Thursday, May 27, 2010

kisah Mr J & Encik M

Salam.. hah, sapekah gerangan jejaka2 dalam tajuk di atas. hehe.. Semalam aku amik cuti half day. Pegi Low Yat kejap, ade problem dengan laptop umi. So pegi la hantar sana sebab still under warranty. Malas nak drive sebab balik nanti sure dekat pukul 5, jalan jam. So naik komuter je la senang.

Alhamdulillah selesai semua urusan kat sana, aku sempat naik komuter balik tepat pukul 5 ptg. Orang2 balik office belum sampai KL Sentral lagi. So takde la berasak2 dengan dia orang. Masih lengang lagi komuter, masih ada kerusi2 kosong. Tapi di hujung sana, ada 2 orang lelaki berdiri, tengah berbual. Memandangkan koc tu sunyi je, so suara dorang dapat la aku dengar.


Mula2 bukan amik peduli pun dengan suara2 dorang, tapi makin lama makin aku curious. Bukan apa tau, cara lelaki mata sepet tu bercakap menarik perhatian telinga aku untuk terus busybody. Sepatah2 dia cakap dalam bahasa inggeris.. dan akan mengulangi perkataan tersebut sbelum menyambung ayatnya. Lagak macam anak kecil yang baru belajar bercakap.

Rupanya sorang tu pelancong dari Jepun dan sorang tu warga tempatan, melayu. Mr J tu pegang kamus, dan sekali sekala kalau susah sangat nak nyebutnya, dia tunjuk je kamus tu ke Encik M. haha. Encik M pulak agak bagus bahasa inggerisnya. Bercerita mengenai tempat2 menarik di Malaysia ni. Siap suruh ke Kelantan lagi tengok batik, conteng batik. haha.. bagus3. ore kelate bokali Encik M nih. haha..


Dalam koc tu ada pelbagai kaum sebenarnya dan beberapa orang bangsa asing. Ofkos dorang pun tumpang dengar sekali walaupun muka masing2 macam cool je, buat2 xdengar. Pujian untuk Mr J dan Encik M yang x mempedulikan orang2 sekeliling. Lagipun semua orang buat tak tahu je. Aku je yang sebok curik2 pandang. hehe..

~ antara warga asing yang turut meng'on'kan telinga ~

Actually aku ngantuk gak mula2 naik tuh. Tapi mata ni terus segar bila curik2 dengar dorang borak. Lagipun ofkos aku malu nak tido.. teringat kononnya warga Jepun ni suka membaca, xsuka buang masa. Malu lah, jaga maruah negara la konon..hipokrit! padahal 2-3 orang sebelah aku dah selamat, siap ternganga lagi. haha


♥ anish ♥

Wednesday, May 26, 2010

bila kegelapan menyelubungi diri

Salam.. entah apa2 je tajuk entry aku nih. haha.. entry kali ni simple je. saje nak cerita.. pukul 8.37 tadi, tengah syok aku berfacebooking tetiba je gelap. semua lampu padam, termasuklah laptop aku. aduhh..

Terus aku bangun bukak tingkap, skodeng intai jiran2 sebelah. Seluruh kawasan blok aku gelap. Budak2 yang datang ngaji dengan jiran sebelah rumahku menjerit2.. Dorang cakap, takut nak balik. xtau la betul2 takut ke mengada. haha. Pastu tetiba plak, aku dengar dorang mula berselawat ramai2, semakin lama makin kuat. Pastu aku nampak dorang jalan beramai2 berpimpin tangan sebelum berpisah di selekoh dan lari lintang pukang menuju ke rumah masing2. haha.. tergelak aku tengok gelagat dorang.

Lama gak termenung kat tingkap tuh.. xtau nak buat apa. Tetiba terdengar laungan azan dari surau sebelah blok aku.. tanpa pembesar suara, azan dilaungkan. Ya Allah, penuh syahdu, menusuk ke dalam hati. Merdu, lunak.. lain dari yang biasa.. pitching xlari langsung. Padahal aku yakin tu adalah muazim yang biasa melaungkan azan di surau tu. Mungkin ikhlas dari hati dia melaungkannya walaupun tidak pasti didengari orang2 sekeliling atau tidak. Bukan la aku nak kata selama ni dia x ikhlas.. hehe.

