Thursday, May 13, 2010

GCE Sime Darby cuti

sumber : bharian

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby Bhd, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, diarah bercuti sehingga kontraknya berakhir 26 November depan selepas syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu mengalami kerugian dianggar mencecah RM1.63 bilion.

Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam berkata Lembaga Pengarah kumpulan itu memandang serius implikasi kerugian berkenaan yang disebabkan lebihan kos dan kelewatan pelaksanaan tiga projek minyak dan gas di Qatar serta pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Beliau berkata, jawatan itu kini dipangku Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perladangan Sime Darby, Datuk Azhar Abdul Hamid yang akan bekerjasama dengan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datuk Abdul Wahab Maskan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Tong Poh Keow, sementara menunggu pelantikan presiden dan ketua eksekutif kumpulan yang baru.

Pada sidang media di sini, semalam, Musa menegaskan, dalam tempoh itu, Jawatankuasa Pencalonan Lembaga Pengarah diberi tugas untuk mencari calon bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Ahmad Zubir.

“Sementara menunggu pelantikan baru itu, Lembaga Pengarah turut mengarahkan pihak pengurusan dan kawalan dalaman kumpulan untuk mengukuhkan tahap kawalan dan menguruskan operasi dengan lebih berwaspada dan cekap,” katanya.

Musa menjelaskan, Lembaga Pengarah juga memutuskan untuk menjalankan siasatan dalaman selepas muncul beberapa keraguan mengenai kedudukan kewangan dan tadbir urus kumpulan itu dalam tempoh enam hingga tujuh bulan lalu.

“Wujud keraguan dalam bahagian minyak dan gas kumpulan menyebabkan Lembaga Pengarah memutuskan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi meneliti kedudukan sebenar bahagian itu.

“Hasil penelitian itu, pasukan kumpulan petugas berkenaan mendapati masalah yang dihadapi satu projek (berkaitan minyak dan gas) berhubung kait dengan tiga lagi projek di bawah bahagian sama,” katanya.

Sementara itu, Sime Darby dalam kenyataan yang diedarkan kepada media bagi menjelaskan kerugian itu, berkata lebihan kos yang dialami projek di Qatar itu adalah bagi projek pembinaan platform di lapangan minyak Bulhanine dan Maydan Mahzam yang dilaksanakan untuk Qatar Petroleum serta satu lagi projek sama yang dilaksanakan untuk Maersk Oil Qatar (MOQ).

Hasil penelitian pasukan petugas yang diketuai Datuk Seri Panglima Andrew Sheng itu mendapati berlaku lebihan kos berjumlah lebih RM500 juta bagi projek di Bulhanine dan Maydan Mahzam serta RM526 juta bagi projek untuk MOQ.

********************************


Berita ni memang mengejutkan banyak pihak. Pukul 3 petang, email dari Tun Musa masuk.. gempak satu opis. Mrs boss masuk bilik aku, "anis, u read the email?". Kawan2 dari department lain pun sms. Dorang cakap finance dept sure tau psal ni. huh, actually aku sebagai staff yang xberapa nak berdedikasi ni xde la fikir sangat benda ni. sebab xkira la sape yg naik turun pasti bukan aku yang akan ganti tempat tu. buat masa tdekat ni okay. masa depan insyaAllah.. who knows. haha. Memang la kena amik tau sebab relate nga keje aku nanti. Tapi otak genius aku ni lebih pikir pasal.. 'abis la increment & bonus tahun ni, sure ciput je.. uwaaa.' spoil plan kumpul duit kawen.

Anyway, good luck to Datuk Azhar, Datuk Wahab and Madam Tong. Tak kira la sape yang terajui SD, SD tetap sustainable future.. this year is 100th anniversary.. yeahh. :D


♥ anish ♥

No comments:

Post a Comment