Saturday, April 3, 2010

★ Kisah Buku Oh Buku ★

Sejak tahun lepas aku memang tertunggu2 cuti sekolah bulan Mac. Sebab?? Sebab xsabar nak pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur la. Seperti tahun2 sudah, pesta buku pada tahun ini juga diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC). Bertarikh 19 hingga 27 Mac 2010, pesta yang berlangsung selama 10 hari ni memang meriah. Bukan saja menerima kunjungan dari warga tempatan malahan juga dari pelancong2 asing.

Kalau tahun lepas, aku berpeluang pegi dua kali.. 2 hari suntuk di sana. Pada tahun ni pun aku berpeluang pegi 2 kali jugak. tapi.. kunjungan pertama selama 15 minit dan kunjungan kedua selama 30 minit. aduhh.. geram betol. Okay, meh nak cerita sket.

Gini, sejak akhir bulan Januari lagi aku dah dapat tau tarikh pesta buku ni. Hati dah seronok. Dah tengok2 kalender, berkira2 nak block la date tu. Memang sepanjang bulan Februari, event tu je dalam kepala aku. Tapi..jeng3. hehe. 2minggu sebelum tarikh tu, kawan aku ajak join ESQ KL 45. ermm.. aku pun memang dah lama rehat. Rindu dah mula mengetuk2 pintu hati. okay, so kami daftar la. Dapat!! Yeay!!! aku xkesah la sebab next weekend ade lagi kan.. akan ku enjoy puas2 next week. Harap2 lagi best dari last year.. dapat jumpa ramai penulis2. hihi..

~Pesta Buku 2009 bersama Kang Abib, penulis Ayat2 Cinta & Ketika Cinta Bertasbih. mamat tu amik gmbar Kang Abib ke gmbar aku? muahahah.. perasan2~

~hasil perbelanjaan Pesta Buku KL 2009~

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. huhu.. Hari Selasa 23 Mac, berpunca dari satu sms, aku terrrpaksa pulang ke kampung halaman pada hujung minggu 26 & 27 Mac. aduhhh.. masa tu dalam kepala ni ingat pesta buku je. Terbayang2 PWTC yang gah di mata, buku2, novel2 melambai2 ke arahku. oh nooo!!! xmo balikkk! *1st time xmo balik kampong. hihi

Tapi nak buat lagu mano lagi, dah memang kena balik. So lepas keje hari Rabu tu, aku pegi la beli tiket kat Hentian Putra. Alang2 dah sampai sana, aku seberang la jalan tu, nak pegi jugak ni pesta buku tu. Aku ade terdengar kat radio kate tutup pukul 10 malam. Tapi pukul 8 aku sampai, kebanyakan booth dah tutup. Kat ground floor tu tinggal beberapa buah je yang belum tutup. Tu pun dah kemas2. Frust xyah cerita la. Teramat sangat! Tapi xpuas kan, so aku rembat jugak 4 buah novel kat booth Darul Salam. hahaha.. ntah buku apa aku amik ni. baca sinopsis kat belakang mcm best je.hahaha.. Rezeki akak tu la kan, lewat tutup kedai. Lepas tu aku pulang la dengan kekecewaan yang mendalam di lubuk hati.

Hari jumaat pulak, lepas keje terus aku pecut pegi Putra. Nak naik bas ni pukul 9.30 malam. Jalan sesak sikit, hujan pulak lebat giler. Sampai kat Hentian Putra dah pukul 8.30. Hmm.. ade lagi sejam kan sebelum naik bas.. Ringan je kakiku ini melangkah menyeberangi jalan tu menuju ke pintu masuk PWTC. hehehe.. sebelum tu, seorang rakan aku dah bagitau, hari jumaat tutup lambat sikit, pukul 9.30. wahhh.. sebab tu aku semangat sket. Thanks Kak Diyana.

Tapi kali ni aku xmasuk pun booth lain. Aku terus menuju ke 1 tempat ni yang memang menjadi target aku. Tahun lepas, duit aku memang banyak aku 'sedekahkan' ke sini. Selesa lepas pun, aku lalu sini, tapi dah kosong. Kali ni, aku berjaya masuk..dengan penuh kegembiraan dan semangat untuk 'sedekah' lagi. Bismillah.. aku melangkah ke Planet Karangkraf!!! I like! Assalamualaikum guys! PAGI!!! hahaha.. sume staff Karangkrag dah alumni ESQ kann. hehe. Tapi aku xleh buang masa. Anis, u have 30 minutes k! Aku amik2 je mana buku2 penulis yang aku suka. Sempat amik 3 buah novel dan 1 majalah. 3 buah novel RM50 je. ok la kan. Paling best dapat buku terbaru Damya Hanna. Yeayy!! Tapi kalau dapat datang siang lagi best sebab penulis ada sekali.. xpe la Anis, syukur dengan apa yang ada.



~Planet Krangkraf~

Selepas tu aku terus keluar, xsinggah mana2 booth pun. Nak cepat. Nak solat lagi. Kang ade yang kena tinggal ngan bas. Aku dah puas hati. Cuma sikit terkilan sebab xleh gi booth Norhayati Berahim.. favourite gak tu. Sebab tahun ni booth dia jauh sikit. Seberang sungai sana. Rugi2. Apa2 pun, aku tido tersenyum di atas bas.. terkenangkan buku2 yang aku beli tadi.hahaha. Entah bila aku nak baca tu. Tahun lepas, aku ada jugak masa nak baca. Sekarang ntah mengapa, macam dah xde masa untuk semua tu. Erm.. sebab ade benda yang bergerak yang membolehkan aku bergerak ke mana aku suka tu kot.. hahaha.. alasan!

~ Hasil keborosan & ketamakan 2010 + 2009 yg xmasuk dlm gambar di atas~

Tapi secara jujurnya, 3 buah buku di tangan tu sikit je bila berada di sana. Pengunjung2 yang datang ke sana memang niat nak beli buku. Penuh tangan, orang belakang aku tu ade la kot sampai 10 buah. Apa2 pun, aku akan jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan aku. haha. InsyaAllah, kalau diberi kesempatan dan umur yang panjang. Akhir kalam.. jadikanlah membaca budaya kita. Renung2 kan dan selamat beramal~ hahaha..






No comments:

Post a Comment