Jiran2 dah ramai keluar dari rumah masing2.. tak tahan panas kot. Berborak2 kat luar pun best jugak. Aku pun kepanasan dalam rumah ni. So aku bukak sikit pintu dengan harapan ada la angin msuk. Pastu dengan bantuan lampu hp, aku cari lilin dalam laci.. uikk, ada 1 je.. tu pun dah guna separuh.. adehh.

~ lilin yang berbakti hingga ke nafas terakhirnya ~

So, apa aktiviti aku dalam gelap ni?? Plan nak masak roti sardin untuk breakfast besok dah tergendala. Hmm.. takkan nak tido terus kot. So aku masuk bilik, aku amik longgokan kain baju yang dah 2 hari kat situ tak berlipat, aku lipat. Alhamdulillah, siap jugak. Kalau tak, hari jumaat la baru masuk almari baju2 tu. hehe.. wa manyak busy maa.. (konon)

Selesai je masukkan baju2 ke dalam almari.. tup, lampu dah menyala balik.. Bersorak budak2, anak2 jiran sebelah. Alhamdulillah.. setengah jam je kami bergelap. Aku tiup lilin yang hampir abis tu. Teringat lak kat adik2. Kalau kat rumah, sure berebut nak tiup lilin tu.. tiup lilin birthday la konon. hahha..

Sekarang dah cerah balik.. cuma 1 je yang masih gelap. ape dia?? tue, di hujung sana.. laptop tu masih menggelap. kesian dia. hahaha.. ape lagi, on la.. sambung facebook lagi. lalalalala..


♥ anish ♥

Sunday, May 23, 2010

den gi jalan2 nOgori ekau

Salam. wahh, lama betol tak update blog ni. Busy skit, xsempat nak perah ilham untuk buat entry. Hari ni sempat curik masa sikit nak update, nak story. Last weekend aku gi jalan2 Negeri Sembilan. Saje jalan2 hilangkan stress bekerja, kami plan nak berkelah di Ulu Bendul. Bertolak dari KL seawal jam 8 pagi bersama 2 orang kawan sekelas di UiTM dulu (ziela, & mekni). Sejam perjalanan KL-Seremban, setiba di sana kami dijemput oleh Fad & Mas. Sesampai je dorang, aku ternganga tengok kereta Fad.. gulpp, biar betikk. ohh, kereta idamanku.. Nissan Latio sport! uwaaa, Fad dah beli dulu, tak aci!!!


20 minit drive, kami sampai di Ulu Bendul.. orang xramai lagi. Agak awal la kami sampai. So senang cari port, cantik punya port kami dapat. Acara dimulakan dengan menghidupkan bara api untuk BBQ. Memang mencabar.. harap asap je lebih. Tapi hasil kesabaran dan kerjasama.. kami berjaya! hehe.. Pastu ape lagi, mandi!!! fuhh, best gile! Dah lama x mandi sungai, memang enjoy sangat. Air bersih, jernih dan deras. Seronok sangat berendam, macam tak nak naik je. Tapi sejuk gile. Fuhh.. pastu ada pulak jiran sebelah tu main gitar, nyanyi2. haha.. enjoy!


Lepas puas main air, kita orang gerak ke tasik yang ada di hutan tu. Cantik teratai2 kat situ. Lepas pose2 sket, kami gerak ke Istana Seri Menanti pulak. Berlagak macam pelancong je. hahaha.. Sebelum sampai istana, kami singgah dulu di Restoran Sri Warisan, minum2. wahh, best gile restoran ni. mewah, klasik, ekslusif. Permandangan cantik sangat, tepi sawah sesuai dengan namanya.. warisan. Siap berangan nak buat wedding reception kat sini. Malam sure lagi cantik. hehee..


Selesai di Seri Menanti, kami singgah pulak di Muzium Negeri. haha.. si Fad ni betol2 layan kami macam pelancong. Katanya, dia sendiri belum pernah sampai ke muzium tu. Alang2 dah lalu, kami singgah je la. Sejarah2 Negeri Sembilan kami terokai. haha.. Plan asal kami nak balik petang tuh. Tapi si Fad & Mas ni pujuk kami suruh stay lagi, balik malam katanya. Umpannya ialah sate tulang. hah?? sate tulang? Camne tu?Tulang nak buat sate, camne nak cucuk? Akhirnya kami setuju untuk balik malam. So kami beredar pulang ke rumah Mas.

