepas, baru2 keje kan, takut nak beli tiket sebelum confirm dapat cuti. tahun ni, dah pandai.. amik tiket dulu. semalam baru aku print leave form. hahaa.. tapi senior aku ckp.. occay!! seminggu beb! inilah kelebihan keje dengan ramai non muslim staffs. yabedabeduu

≈ baju raya >> hmm.. aku punya dah siapkan 2 pasang. tudung xde lagi.. aku xshopping pn untuk aku. lebihkan 3boys tu haa.. 3 hari sebelum puasa aku & ja keluar shopping baju raya untuk dorang. puas hati betol. suke sangat shopping baju budak2, sume lawa2, smart2. kalaulah aku kayooo...

≈ kuih raya >> none.. haha. belum ade ape2. cume ade la order beberapa jenis kerepek dari kawan2. biskut biasanya kami buat sendiri. Tahun lepas aku gedik. 1st time beraya guna duit gaji sendiri, orang jual biskut sume nak beli. tapi xabis pun. biskut buat sendiri jugak yang dihadapnya. so balik cuti nuzul & merdeka ni, kami akan mulakan operasi menguli tepung2 menjadi biskut yang pastinya lazattttt dan enakkk. haha

Hamboi, cerita raya je excited. hishh. Smoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik buat kita semua. selamat berpesta ibadah! :)

p/s: sorry, xde gambar2 pun.. curik2 tulis masa rehat je


♥ anish ♥

Thursday, May 27, 2010

kisah Mr J & Encik M

Salam.. hah, sapekah gerangan jejaka2 dalam tajuk di atas. hehe.. Semalam aku amik cuti half day. Pegi Low Yat kejap, ade problem dengan laptop umi. So pegi la hantar sana sebab still under warranty. Malas nak drive sebab balik nanti sure dekat pukul 5, jalan jam. So naik komuter je la senang.

Alhamdulillah selesai semua urusan kat sana, aku sempat naik komuter balik tepat pukul 5 ptg. Orang2 balik office belum sampai KL Sentral lagi. So takde la berasak2 dengan dia orang. Masih lengang lagi komuter, masih ada kerusi2 kosong. Tapi di hujung sana, ada 2 orang lelaki berdiri, tengah berbual. Memandangkan koc tu sunyi je, so suara dorang dapat la aku dengar.


Mula2 bukan amik peduli pun dengan suara2 dorang, tapi makin lama makin aku curious. Bukan apa tau, cara lelaki mata sepet tu bercakap menarik perhatian telinga aku untuk terus busybody. Sepatah2 dia cakap dalam bahasa inggeris.. dan akan mengulangi perkataan tersebut sbelum menyambung ayatnya. Lagak macam anak kecil yang baru belajar bercakap.

Rupanya sorang tu pelancong dari Jepun dan sorang tu warga tempatan, melayu. Mr J tu pegang kamus, dan sekali sekala kalau susah sangat nak nyebutnya, dia tunjuk je kamus tu ke Encik M. haha. Encik M pulak agak bagus bahasa inggerisnya. Bercerita mengenai tempat2 menarik di Malaysia ni. Siap suruh ke Kelantan lagi tengok batik, conteng batik. haha.. bagus3. ore kelate bokali Encik M nih. haha..


Dalam koc tu ada pelbagai kaum sebenarnya dan beberapa orang bangsa asing. Ofkos dorang pun tumpang dengar sekali walaupun muka masing2 macam cool je, buat2 xdengar. Pujian untuk Mr J dan Encik M yang x mempedulikan orang2 sekeliling. Lagipun semua orang buat tak tahu je. Aku je yang sebok curik2 pandang. hehe..

~ antara warga asing yang turut meng'on'kan telinga ~

Actually aku ngantuk gak mula2 naik tuh. Tapi mata ni terus segar bila curik2 dengar dorang borak. Lagipun ofkos aku malu nak tido.. teringat kononnya warga Jepun ni suka membaca, xsuka buang masa. Malu lah, jaga maruah negara la konon..hipokrit! padahal 2-3 orang sebelah aku dah selamat, siap ternganga lagi. haha


♥ anish ♥

Wednesday, May 26, 2010

bila kegelapan menyelubungi diri

Salam.. entah apa2 je tajuk entry aku nih. haha.. entry kali ni simple je. saje nak cerita.. pukul 8.37 tadi, tengah syok aku berfacebooking tetiba je gelap. semua lampu padam, termasuklah laptop aku. aduhh..

