Salam. 23 January 2011.. telah kembali seorag hamba ke pangkuan Sang Penciptanya. Seorang kawan seperjuangan 165, Wan Noor Hasni menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1 petang di Kota Bharu, Kelantan di usia 26 tahun selepas 6 bulan menderita sakit kanser ovari dan usus tahap ke 4. Kami turut merasai penderitaannya yang sentiasa diupdatekan di fb.. hanya kata2 semangat yang mampu kami berikan.
Arwah yang juga salah seorang staff ESQ Leadership Centre (M) merupakan seorang gadis yang peramah, sopan santun, happy go lucky.. sentiasa tersenyum dan suka menbuat orang tersenyum. subhanallah.. semoga Allah menbalas kebaikanmu, perjuanganmu menyebar 1 Ihsan, 6 Iman dan 5 Islam.
Arwah beruntung kerana 6 bulan hayat penderitaannya di kelilingi insan2 berilmu, yang dekat dengan Allah.. mengikut kata bosnya, ex-mufti yang juga penasihat syariah ESQ turut melawatnya di saat2 akhir hayatnya. Arwah juga sempat memohon maaf dengan insan2 di sekelilingnya, mendapat restu ibu bapanya dan akhirnya pergi dengan mengucap kalimah syahadat. subhanallah..
Keluarga besar ESQ merasai kehilangan Wan. Kami mula merindui Wan.. Wajah ceria Wan di kaunter dan ruang training. Takziah buat keluarga arwah dan juga buat tunangannya, Mas Wiri.. Wiri, moga cinta kalian bertemu di syurganya Allah Yang Punya Cinta. be strong.. semoga Allah SWT memuliakanmu kerana pengorbananmu.
. Engkau berikan keimanan yang mantap ke atas dirinya ... dia mempergunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.
♥ anish ♥
al-fatihah untuk arwah. semoga ditempatkan dlm golongan yg beriman & beramal soleh. aminn..
ReplyDeleteek, sy macam kenal somebody dlm gambar tu.. (=_=') folo sini ya..