Sebelum sampai rumah Mas, sempat lagi pemandu pelancong tu melencong ke S2 City Park, sebuah taman rekreasi yang sangat besar dan cantik. Ada tasik besar yang penuh dengan pelbagai jenis ikan. Sangat seronokk.. Petang hari minggu, ramai orang yang berjogging, bersantai2 bersama keluarga. Lepas kenyang anak2 ikan tu kami bagi makan, kami pun pulang la ke rumah Mas.. Fuhh, penat sangatt!!!



Lepas maghrib je, kami bergerak ke Senawang. Pekena sate tulang.. sate ni besar2, makan kena usaha lebih sikit.. pakai dua2 belah tangan lagi, xleh kontrol2 ayu. Sedap! Kami kekenyangan. Lepak2 dan borak kejap, pukul 9 malam kami bergerak pulang ke KL. Sebelum tu, hah.. ni la masa paling best.. masa Fad nak hantar kami keluar ke tol, aku sempat merasa naik kereta idamanku.. aku hulur kunci ke Ziela mintak dia drive kereta aku.. aku ikut Fad masuk kereta dia. haha.. Fad suruh aku test drive. ishh, xnak la.. xberani la kereta mahal. Duk sebelah pun jadilah, lepas gian. ahahaha..

Plannya nak gi Ulu Bendul je, rupanya hampir satu Negeri Sembilan kami jelajah. Mujur tak sampai PD, kalau tak jawabnya besok la baru kami balik KL. Masa drive membelah malam kat highway tu teringat plak masa follow kereta Fad. Laju gile pamandu pelancong tu drive. Penat aku tekan minyak nak ikut kereta sport tuh.. Kadang2 lampu kuning dilanggarnya. Kalau dia langgar lampu kuning, aku yang kat belakang ni langgar lampu merah la jawabnya. hahaha..


"kereta2 ini merupakan kereta lumba" kata Mas

Penat sangat 'melancong' satu hari suntuk. Sampai je kat rumah, terus aku 'pengsan'. hahaha.. Alhamdulillah, ni la nikmat hidup. Berjalan2 melihat keindahan alam, makan2 dan persahabatan. Asyik busy dengan kerja je di bandar ni, memang seronok dapat gi release tension macam tu. Plan kami seterusnya nak gi panjat gunung pulak. haha.. suke3.

♥ anish ♥

Thursday, May 13, 2010

GCE Sime Darby cuti

sumber : bharian

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby Bhd, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, diarah bercuti sehingga kontraknya berakhir 26 November depan selepas syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu mengalami kerugian dianggar mencecah RM1.63 bilion.

Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam berkata Lembaga Pengarah kumpulan itu memandang serius implikasi kerugian berkenaan yang disebabkan lebihan kos dan kelewatan pelaksanaan tiga projek minyak dan gas di Qatar serta pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Beliau berkata, jawatan itu kini dipangku Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perladangan Sime Darby, Datuk Azhar Abdul Hamid yang akan bekerjasama dengan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datuk Abdul Wahab Maskan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Tong Poh Keow, sementara menunggu pelantikan presiden dan ketua eksekutif kumpulan yang baru.

Pada sidang media di sini, semalam, Musa menegaskan, dalam tempoh itu, Jawatankuasa Pencalonan Lembaga Pengarah diberi tugas untuk mencari calon bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Ahmad Zubir.

“Sementara menunggu pelantikan baru itu, Lembaga Pengarah turut mengarahkan pihak pengurusan dan kawalan dalaman kumpulan untuk mengukuhkan tahap kawalan dan menguruskan operasi dengan lebih berwaspada dan cekap,” katanya.

Musa menjelaskan, Lembaga Pengarah juga memutuskan untuk menjalankan siasatan dalaman selepas muncul beberapa keraguan mengenai kedudukan kewangan dan tadbir urus kumpulan itu dalam tempoh enam hingga tujuh bulan lalu.

“Wujud keraguan dalam bahagian minyak dan gas kumpulan menyebabkan Lembaga Pengarah memutuskan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi meneliti kedudukan sebenar bahagian itu.

“Hasil penelitian itu, pasukan kumpulan petugas berkenaan mendapati masalah yang dihadapi satu projek (berkaitan minyak dan gas) berhubung kait dengan tiga lagi projek di bawah bahagian sama,” katanya.

