Thursday, March 25, 2010

★ JOm HebOh Kelate 2010 ★


Sekarang ni sudah heboh diperkatakan, Jom Heboh memasuki Kelantan, negeri kelahiranku. Pada 26 - 27 Mac 2010, bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Jom Heboh ini dikatakan berbeza berbanding penganjurannya di negeri lain. Kerajaan negeri Kelantan dikatakan telah meletakkan panduan syariat dalam merealisasikan dasar hiburan berkonsepkan dakwah dan terkawal. Sejauh mana keberkesanannya, aku sendiri tak pasti.

Kebetulan pulak, aku bercuti dan pulang ke kampung pada tarikh itu. Sebelum pulang lagi, di office kawan2 asyik bercerita hal itu. Sesampai je di kampung, bila aku ke pasar, makcik2 jugak bercerita hal itu. Excitednya dorang nih.. Malah, 1/3 dari kedai2 di pasar Wakaf Bharu tu ditutup.. Err, di Jom Heboh ko mokcik??

Aku akui masa zaman sekolah2 dulu, aku teramat2 lah tidak mengerti kenapa Jom Heboh ni xleh buat kat Kelantan. Aku nak jugak jumpa artis2, tengok selebriti2 tv. Aku amat2 lah mengharapkan program ni datang ke Kelantan dan pastinya akulah makhluk manusia yang sangat gembira dan akan menghabiskan masa selama 48 jam itu berada di sana. muahahaha.. dok kali. tok ke la gitu mo..nok keno bedal nga abah?? haha

Namun pada malam terakhir, atas desakan adik2 aku yang akhirnya berjaya memujuk abahku, kami sekeluarga berkesempatan menjenguk sebentar ke perkarangan stadium. Huh, jalan sesak xpayah cerita la. Jalan ditutup sana sini. Orang berduyun2, memimpin anak2 kecil malahan ada jugak yang mendukung bayi turut sama berasak2 menuju ke tapak Jom Heboh. *siye ko baby tu.. mok ayoh nak suko2, baby xtahu gapo2 keno gi jugok.

~ umi & abah yang abih2 ngepek, "ish, maghi wat gapo laa.. ore ramai gitu mo".haha

~budok2 yang berjayo pujuk abah dan sangat suko gi tepat ore ramai.

Pada pandangan aku, Jom Heboh ni berbeza dengan Jom Heboh yang diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil, KL yang pernah aku jejaki pada tahun lalu. Apa yang beza, hmm.. let's check it out:

i/ Kawasan yang sangat terhad. Ofkos xlapang seperti KL tapi sangat tak selesa dengan adanya bangunan, pokok2 besar di tengah2 nya. Jadi pengunjung terpaksa berpusing2 mengelilingi bangunan itu.

ii/ Sebagaimana di negeri2 lain, gerai 'wajib hadir' seperti Mamee, Power Root, Munchy's, Dutch Lady turut memeriahkan suasana. Namun di satu sudut kawasan ni, Jom Heboh ini tidak ubah seperti pasar malam. Deretan gerai2 yang penuh dengan barang lelongan seperti tudung, kasut2, kain pasang, jam tangan dan sebagainya di mana para penjualnya berterusan menjerit.. "lelong!! lelong!! muroh2!! kain pase muroh, 15ya come gitu mo".. *haha, supo pasar wokah che yeh

iii/ Malam tu khabarnya ada konsert yang menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Tapi, kami pusing2 sampai naik pening, jangan kan konsert, stagenya pun kami x jumpa. Haha.. Kalau kat tempat lain, stagenya kat tengah2 padang tu. Tapi macam aku cakap kat atas ni, tempat ni bukan padang atau tanah lapang, so mana tapak utama program ni pun aku xtau. Ditambah lagi dengan orang ramai yang sesak, x kuasa kami nak cari. So just jalan2 je la. * buke nak tgk sangat ponggg.hahaha

iv/ Di satu jalan ni, tetiba ramai sangat orang..sesak xboleh nak cerita. Orang menjerit2..aku xdapat menangkap apa yang dorang katakan. Entah apa yang dorang ni buat aku xtau. Dengar cerita dorang ni nak masuk stadium, ada perlawanan bola?? Biar betikk.. xkan buat serentak dengan Jom Heboh ni kot. Memang sesak, laki perempuan..huh. Boleh lemas, sampai abahku kata, "bahayonyo la..buleh mati lemah tu. xleh napah"

v/ Yang ni aku suka.. Jom Heboh kat sini ada disediakan surau. 1 surau yang memang sedia ada di perkarangan stadium dan 1 lagi disediakan khemah untuk dijadikan surau. So ada 2 la.. kan senang. Bagus kan..hehe

* Senarai di atas hanyalah pandangan seorang insan yang datang singgah sebentar di malam terakhir. Pandangan di atas terhad kepada pemerhatianku selama 1 1/2 jam berada di situ. hehe


~Jom Heboh Bukit Jalil , 2009~


~Khairuddin & Ikram yang excited jumpa Ikram Dizly, Jom Heboh Kelantan 2010~


Secara keseluruhannya, tidak dinafikan Jom Heboh berjaya menjana ekonomi secara langsung membantu para peniaga di sini. Tapi pada aku, aku lebih suka program 'Perkampungan Hadhari' anjuran TV9 3 tahun lalu yang diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah. Kat situ lebih lapang dan sesuai berbanding perkarangan stadium. Entah la, ofkos pihak penganjur ada sebab2 mereka sendiri dan telah mengambil kira pelbagai aspek. Apa2 pun, all the best buat semua dan selamat beramal ~ hahahaa

3 comments:

  1. budok2 hok berehi gi tengok mugo2 ni. kalu Knur pun, Abe Ariff buke berehi gi sesok2 dgn org2 ramai.

    ReplyDelete
  2. ikram tgh tgk ikram dinzly ehehehheh

    ReplyDelete
  3. knur:meme pun.suko budok2 ni bleh g
    ktie:ish,nyibok la mokcik tdug meroh tu..hik3

    ReplyDelete