Thursday, May 6, 2010

i-b-u

Salam.. wahh, hari khamis hampir melabuhkan tirai. Jumaat mula menampakkan diri. seronoknya.. besoknya sabtu cuti. oppss, aku x cuti. Minggu ni turn aku keje.. tapi xpe, half day je. no problem la. hehe.. Hari Ahad, minggu kedua di bulan May. Yea.. hari ibu. Jom menjelang jumaat yang penuh berkat ni kita renung2kan sejenak kisah mengenai ibu.

Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman:

"Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil" (al Isra’: 23-24)



Fuhh, jasa ibu memang x terbalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia. Kesabaran ibu melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah.. Banyak sungguh jasa ibu.. dan banyak juga yang sudah kita terlupa.

Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya. Kasih ibu sungguh luar biasa.. kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung.. highway menuju ke syurga abadi.

Rasulullah bersabda: "sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka" (riwayat Muslim).

Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan. Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan ditaati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah.. wallahua'lam.

Buat semua ibu-ibu di dunia, Selamat Hari Ibu!

♥ anish ♥

2 comments:

  1. tenkiu la wish slmt hr ibu ko kak ti eheheheh

    psssstt : comel blog lo ni, terer doh make up blog ;)

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu hp mom's day for ur mommy..becomin right?

    ReplyDelete