Sementara itu, Sime Darby dalam kenyataan yang diedarkan kepada media bagi menjelaskan kerugian itu, berkata lebihan kos yang dialami projek di Qatar itu adalah bagi projek pembinaan platform di lapangan minyak Bulhanine dan Maydan Mahzam yang dilaksanakan untuk Qatar Petroleum serta satu lagi projek sama yang dilaksanakan untuk Maersk Oil Qatar (MOQ).

Hasil penelitian pasukan petugas yang diketuai Datuk Seri Panglima Andrew Sheng itu mendapati berlaku lebihan kos berjumlah lebih RM500 juta bagi projek di Bulhanine dan Maydan Mahzam serta RM526 juta bagi projek untuk MOQ.

********************************


Berita ni memang mengejutkan banyak pihak. Pukul 3 petang, email dari Tun Musa masuk.. gempak satu opis. Mrs boss masuk bilik aku, "anis, u read the email?". Kawan2 dari department lain pun sms. Dorang cakap finance dept sure tau psal ni. huh, actually aku sebagai staff yang xberapa nak berdedikasi ni xde la fikir sangat benda ni. sebab xkira la sape yg naik turun pasti bukan aku yang akan ganti tempat tu. buat masa tdekat ni okay. masa depan insyaAllah.. who knows. haha. Memang la kena amik tau sebab relate nga keje aku nanti. Tapi otak genius aku ni lebih pikir pasal.. 'abis la increment & bonus tahun ni, sure ciput je.. uwaaa.' spoil plan kumpul duit kawen.

Anyway, good luck to Datuk Azhar, Datuk Wahab and Madam Tong. Tak kira la sape yang terajui SD, SD tetap sustainable future.. this year is 100th anniversary.. yeahh. :D


♥ anish ♥

Monday, May 10, 2010

~ Ipoh mali.. Ipoh mali ~

Salam.. Last weekend kami sekeluarga berkumpul di rumah makcik di Ipoh. Umi abah ke Ipoh untuk hantar adik aku Mirah daftar kat Matrix Gopeng dan kami yang lain semua turut menyebuk+menyemakkan rumah makcik. Saje la nak berkumpul, kebetulan plak mother's day kan.. nak celebrate la konon..

Pertemuan 4 penjuru.. Aku & Ja dari KL, umi & abah dari Kelantan, Wafiy dari Kangar dan Zaem dari Toronto. haha.. seronokkk sangat. Dah la lama x balik kampung. Tapi adik aku Ha xikut sebab abah x bagi dia ponteng sekolah. Biasanya dia xpenah kena tinggal, tapi kali ni abah strict skit sebab dia nak exam PMR tahun ni. sian dia.. nangis nk jmpa kakak2 & abg2 especially aku laa. haha..

Drive dari Subang ke Ipoh, 3 jam perjalanan je. Pukul 4 petang Sabtu kami bertolak dr Subang dan tiba di Ipoh pukul 7 malam. Hujan lebat giler.. Aku gilir2 drive nga Ja. Excited sangat sebab 1st time drive jauh sendiri. Actually dah biasa drive jauh, tapi sentiasa ada teman la dan jadi co-pilot kepada abah ke, sepupu ke. ni sendiri2. haha.. sebab tu excited.

Sampai je kat rumah makcik, senyuman umi abah & makcik menyambut kami. 3boys plak berebut2 menerpa memeluk kami.. sepupu2, Ana & Akash pun ikut sekali. haha.. seronoknya!! Setengah jam kemudian, Wafiy pulak smpai dr Kangar bersama seorang temannya. Yeayy.. lengkap sudah, alhamdulillah semua dah selamat sampai.


Lepas dinner, kita borak2 sambil nonton tv dan time tu la aku bwak keluar kek yang aku tempah khas untuk hari ibu. tadaaa.. abah kata, sebelum makan kek hari ibu tu, ibu2 berdua tu kena nasyid dulu.. lagu 'ibu mithali'.. haha. cupcakes tu cepat je abis, bukan dimakan oleh ibu2 tapi budak2 tuh.. suka betul dorang. Berebut2 tangan2 kecil tu amik kek and ofkos choc flavour yang abis dulu.. aku pun xsempat nak merasa, cuma sempat gigit sikit Syahir punya.




