Wednesday, March 31, 2010

★ Hero Malaysia di puncak dunia ★


SEPANG: Selepas menawan Gunung Everest pada 2004, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin atau Qobin akan mencatat sejarah tersendiri apabila bakal melaksanakan satu misi lebih besar untuk menawan tujuh puncak tertinggi di tujuh benua mulai tahun ini, dikenali sebagai Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai.
Qobin, 28, dijangka memulakan ekspedisi itu bermula hujung bulan ini dengan pendakian pertama di Gunung Everest dari arah utara Tibet.

“Walaupun pernah mendaki gunung sama enam tahun lalu, saya terpanggil untuk meneruskan hasrat menawan tujuh puncak di benua berlainan selepas membaca buku bertajuk The 7 Summits yang menceritakan mengenai pengalaman beberapa pendaki yang pernah melakukan perkara sama.

“Namun, saya terfikir belum ada lagi rakyat Malaysia dan mereka yang beragama Islam mencipta sejarah sama dan berhasrat memenuhi impian itu,” katanya selepas majlis pelancaran Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini, semalam.

Menurutnya, perbezaan pendakian ke Gunung Everest kali ini dia akan mendaki melalui arah Tibet yang mempunyai cabaran berbeza berbanding pendakian enam tahun lalu. “Antara cabaran yang akan saya tempuhi adalah banyak kawasan lapang serta angin kencang yang mungkin mengakibatkan pendaki tumbang,” katanya.
Qobin berkata, selain Gunung Everest, enam puncak lain turut akan dijelajah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Gunung Vinson Massif, Antartika; Gunung Aconcagua, Argentina; Gunung McKindley, Amerika Utara; Gunung Elbrus, Rusia dan Gunung Cartzen Pyramid, Australasia.
********************************
Huhu.. Kagum dan bangga sungguh aku dengan semangat dan kesungguhan yang ada pada Qobin ni. Semuda usia 22 tahun, dia sudah berjaya menakluki puncak tertinggi dunia dan kini meneruskan misinya ke 7 puncak 7 benua. Sejenak aku terfikir, di usia aku 22 tahun apa yang telah aku capai?? err, tepat usia aku 22 tahun, 9 Nov aku berjaya menggenggam segulung ijazah. boleh dibanggakan x. hehehe..

Dalam ekspedisi kali ini Qobin turut membawa kanak-kanak lelaki kembar empat berumur sembilan tahun untuk mendaki sehingga ke Everest Base Camp (EBC) yang berada di ketinggian 5,300 meter. Mereka adalah Ahmad Amjad Azri Ahmad Izhar, Ahmad Amjad Bahzi, Ahmad Amjad Fitri dan Ahmad Amjad Ghazi, anak kembar kepada Kak Jannah. Mereka merupakan alumni ESQ 165 kids.

~4 Amjad with ESQ 165 Ways' founder, Pak Ary~

Menurut Qobin, adik4 ini sedang berlatih dan sekiranya memenuhi tahap yang ditentukan mereka akan mendaki ke sana dan sekaligus akan menjadi pendaki kembar empat pertama dunia menjejakkan kaki ke EBC itu. Fuhh.. dasat2. Sejuk perut kak Jannah mengandungkan mereka.

~ Kak Jannah yang xleh bangun bila 4Amjad terlena di pangkuan@ Renungan 165 KL39. Subahanallah~

Setiap kali training bersama Qobin, aku memang terlebih semangat. hehe.. masa yel dan ofkos masa march lagu Jalur Gemilang. Lagi2 tang "puncak dunia telah kau tawan".. bukan makin kuat hentak kaki tu. apa taknya, heronya di depan mata. hahaha..

~ESQ twins & hero Malaysia @ The Summit Hotel, Dec 2008~

Al fatihah buat Qobin juga buat isterinya Nabiha yang ditinggalkan. Semoga Allah memberi kekuatan buatnya di saat Qobin dalam perjuangaan. InsyAllah setiap pengorbanan buat agama dan bangsa akan Allah balas dengan kebahagian di akhirnya, menuju syurga hakiki. Semoga sentiasa di bawah naungan Allah, selamat pergi dan selamat pulang. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment