Hari ni Malaysia cuti kan.. sempena kemenangan skuad bola sepak negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010! Malaysia Boleh! Masih terbayang2 aksi wira2 muda negara menjulang piala, meraikan kejayaan di hadapan hampir 95,000 penyokong Garuda Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang akhirnya terdiam melihat kekalahan skuad mereka dengan agregat 2-4 di gelanggang sendiri. haha.. *gelak jahat*

Tak puas tengok sedutan gol2 jaringan Safee Sali, Ashaari Shamsuddin dan aksi Khairul Fahmi Che Mat a.k.a apex menempis serangan yang diulang2 kat tv. Sambil diiringi lagu2 semangat seperti "inilah barisan kita yang ikhlas berjuang", "we are the champion", "standing in the eyes of the world".. perghh, best!!
Juga dalam sejarah bola sepak, pemain2 kita terpaksa dibawa menaiki kereta perisai 'Barracuda' untuk ke stadium. Ini kerana bagi mengelak penyokong Indonesia yang berkumpul sambil membaling batu ke arah mereka. Dasyat betul.. Fanatik betul penyokong mereka..
Tahniah buat coach K Rajagopal yang berjaya membawa skuad negara menjulang piala yang berprestij ini. Tahniah buat


Semoga kejayaan ini menjadi detik permulaan kebangkitan sejarah bola sepak negara. Juga buat penyokong2, tak mo la masa mereka berjaya ni kita julang2.. nanti bila mereka tewas kita kutuk2. xmau.. xmau.. xmau! Terus memberi sokongan padu ok! yeahh! *dah macam ucapan PM dah aku nih*. hehe.. jom layan aksi2 menarik selepas wisel penamat dibunyikan..
Hidup skuad muda negara! Hidup Harimau Malaya!
No comments:
Post a Comment