Lepas makan pukul 9.30 malam, kanak2 riang mula msuk bilik teruskan aktiviti mereka dan ibu2 bapa pula asyik berbual.. tetiba otak aku yang brilliant ni mengeluarkan 1 idea.. aku ajukan kepada Ja.. pastu Ja cuit Wafiy, Zaem.. kami mula berdiskas dalam bahasa isyarat.. dan akhirnya kata sepakat diambil. Yea.. kami nak keluar gi main bowling. haha.. Masalahnya sape yang nak bagitau abah ni?? Abah bagi ke keluar malam2 ni?? jeng3..

Takpe, kami siap2 dulu.. pastu macam biasalah, tugas aku la nampaknya untuk memberitahu abah. mula2 abah macam xbagi, pastu pujuk2 dan tengok kami semua dah siap, abah pn bagi je la.. yabedabedu!! Mula2 nak gi Ipoh Parade, tapi xjumpa jalannya. haha.. so main bowling kat Jusco pn jadi laa.. psstt, ada mamat ensem kat lane sebelah kami. Tapi dia & member dia kelakar giler, ade ke dorang baling 2 bola sekaligus.. haha. Rosak2..



Esoknya pulak, kami makan kek lagi. Kali ni yang Ja tempah. Lepas tu, kami gi main badminton kat court polis sambil ushar abang2 polis.. semangat Thomas Cup la konon. haha. Dah lama tak main ni, naik lenguh plak lengan nih. Petangnya pulak kami keluar pegi Greentown, cari barang2 keperluan Mirah. Lepas Asar plak dorang layan hoki Sultan Azlan Shah kat tv, pertemuan India vs Korea. ish, ape kelas tengok kat tv sedangkan stadium tu 2 minit je dr rumah makcik.. so aku, Ja & Zaem start kereta.. vroom pegi stadium. Tengok live lagi best. haha..


Ingat nak tunggu game Malaysia vs Australia, tapi pukul 6 abah dah bising2, tanya bila nak gerak balik KL. Bukan ape, dia bimbang drive malam2. So cancel la.. pukul 6.30 petang, kami bertolak pulang.. tata sume. Alhamdulillah, pukul 9.15 kami selamat sampai. Fuhh, best betol weekend ni. suke3..


♥ anish ♥

Friday, May 7, 2010

'hepi bday' ATS_Anis!!

'Salam... Tahniah! Anda telah terpilih sebagai ATS bagi Training KL 32 pd 8-10 May di Grand Ballroom Flamingo Hotel. Anda wajib menghadiri briefing ATS pada 7 May (khamis) jam 8.30 malam di Hotel Flamingo. Terima kasih.'

Itulah sms pertama aku terima daripada perantara ATS, kak Ramlah setahun yang lalu. Melompat aku masa tu. hehe.. Alhamdulillah, genap sudah setahun aku berkhidmat, 'bertugas' sebagai Advance Training Series (ATS) bagi ESQ 165 Training. First pengalaman aku di training KL 32 di Flamingo Hotel, Ampang. Takut, blur, cuak, excited semua ada. Di kalangan 30 orang ATS bertugas, hanya 2 orang 1st timer.. aku dan abg Din. Alhamdulillah, aku banyak diberi tunjuk ajar oleh senior2 terutamanya coordinator masa tu, Jun.


Waktu meeting, aku ditanya mengapa setelah hampir setahun join ESQ (Julai 2008) baru nak jadi ATS. haha.. entah la, sungguh aku xde jawapan untuk soalan itu. Memang sejak join ESQ, aku x pernah miss recharge public training. Sampai ada antara ATS tu cakap, ni muka biasa ni.. dah selalu nampak. haha.. Tapi kenapa ye, aku xjadi ATS?? Ahh, mungkin belum dibuka hati untuk ke situ..

Ramai kawan2 aku tanya ape ko buat kat training tu.. banyak sangat gambar2 training. Nak ajak keluar weekend pun susah, asyik training je. hehe.. yeaa, inilah keje / aktiviti aku di hari minggu. Tapi sebenarnya bukan setiap minggu pun aku jadi ATS ni. Tapi aku cuba untuk 'bertugas' sekurang2nya sekali sebulan. Kalau x dapat bertugas dalam jangka masa sebulan, huh.. xsenang duduk aku dibuatnya.