Terus aku bangun bukak tingkap, skodeng intai jiran2 sebelah. Seluruh kawasan blok aku gelap. Budak2 yang datang ngaji dengan jiran sebelah rumahku menjerit2.. Dorang cakap, takut nak balik. xtau la betul2 takut ke mengada. haha. Pastu tetiba plak, aku dengar dorang mula berselawat ramai2, semakin lama makin kuat. Pastu aku nampak dorang jalan beramai2 berpimpin tangan sebelum berpisah di selekoh dan lari lintang pukang menuju ke rumah masing2. haha.. tergelak aku tengok gelagat dorang.

Lama gak termenung kat tingkap tuh.. xtau nak buat apa. Tetiba terdengar laungan azan dari surau sebelah blok aku.. tanpa pembesar suara, azan dilaungkan. Ya Allah, penuh syahdu, menusuk ke dalam hati. Merdu, lunak.. lain dari yang biasa.. pitching xlari langsung. Padahal aku yakin tu adalah muazim yang biasa melaungkan azan di surau tu. Mungkin ikhlas dari hati dia melaungkannya walaupun tidak pasti didengari orang2 sekeliling atau tidak. Bukan la aku nak kata selama ni dia x ikhlas.. hehe.

Jiran2 dah ramai keluar dari rumah masing2.. tak tahan panas kot. Berborak2 kat luar pun best jugak. Aku pun kepanasan dalam rumah ni. So aku bukak sikit pintu dengan harapan ada la angin msuk. Pastu dengan bantuan lampu hp, aku cari lilin dalam laci.. uikk, ada 1 je.. tu pun dah guna separuh.. adehh.

~ lilin yang berbakti hingga ke nafas terakhirnya ~

So, apa aktiviti aku dalam gelap ni?? Plan nak masak roti sardin untuk breakfast besok dah tergendala. Hmm.. takkan nak tido terus kot. So aku masuk bilik, aku amik longgokan kain baju yang dah 2 hari kat situ tak berlipat, aku lipat. Alhamdulillah, siap jugak. Kalau tak, hari jumaat la baru masuk almari baju2 tu. hehe.. wa manyak busy maa.. (konon)

Selesai je masukkan baju2 ke dalam almari.. tup, lampu dah menyala balik.. Bersorak budak2, anak2 jiran sebelah. Alhamdulillah.. setengah jam je kami bergelap. Aku tiup lilin yang hampir abis tu. Teringat lak kat adik2. Kalau kat rumah, sure berebut nak tiup lilin tu.. tiup lilin birthday la konon. hahha..

Sekarang dah cerah balik.. cuma 1 je yang masih gelap. ape dia?? tue, di hujung sana.. laptop tu masih menggelap. kesian dia. hahaha.. ape lagi, on la.. sambung facebook lagi. lalalalala..


♥ anish ♥

Sunday, May 23, 2010

den gi jalan2 nOgori ekau

Salam. wahh, lama betol tak update blog ni. Busy skit, xsempat nak perah ilham untuk buat entry. Hari ni sempat curik masa sikit nak update, nak story. Last weekend aku gi jalan2 Negeri Sembilan. Saje jalan2 hilangkan stress bekerja, kami plan nak berkelah di Ulu Bendul. Bertolak dari KL seawal jam 8 pagi bersama 2 orang kawan sekelas di UiTM dulu (ziela, & mekni). Sejam perjalanan KL-Seremban, setiba di sana kami dijemput oleh Fad & Mas. Sesampai je dorang, aku ternganga tengok kereta Fad.. gulpp, biar betikk. ohh, kereta idamanku.. Nissan Latio sport! uwaaa, Fad dah beli dulu, tak aci!!!


20 minit drive, kami sampai di Ulu Bendul.. orang xramai lagi. Agak awal la kami sampai. So senang cari port, cantik punya port kami dapat. Acara dimulakan dengan menghidupkan bara api untuk BBQ. Memang mencabar.. harap asap je lebih. Tapi hasil kesabaran dan kerjasama.. kami berjaya! hehe.. Pastu ape lagi, mandi!!! fuhh, best gile! Dah lama x mandi sungai, memang enjoy sangat. Air bersih, jernih dan deras. Seronok sangat berendam, macam tak nak naik je. Tapi sejuk gile. Fuhh.. pastu ada pulak jiran sebelah tu main gitar, nyanyi2. haha.. enjoy!


