Tuesday, April 20, 2010

★ sekelumit ujianNya untukku ★

Salam.. apa khabar? Semoga semuanya sihat walafiat di bawah naungan kasih sayang Ar-Rahman. Aku kurang sihat la hari ni. Sakit belakang, ntah kenapa tiba2 menyerang.

Kisahnya macam ni, pagi tadi solat Subuh macam biasa. Tengah kusyuk rukuk.. *kusyuk ke, insyaAllah.. bila aku nak berdiri balik, aku terbersin. serentak dengan itu, krakk.. aduhh, sakitttt!!! nasib baik aku xmengaduh, cuma tersentap. pinggang aku sangat sakit.. tak tahu ape sebabnya. Tak kan sebab bersin tadi kot. Dalam kesakitan, aku selesaikan solat 2 rakaatku. Subhanallah, hanya Allah yang tahu betapa perit aku ketika rukuk dan sujud.

"Sakit itu hadiah daripada Allah untuk menghapus dosa-dosa kecil, ibarat dedaunan yang gugur dari pepohon"

Aku kuatkan jugak diri bersiap untuk ke ofis. Nak sarungkan seluar pun aku amik masa lebih dari 5 minit. Sakitnya xyah cerita, sampai aku terduduk dan menitiskan air mata. Actually memang dah xde hati nak keje. Cuma aku nak jumpa doctor. Aku gagahkan diri drive, alhamdulillah dipermudahkanNya. Jalan di Bulatan Kewajipan xjem hari ni. Sampai je ofis, aku terus turun ke Staff Health, tempat khas untuk para staff dapatkan rawatan. Aku sebenarnya sepenakut2 makhluk bila bab2 jumpa doktor. Tapi sejak keje kat hospital ni, aku makin berani dan rajin pegi mengadap doktor. Mentang2 la free kan. hahaha..

Jumpa Dr Prasanna, aku direfer ke Dr Tai Kai Cheh, Orthopaedic specialist. Aku dah cuak.. aduh, ape sakit aku nih sampai kena refer ke pakar. Dup dap dup dap jantung ni, berdebar.. Jangan la teruk2, sian aku.. muda lagi. Nanti kalau teruk camne aku nak lari2, nak aktif2 lagi. Kang dah xleh jd ATS.. uwaaa. Macam2 dalam kepala ni. Aku sms abah sekadar untuk beritahu. Aku xberani nak call, aku tahu bila aku cakap dengan abah, aku akan nangis. Tapi abah pula call aku, xsampai hati tak jawab. Dengar je suara abah, mataku dah berkaca. Jangan la nangis kat sini Anis. Malu laa. Aku hanya bercakap perlahan, dengan suara yang serak. "Xdok gapo la, saloh urat je tuh. Jange bimbe la" itulah kata abah. Tapp.. air mata aku jatuh jua. Sempat aku kerling nurse kat kaunter sebelum tunduk memandang lantai.

"Dont worry my dear. There's nothing serious. Just have a good rest" mendengar ayat yang keluar dari Dr Tai buat aku lega. Dia pesan jangan angkat berat dan kalau dalam masa seminggu sakit aku belum hilang, aku perlu datang follow up. Mungkin benar telahan abah, aku cuma tersalah urat. terseliuh?? hihi.. And for today, i got mc..lalalala~

Sesampai je aku di rumah, abah call lagi bertanya kabar. Katanya aku perlu berurut, tapi mana nak cari tukang urut di KL ni. Jadi abah kata dengar je la apa nasihat doctor tadi. Ye abahh, sayanggg sangat abah. Umi? sayang jugakk. Actually aku xleh call umi sebab hp umi rosak semalam. Sebab tu aku cerita pasal abah je. hehe.. Umi abah, dont worry, i'm okay!


ubatku dan menu lunch aku, 1901

Aku agak sakit ni xkan hilang hari ni. Besok aku kena masuk keje. Entah macam mana la ye.. jalan macam robot, duduk bangun macam nenek tua. "Ya Allah, aku tidak meminta Engkau hilangkan sakit ini kerana ini ujianMu kepadaku. Cuma kumohon diberi kekuatan untuk menghadapinya. Amin."

♥ anish ♥

2 comments:

  1. nake ubat pah tu rehat banyok2 ANish. Knur tahu bab2 sakit urat ni sbb Knur pun ke dulu 2 bln MC sbb sakit lutut sampai tokleh jale.

    ReplyDelete
  2. sakit sungguh. xaci btol doc tu wi 1hr jah mc. hehe

    ReplyDelete