Kami bukan dibayar, bukan diupah.. kami hanya berkhidmat secara sukarela.. penuh keikhlasan insyaAllah. Tugas kami untuk membantu para trainers mengendalikan training, mengawasi dan membantu para peserta sepanjang training berlangsung. Sebelum diperkenalkan, para peserta pasti akan tertanya2 siapakah gerangan barisan berseragam hitam itu.. menyambut dan menyapa mereka dengan senyuman, penuh keramahan insyaAllah.. sampai ada yg berkenan nak buat menantu.haha

Paling dinanti2 oleh para ATS ialah waktu energize.. bila trainers cakap, "para sahabat kita ATS, maju ke hadapan!" lari3.. semangat!! Kalau basic training, jalur gemilang, ikrar dan ofkos lagu demi matahari. Kalau MCB plak, apa lagi.. capoera dan tinju Muhamad Ali laa.. best3


capoera & demi matahari

Walau tidak dibayar sesen pun, sungguh kami bahagia. Setiap kali pulang dari training, kami tak pulang dengan tangan kosong.. kami bawak pulang kebahagiaan yang amat sangat, kenangan yang indah, pengalaman yang berharga serta silaturahim & persaudaraan yang erat sesama ATS, trainers, alumni dan juga peserta. Aku yakin, itulah yang dirasakan oleh semua ATS. Sehari je selepas hari training, kami akan kembali merindui suasana training tu.. seriussss!!!


ukhuwah antara trainers, ATS, alumni & peserta

Lepas training jugak, bagi kami yang aktif facebook, akan upload & tag gambar2.. di situlah penyambung ukhuwah yang terjalin erat sesama kami.. umpama adik beradik padahal ada antara kami hanya sempat kenal selama 3 hari training tersebut.. tu pun belum tentu sempat nak borak2. haha..

Again Anis, happy ATS day! Semoga panjang umur dan jodoh bersama ATS ESQ.. hehe. Ya Allah, aku mencintai 'tugasku' ini kerana ia mendekatkanku kepadaMu.. Engkau permudahkan aku, izinkan aku untuk terus berbakti dan jadikanlah ia sebagai amal soleh buatku dan mengalir terus kepada kedua ibubapaku.. amin~


♥ anish ♥

~ mode: hari ibu ~

Ohh no.. aku sekarang betol2 dalam mood hari ibu. Aduhh, brape entry nak cite pasal ibu ni.. x kira, nak tulis jugakk.. suka ati aku la.. haha.. Pagi td dengar kat radio, sorang anak call cerita kisah dia yang tidak mempedulikan ibunya. Semasa ibunya sakit (ibunya tinggal dgn adik si pemanggil), terbaring sambil menonton tv, tiba2 si ibu bertanya,

ibu: hari ni hari ibu ke?
anak: mana ibu tau?
ibu: dalam tv ni cakap. tapi kenapa anak2 ibu (8 org) x ucap apa2 pun kat ibu..

Fuhh, sebak woo.. caller tu nangis, dia nyesal.. kini ibu dia dh xde dan smpai sekarang dia xnak sambut hari ibu. setiap kali hari ibu, dia cakap kat anak2 dia, dia xnak hadiah, cuma nak kasih sayang.. Huhh, xnak cerita lagi, aku just nak taruk lirik lagu.. sebab2??

i/ rindu umi
ii/ hot chat pasal ibu kat dlm radio nih
iii/ macam cakap td, mood hari ibu. hehe..
iv/ gedikkk.. haha

So, jom layan lirik lagu favourite aku nih..

A song for Mama
by: Boyz II Men

You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah

There isn't anything or anyone I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You'll always be you always will be the girl
In my life for all times

[Chorus]
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars

Mama, I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul
You're always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

And you took up for me
When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You'll always be
You will always be the girl in my life


* umi, sungguhhhh anis sayanggg umi.. ya Allah, segala puji untukMu.. terima kasih atas nikmat kebahagiaan, kasih sayang, anugerah yang tak terhingga ini.. sungguh ya Allah, aku sayang dia..

♥ anish ♥

Thursday, May 6, 2010

i-b-u

Salam.. wahh, hari khamis hampir melabuhkan tirai. Jumaat mula menampakkan diri. seronoknya.. besoknya sabtu cuti. oppss, aku x cuti. Minggu ni turn aku keje.. tapi xpe, half day je. no problem la. hehe.. Hari Ahad, minggu kedua di bulan May. Yea.. hari ibu. Jom menjelang jumaat yang penuh berkat ni kita renung2kan sejenak kisah mengenai ibu.

Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman:

"Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil" (al Isra’: 23-24)



Fuhh, jasa ibu memang x terbalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia. Kesabaran ibu melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah.. Banyak sungguh jasa ibu.. dan banyak juga yang sudah kita terlupa.

Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya. Kasih ibu sungguh luar biasa.. kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung.. highway menuju ke syurga abadi.

Rasulullah bersabda: "sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka" (riwayat Muslim).

Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan. Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan ditaati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah.. wallahua'lam.

Buat semua ibu-ibu di dunia, Selamat Hari Ibu!

♥ anish ♥

Monday, May 3, 2010

layannn- tanda2, apa, bila, bagaimana & siapa

Salam.. asal facebook xleh bukak wei? service unavailable?? bosannya.. Jom layan tag. Tag seterusnya datang daripada sepupuku Kak Tie. dah lama pun dia buat tag ni, aku je gedik nak jawab. bosan. hahaha

TANDA-TANDA

1-tanda kamu badmood ?
* muka masam+kelat+pahit..sume ada. xnak senyum skit pun. kalau syum pn, skadar utk menjaga hati orang

2-tanda kamu marah??
* diam sediam2 nya dan xkan pandang muka orang yang telah membengangkan aku tuh

3-Tanda2 kamu malu
* senyum yang mengulum, kemudian gigit bibir, tunduk / pandang ke arah lain dan blushing

4-tanda2 kamu sedang cemburu
* jeling2 apa yg dicemburukan sebelum alih pandangan, tarik nafas & hembus. fuhh, sabar2

5-tanda2 kamu sedang sedih
* buat muka sayu, gigit bibir tahan tangisan dan air mata melelehh.. kadang2 air hidung pn join skali. haha

6-tanda2 kamu gembira
* sengih memanjang smpai nampak semua gigi.. kekadang tangan siku naik smbil berkata yessss!!! kalau ade geng lagi best.. gimme 5~

ni baru sikit sengihanku

-> semua aku akan larikan pandangan sebab xreti nak sorok ekspresi muka yang berubah tu. innocent la kata kan.. haha

APA

1-Apa warna baju kamu pakai sekarang
* pink. jambu gitu.. lalalala

2-Apakah kamu termasuk dalam orang yang suka shopping?
* ofkosss.. shopping sangat membahagiakan di kala ada duit, ada sales.. wahh, i likeee

3-Apa ingin kamu lakukan sekarang?
* aku nak siapkan list of unraised CAPEX yang kena submit to COO besok, tp pendrive aku mana???

4-Apa rase di hati kamu sekarang?
* rasa risau sebab keje xsiap lg
* rasa bengang bila ingat balik kejadian di opis td
* rasa rindu pada ... ;p

BILA

1-bila pertama kali kamu dilahirkan di dunia?
* kali pertama? ada ke kali keduanya? ok2, 9 Nov.. ingat ok, 911

2-Bila saat terindah dalam hidup kamu?
* berkumpul seisi keluarga, gurau manja umi abah & adik2 dan bergelak ketawa dgn lawak2 abah & zaem.. really miss them..
* join ESQ 165.. syukur sangat diberi peluang itu..
* menunggu saat indah seterusnya.. saat pertunangan+pernikahan insyaAllah.. xsabar nih * huh,gediks. haha

gelak tawa adik2

wajah2 kesayangan hamba

3-bila kali terakhir kamu dimarahi ibubapa?
* cant remember la.. ms tercalar kereta baru dorang kot. marah2 manja + nasihat la. tp aku dh spray, dh hilang pn calar tu. ganas sgt bawak kete.

BAGAIMANA

1-Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit ati?
* aku akan diam, buat endah x endah sampai orang tu pn fed up ngan aku. padan muka. haha

2-Bagaimana jika ada orang cakap kamu lawa/hensem?
* senyum2, " terima kasih, biasa2 je. awk pun lawa/hensem jgak" auww..

3-Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
* uwaa.. sampai ati korang. merajuk, muncungkan mulut. kalau nk pujuk, famous amos plis.. ha3

4-Bagaimana jika ada orang tidak sukakan kamu?
* ishh, nape xsuka saya? cuba fikir balik apa yg kurang. kalau msih boleh dibaiki hubungan tu, cuba la nak buat dia suka. kalau x, buat bodo je la.. malas nk layan kalau org dh x suka.

