Sunday, January 2, 2011

Bopren Anis --> anak₂ Rimau

Salam. Maaf la yea, belum abis cerita wira₂ Harimau Muda. Dalam paper, dalam tv pun belum reda kisah diorang ni. Kisah Safee Sali ditawarkan bermain di kelab-kelab luar negara la.. kisah girlfriend Fahmi la, kisah Asraruddin gosip dengan Rozita Che Wan la.. hihi.. panas tul!

Tapi kali ni saya nak story pasal hero kegemaran saya.. hehe

Safee Sali
» lahir pada 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor
» position penyerang skuad kebangsaan dan kelab Selangor FA
» berkahwin dengan Sabrina Yusof dan dikurniakan seorang puteri Sasha *frust! ;p*
» pemenang Kasut Emas Piala Suzuki AFF 2010 dengan rekod jaringan 5 gol
» disamakan dengan lagenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari juga memakai jersi bernombor 10 kebangsaan

suka aksi dia cium Jalur Gemilang jersi dia lepas dia jaringkan gol! :D

Khairul Fahmi Che Mat
» lahir pada 7 Januari 1989 di Kota Bharu Kelantan
» penjaga gol kebangsaan dan negeri Kelantan
» memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010

photo curik dari bHarian

Apex ni memang tengah hot sekarang.. menjadi kegilaan anak₂ gadis dan juga mak₂ janda. opss.. hehe.. termasuklah janda meletup yang comel Nora Danish yang membuat pengakuan di twitternya.. Tapi gigit jari la sume, Apex dah berpunya occay! Awek si Apex ni pun dah glemer sekarang.. nama dia Elia, student UiTM Machang. Mula2 terjah blog dia, followers dia 200+, sekarang kalau bukak dah mencecah 6000+. perghh! ni sume gara₂ peminat₂ Apex la yang nak tau kisah mereka. hihi..

pic dr fb Apex

Muslim Ahmad
» 25 April 1989
» posisi pertahanan kebangsaan dan kelab Harimau Muda
» comel kan! :p


Bambang Pamungkas
.. opss, silap! tak kesah, nak cite gak!
» lahir pada 10 Jun 1980 di Kabupaten Semarang, Indonesia
» berkahwin dengan Tribuana Tungga Dewi dan dikurniakan 3 orang anak
» posisi penyerang kelab Persija Jakarta dan skuad kebangsaan Indonesia
» pernah bermain untuk skuad Negeri Selangor (2005-2006)

pic from Google

Bambang ni memang aku minat since dulu.. zaman dia main untuk Selangor. Kawan serumah aku memang tau lah 'skandal' aku ngan Bambang nih. haha.. Tapi selepas terpisah tahun 2006, kami dipertemukan lagi pada final AFF Suzuki Cup baru ni. Agak terkejut tengok dia.. nampak berumur, makin kecik, cengkung.. agaknya frust sangat kot ngan aku. ahakss

Sudah la wei, jangan dilayan si Anis ni lama.. makin menjadi. Laki orang tu sume wei! Akhir kata, moga bola sepak negara makin berjaya! pheww


♥ anish ♥

3 comments:

  1. HAHAHA. terer jugok Anis wat entry lagu ni.

    ReplyDelete
  2. samo la kito, sek2 player bola udlu frust dgn kak ti --> http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/11/memang-tiada-jodoh-kita-tt.html

    ReplyDelete
  3. ish3..awat ade pkwe i tu..muslim..kiki..
    comey kn die..tp mude bebeno nk ngorat.haha..

    ReplyDelete