Lepas maghrib tadi, aku dapat satu panggilan daripada Kak Ramlah, perantara ATS. Dia offer aku jadi ATS untuk In House Training Politeknik kat Bangi nexwik.. 300 orang peserta. hmm.. macam best je.. lagipun dah lama xjoin in house. Hakikatnya aku memang x pernah pun join In House Training kecuali IHT Sime Darby sendiri.
Rindu tetiba melanda, rindu sangat kat IHT Sime Darby. IHT Sime Darby terpaksa dihentikan sementara waktu disebabkan beberapa faktor yang kami sendiri tidak pasti. Macam2 cerita la sampai ke telinga ni.. tapi ntah la. Sime Darby oh Sime Darby.. rindu sangattt!!! Rindu suasana training kat Maju Junction, rindu nasi lemak Quality Hotel, rindu En Roslan, En Roseffendi, rindu ATS2 SD (walaupun selalu jumpa) dan sangat rindukan lagu Suci Dalam Debu & Wind of Change!!! Rinduuu...
Mengimbau kembali kenangan aku join training ni 2 tahun lepas.. bertarikh 18 Julai 2008, aku dihantar untuk menghadiri satu training di The Summit Hotel, USJ selama 3hari untuk menggantikan tempat sorang rakan. Memang cuak la.. aku baru je join SDMC masa tu. tetiba kena hantar gi training plak. kang balik ni sure kena ajar senior2..aduhh. berbakul2 aku sumpah seranah bos aku. hahaha. Memang aku masuk dewan dengan blur je.. kena plak trainer tu cakap, "bila msuk ke dewan ini, sila kosongkan fikiran anda.". haha.. memang sesuai sangat la. Tapi siapa sangka, cempedak jadi nangka.. eh2. sape sangka, aku jatuh cintaaa!! Training tu sungguh luar biasa seizin Allah. Subhanallah, xleh nak cerita.. err, thanks boss! u shd join this training.. feel the experience. hehe
~ with my trainer, IHT SD 05 ~
Sewaktu berlangsungnya training Kuala Lumpur angkatan 45 yang lalu, kami ATS dari Sime Darby sempat meluangkan masa untuk duduk semeja bersama wakil Leadership Centre, Kak Suria berbincang mengenai training IHT Sime Darby. Ini di atas permintaan Kak Suria sendiri yang ingin bertemu dan mendengar pendapat dari kami. Hadir bersama ialah 3 wakil dari SD Healthcare (Abg Din, Dayah & aku) dan Kak Naimah dari SD Property. Zulkarnain dari SD Plantation xdapat join sebab bertugas sebagai 'makhluk cahaya'.
Beberapa kata sepakat diambil dan Kak Suria akan menyampaikan hasil perbincangan kami kepada pihak LC. Apa pun, kami sangat bersyukur kerana SD berjaya menyelesaikan training sebanyak 16 angkatan basic dan 5 angkatan MCB selama 2 tahun ini. Dan pastinya aku sendiri sangat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman ini dan berpeluang pula untuk berkongsi, mengajak keluarga untuk bersama menyertainya. Alhamdulillah, atas dasar tanggungjawab & Corporate Social Responsibility, SD telah menampung perbelanjaan training ini untuk beratus2 ahli keluarga staffs termasuk 4 orang adikku.. Thanks ya.. :))
~ Ja, alumni SD 12 & MCB SD 4 ~
~ Amirah @ SD 16 ~
No comments:
Post a Comment