5-Bagaimana jika kamu bangun tido, kamu di kelilingi api?
* uwaa.. takutnya.. akan menjerit mitak tolong sambil usaha keluar dr tempat itu.. nauzubillah, mintak jauh laa

6-Bagaimana jika kamu keseorangan?
* e-n-j-o-y + s-u-k-e : kalau masa tu perlukan ketenangan
* b-o-s-a-n + s-u-n-y-i : kalau masa tu rasa nak borak2

SIAPA?

Siapa yang kamu nak tag?
* kamooo yang membaca.. enjoy ya~


♥ anish ♥

Saturday, May 1, 2010

kisah aku sebagai seorang buruh pekerja

Salam.. amboi seronok semua ya.. cuti. Yea.. hari ni 1hb Mei, Hari Buruh Sedunia dan Malaysia juga tidak terkecuali saban tahun meraikannya. Aku pun buruh. ishh, xbest la panggil buruh.. pekerja la. ke kuli?

Apa pun aku sangat bersyukur kerana tidak termasuk dalam golongan 36 ribu penduduk Malaysia yang menganggur. Alhamdulillah, sebulan selepas graduate aku berpeluang menimba pengalaman bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas. Kebetulan mereka memerlukan pembantu akaun sambilan masa tu. Okay la kan, mula2 nak belajar. Memang banyak aku belajar kat situ..

with my colleagues, Kak Ha & Steve

welcoming new boss

dinner with Timbalan Menteri Pelajaran M'sia

Beberapa bulan menimba pengalaman di PPD, aku dapat offer kerja di Sime Darby Healthcare. Bermula la kembali episod aku sebagai seorang perantau. *cehh, macam jauh sangat. Kalau dulu menimba ilmu, sekarang menimba ilmu+pengalaman+rezeki. fuhhh..


Kat SDH, aku ditempatkan di Finance Department.. department paling penting+paling dihormati? fuyooo.. ha3. xde la, semua department penting. Tapi dihormati mungkin. Department kami memang dipandang tinggi dan kami berurusan dengan bosses je, chewahh. (gurau je la korang, jgn amik serius) Masa interview pun, aku sudah dimaklumkan hal ini. Kat finance dept ada 3 orang je dan kami report terus ke Chief Financial Officer (CFO) dan menguruskan kewangan 3 buah hospital & 1 Nursing College di bawah SDH Group.

Bila aku mula keje kat sini, aku boleh nampak perbezaan yang amat ketara la antara kerja gomen ngan swasta. Sangat ketara. Aku tak tahu la company swasta lain, aku bcakap pasal opis aku. hahaha.. Apa yang ketara ofkos cara mereka bekerja. Ya Ampun, kalau kat PPD dulu, balik sharp pukul 5. Pukul 5.30 tu dah sunyi la.. Tapi kat sini, selagi xpukul 7malam xcecah tanah la kami. Kalau dulu (awal2 keje kan xde keje sangat), aku nak blah pukul 6.15 memang rasa segan giler..

Lagi satu beza ialah kat gomen punya opis, hubungan sesama staff rapat.. petang2 kami boleh lepak 5-10 mins untuk makan pisang goreng bersama. Kat sini, xde sume tu. Kalau ada pun, mybe musim2 raya, chinese new year.. vendors belanja2 kami. Tapi xde la makan ber3 je.. ha3. Department kami satu opis dengan accounting dept & business development dept la. So lebih kurang 20 orang la. Happening gak la..

apart of finance+acctg dept with CFO

with COO & CFO

Setakat ni, yess.. aku dah capai hasratku. Memang inilah minat aku, finance..mata duitan. Tapi ini baru permulaan. Perjalanan aku masih jauhhh.. Banyak lagi aku nak tempuh dan nak capai. Alhamdulillah dipermudahkan olehNya, aku dah berjaya masuk ke dalam bidang yang aku suka, cuma kini aku perlu daki dan terus mendaki..

Whatever it is, inilah tempat yang diamanahkan untuk aku mengabdikan diri kepada Allah. Kerapkali jugak rasa tension, marah, frust dan bengang masa bekerja. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk bersabar dengan mengingatkan diri sendiri bahawa semoga pekerjaanku ini menjadi tasbihku kepada Allah dan sejadah panjangku menuju syurgaNya. Semoga setiap langkahku dituntun oleh Allah menuju redhaNya dan menjadi amal soleh buatku, ibubapaku dan para guru yang telah mengajarku. Amin.. :)


p/s: slamat bkerja buat kwn2 acctg yang kena buat closing di hari buruh ini.. lalalala

♥ anish ♥