Terus aku bangun bukak tingkap,
Lama gak termenung kat tingkap tuh.. xtau nak buat apa. Tetiba terdengar laungan azan dari surau sebelah blok aku.. tanpa pembesar suara, azan dilaungkan. Ya Allah, penuh syahdu, menusuk ke dalam hati. Merdu, lunak.. lain dari yang biasa..
Jiran2 dah ramai keluar dari rumah masing2.. tak tahan panas kot. Berborak2 kat luar pun best jugak. Aku pun kepanasan dalam rumah ni. So aku bukak sikit pintu dengan harapan ada la angin msuk. Pastu dengan bantuan lampu hp, aku cari lilin dalam laci.. uikk, ada 1 je.. tu pun dah guna separuh.. adehh.
~ lilin yang berbakti hingga ke nafas terakhirnya ~
So, apa aktiviti aku dalam gelap ni?? Plan nak masak roti sardin untuk breakfast besok dah tergendala. Hmm.. takkan nak tido terus kot. So aku masuk bilik, aku amik longgokan kain baju yang dah 2 hari kat situ tak berlipat, aku lipat. Alhamdulillah, siap jugak. Kalau tak, hari jumaat la baru masuk almari baju2 tu. hehe.. wa manyak busy maa.. (konon)
Selesai je masukkan baju2 ke dalam almari.. tup, lampu dah menyala balik.. Bersorak budak2, anak2 jiran sebelah. Alhamdulillah.. setengah jam je kami bergelap. Aku tiup lilin yang hampir abis tu. Teringat lak kat adik2. Kalau kat rumah, sure berebut nak tiup lilin tu.. tiup lilin birthday la konon. hahha..
Sekarang dah cerah balik.. cuma 1 je yang masih gelap. ape dia?? tue, di hujung sana.. laptop tu masih menggelap. kesian dia. hahaha.. ape lagi, on la.. sambung facebook lagi. lalalalala..
♥ anish ♥
No comments:
Post a Comment