Lepas puas main air, kita orang gerak ke tasik yang ada di hutan tu. Cantik teratai2 kat situ. Lepas pose2 sket, kami gerak ke Istana Seri Menanti pulak. Berlagak macam pelancong je. hahaha.. Sebelum sampai istana, kami singgah dulu di Restoran Sri Warisan, minum2. wahh, best gile restoran ni. mewah, klasik, ekslusif. Permandangan cantik sangat, tepi sawah sesuai dengan namanya.. warisan. Siap berangan nak buat wedding reception kat sini. Malam sure lagi cantik. hehee..


Selesai di Seri Menanti, kami singgah pulak di Muzium Negeri. haha.. si Fad ni betol2 layan kami macam pelancong. Katanya, dia sendiri belum pernah sampai ke muzium tu. Alang2 dah lalu, kami singgah je la. Sejarah2 Negeri Sembilan kami terokai. haha.. Plan asal kami nak balik petang tuh. Tapi si Fad & Mas ni pujuk kami suruh stay lagi, balik malam katanya. Umpannya ialah sate tulang. hah?? sate tulang? Camne tu?Tulang nak buat sate, camne nak cucuk? Akhirnya kami setuju untuk balik malam. So kami beredar pulang ke rumah Mas.

Sebelum sampai rumah Mas, sempat lagi pemandu pelancong tu melencong ke S2 City Park, sebuah taman rekreasi yang sangat besar dan cantik. Ada tasik besar yang penuh dengan pelbagai jenis ikan. Sangat seronokk.. Petang hari minggu, ramai orang yang berjogging, bersantai2 bersama keluarga. Lepas kenyang anak2 ikan tu kami bagi makan, kami pun pulang la ke rumah Mas.. Fuhh, penat sangatt!!!



Lepas maghrib je, kami bergerak ke Senawang. Pekena sate tulang.. sate ni besar2, makan kena usaha lebih sikit.. pakai dua2 belah tangan lagi, xleh kontrol2 ayu. Sedap! Kami kekenyangan. Lepak2 dan borak kejap, pukul 9 malam kami bergerak pulang ke KL. Sebelum tu, hah.. ni la masa paling best.. masa Fad nak hantar kami keluar ke tol, aku sempat merasa naik kereta idamanku.. aku hulur kunci ke Ziela mintak dia drive kereta aku.. aku ikut Fad masuk kereta dia. haha.. Fad suruh aku test drive. ishh, xnak la.. xberani la kereta mahal. Duk sebelah pun jadilah, lepas gian. ahahaha..

Plannya nak gi Ulu Bendul je, rupanya hampir satu Negeri Sembilan kami jelajah. Mujur tak sampai PD, kalau tak jawabnya besok la baru kami balik KL. Masa drive membelah malam kat highway tu teringat plak masa follow kereta Fad. Laju gile pamandu pelancong tu drive. Penat aku tekan minyak nak ikut kereta sport tuh.. Kadang2 lampu kuning dilanggarnya. Kalau dia langgar lampu kuning, aku yang kat belakang ni langgar lampu merah la jawabnya. hahaha..


"kereta2 ini merupakan kereta lumba" kata Mas

Penat sangat 'melancong' satu hari suntuk. Sampai je kat rumah, terus aku 'pengsan'. hahaha.. Alhamdulillah, ni la nikmat hidup. Berjalan2 melihat keindahan alam, makan2 dan persahabatan. Asyik busy dengan kerja je di bandar ni, memang seronok dapat gi release tension macam tu. Plan kami seterusnya nak gi panjat gunung pulak. haha.. suke3.

♥ anish ♥

Monday, April 26, 2010

★ Girls' Outing ★

Salam. Lambat aku update cite ni. Last weekend hari Ahad, aku pegi lepak dengan my bestfriends, Jema & Yana. Kami rapat sangat since sekolah Naim dulu.. lepas SPM, aku & Jema masuk matrix sesama and Yana plak sambung kat UITM Shah Alam. Degree pn aku sama ngan Jema cuma different course tapi bilik sebelah2 je. hahaa.. So aku & Jema memang xpenah pisah. Lepas abis degree baru la berpisah, tapi same2 keje kat KL. Yana plak kami xjumpa since SPM la.. tp memang kami keep in touch.

