Ketika Adam berada di syurga, apa saja yang ada dalam syurga adalah nikmat. Segala nikmat itu tidak pernah berkurangan, namun Adam tetap gelisah dan resah dalam kesepian. Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam dalam syurga. Dia memerlukan seorang teman yang akan mendampinginya dalam kesenangan yang tidak terkata itu. Demi memenuhi jiwanya yang kesunyian, Adam akan turun ke bawah pohon2 rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi indah. Namun, hatinya tetap sunyi dan sayu.
Tetapi Adam sangat malu untuk mengadukan kesunyian itu kepada Allah. Namun Allah Maha Mengetahui akan yang tersembunyi dalam hati hambaNya. Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu kepada Malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri. Adam tidak merasa apa2 ketika tulang rusuknya dicabut. Dan dengan kudrat Allah yang apabila Ia mengkehendaki, cukup dengan berkata "Kun" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam.
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut, di atas sebuat tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak yang sedang terbaring tidak jauh di depannya. Ketika terjaga, alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk seperti dirinya tidak jauh dari tempat dia berbaring. Beberapa kali Adam menggosok2 matanya kerana tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya seraya mengirimkan senyuman manis bercampur manja. Sesungguhnya memang diciptakan Hawa itu dengan rupa bentuk dan paras yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kelembutan, kemanisan, keindahan, kasih sayang, keibuan, kehalusan dan segala sifat keperibadian yang terpuji. Dan kecantikan itu diwarisi terun temurun kepada semua wanita selepasnya.
Adam tidak kurang hebatnya. Dia begitu gagah dan kacak, malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada dirinya. Kerana Adam itu makhluk yang dicipta langsung oleh Allah tanpa perantaraan. Dan kecantikan itu diwarisi pula kepada semua lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yang bergelar manusia.
Kata-kata yang paling segar dan ingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus-putus; "A...ku.. a..ku.. aku.. dijadikan untukmu!" kata-kata itu nikmat yang menambahkan lagi kemesraan Adam dan Hawa. Adam sedar nikmat itu datang dari Allah, cinta juga daripada Alah. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Penciptanya.
Diperintahkan kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon 'Syajarah Thuba', menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah berfirman, "Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan penghuni langit dan syurga bahawa Aku nikahkan Hawa dan Adam, keduanya ciptaan-Ku dengan mahar dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!"
Subhanallah.. Wallahua'lam.
♥ anish ♥
kisah yg sungguh indah.
ReplyDelete