Alhamdulillah selesai semua urusan kat sana, aku sempat naik komuter balik tepat pukul 5 ptg. Orang2 balik office belum sampai KL Sentral lagi. So takde la berasak2 dengan dia orang. Masih lengang lagi komuter, masih ada kerusi2 kosong. Tapi di hujung sana, ada 2 orang lelaki berdiri, tengah berbual. Memandangkan koc tu sunyi je, so suara dorang dapat la aku dengar.
Mula2 bukan amik peduli pun dengan suara2 dorang, tapi makin lama makin aku curious. Bukan apa tau, cara lelaki mata sepet tu bercakap menarik perhatian telinga aku untuk terus busybody. Sepatah2 dia cakap dalam bahasa inggeris.. dan akan mengulangi perkataan tersebut sbelum menyambung ayatnya. Lagak macam anak kecil yang baru belajar bercakap.
Rupanya sorang tu pelancong dari Jepun dan sorang tu warga tempatan, melayu. Mr J tu pegang kamus, dan sekali sekala kalau susah sangat nak nyebutnya, dia tunjuk je kamus tu ke Encik M. haha. Encik M pulak agak bagus bahasa inggerisnya. Bercerita mengenai tempat2 menarik di Malaysia ni. Siap suruh ke Kelantan lagi tengok batik, conteng batik. haha.. bagus3. ore kelate bokali Encik M nih. haha..
Dalam koc tu ada pelbagai kaum sebenarnya dan beberapa orang bangsa asing. Ofkos dorang pun tumpang dengar sekali walaupun muka masing2 macam cool je, buat2 xdengar. Pujian untuk Mr J dan Encik M yang x mempedulikan orang2 sekeliling. Lagipun semua orang buat tak tahu je. Aku je yang sebok curik2 pandang. hehe..
Actually aku ngantuk gak mula2 naik tuh. Tapi mata ni terus segar bila curik2 dengar dorang borak. Lagipun ofkos aku malu nak tido.. teringat kononnya warga Jepun ni suka membaca, xsuka buang masa. Malu lah, jaga maruah negara la konon..
♥ anish ♥
semula2 tepon ko kakti, biar kak ti kecek dgn ore jepun tu hehe
ReplyDeletehaha.. meme siye tgk. sepatoh2 kecek
ReplyDelete