Actually aku pun xpaham nape susah sangat kami ni nak jumpa. Padahal sama2 keje kat KL, tinggal pun 1 negeri. hahaha... kelakar. Disember 2008, kami sempat la jumpa kejap di Mid Valley bersama 4 lagi rakan yang lain. Tapi memang tak puas sebab xsempat nak bergosip panjang. So sejak Disember 2008 la kami plan nak jumpa bertiga plak. Dah banyak nih gosip yang terkumpul. Tapi kami memang xmiss gosip thru phone, sume updated. hahaha.. tp ofkos xpuas la.

Setelah hampir setahun setengah merancang, kami pun berkumpul la Ahad lepas. Melampau betol.. padahal bukan jauh pun, Ampang-Subang-Putrajaya. Masing2 bizi la konon and dorang selalu cakap aku la yang paling bizi. Wiken asek hilang je. hahaha. memang la, aku ade 'keje' maaa.. bertotal action. hahaha..

Selepas jemput Jema, kami terus ke Putrajaya. Dalam kereta dah start gosip nih. Si Yana plak keep calling, lambat lg ke.. lambat lg ke? hahaha.. Sampai je Putrajaya, terus kami jemput Yana di Persint 5. Sebaik saja Yana melangkah masuk kereta, suasana makin kecohh. Bergegar kereta aku. haha.. akhirnya berkumpul jugak kami. Seizin Allah.. :)

♥ 3 of us ♥

Putrajaya mana lagi nak tuju, Alamanda la. Kami tengok makan sambil cerita2, den tengok movie When in Rome. Movie ni best, romantic comedy.. boleh bagi 4 ★. Maybe bagi orang lain biasa je, tapi bagi aku & Jema.. hahaha. malas nk cite ahh, kami memang gelak sakan. Siap saling curik pandang2, jeling2 sesama kami. Nasib baik Yana duk tengah2, kalu x memang dh lebam2 lengan kami duk pukul sesama sendiri. adehh, jema2x . Jema suruh aku ulas pasal movie ni kat sini.. haha, xkuasa aku. kang spoil mood korang yang nak tengok. Tapi kami (merujuk kpd aku & jema sbnrnya, yg teramat kuat berangan) pasang tekad nak gi honeymoon kat Rome nanti. muahahaha.. abis la laki kami..
pic from here

Kami x shopping pun. Lepas nonton, kami makan ice cream den balik la. Banyak lagi tak cerita ni.. nak cerita sambil guling2 atas katil. hahaha.. Lepas maghrib, jeng3.. it's da time to story~ pot pet pot pet.. tapi kami x ngumpat tau. just citer hal masing2. wahh, best gile.. sambil makan famous amos. haha

ice cream @ fountain of love..
* kesan tgk movie td. ha3

Plan asal nak gerak balik pkul 9 malam. Jema nak kejar komuter dari Subang ke Ampang. Tapi pkul 9 x abis citer lagi.. so how? haha.. okay, postponed pkul 10, sempat la.. KTM terakhir pkul 11. Tapi.. kul 11 pun x abis lagi, camne wei?? Actually bukan x abis, tapi xnak berpisah.. macam2 plan keluar. Tido kat umah Yana then pkul 5 pg bangun pegi keje la. Jema tido kat umah aku kat Subang la.. hihi. Last2, Jema called kawan dia, mintak tolong jemput kat Subang dan kawan dia cakap okay!!! yEsss~ Akhirnya pukul 12 baru kami bergerak keluar dari rumah Yana. ishh3

umah yana yang best

Really enjoy this weekend. Sabtu dengan maulud ATS dan ahad dengan perjumpaan ini. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk buat semua ni. Moga hubungan persahabatan kami berkekalan ke akhir hayat walaupun nanti semua akan kahwin dan berkeluarga insyaAllah..

yana yang terawal akan kawen.. dis nov

♪♪ Keep smilin' Keep shinin' Knowin' you can always count on me for sure that's what friends are for In good times And bad times I'll be on your side forever more That's what friends are for ♪♪
~ my favourite song, by Steve Wonder ~


♥ anish ♥