Wednesday, March 31, 2010

★ Hero Malaysia di puncak dunia ★


SEPANG: Selepas menawan Gunung Everest pada 2004, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin atau Qobin akan mencatat sejarah tersendiri apabila bakal melaksanakan satu misi lebih besar untuk menawan tujuh puncak tertinggi di tujuh benua mulai tahun ini, dikenali sebagai Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai.
Qobin, 28, dijangka memulakan ekspedisi itu bermula hujung bulan ini dengan pendakian pertama di Gunung Everest dari arah utara Tibet.

“Walaupun pernah mendaki gunung sama enam tahun lalu, saya terpanggil untuk meneruskan hasrat menawan tujuh puncak di benua berlainan selepas membaca buku bertajuk The 7 Summits yang menceritakan mengenai pengalaman beberapa pendaki yang pernah melakukan perkara sama.

“Namun, saya terfikir belum ada lagi rakyat Malaysia dan mereka yang beragama Islam mencipta sejarah sama dan berhasrat memenuhi impian itu,” katanya selepas majlis pelancaran Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra, di sini, semalam.

Menurutnya, perbezaan pendakian ke Gunung Everest kali ini dia akan mendaki melalui arah Tibet yang mempunyai cabaran berbeza berbanding pendakian enam tahun lalu. “Antara cabaran yang akan saya tempuhi adalah banyak kawasan lapang serta angin kencang yang mungkin mengakibatkan pendaki tumbang,” katanya.
Qobin berkata, selain Gunung Everest, enam puncak lain turut akan dijelajah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Gunung Vinson Massif, Antartika; Gunung Aconcagua, Argentina; Gunung McKindley, Amerika Utara; Gunung Elbrus, Rusia dan Gunung Cartzen Pyramid, Australasia.
********************************
Huhu.. Kagum dan bangga sungguh aku dengan semangat dan kesungguhan yang ada pada Qobin ni. Semuda usia 22 tahun, dia sudah berjaya menakluki puncak tertinggi dunia dan kini meneruskan misinya ke 7 puncak 7 benua. Sejenak aku terfikir, di usia aku 22 tahun apa yang telah aku capai?? err, tepat usia aku 22 tahun, 9 Nov aku berjaya menggenggam segulung ijazah. boleh dibanggakan x. hehehe..

Dalam ekspedisi kali ini Qobin turut membawa kanak-kanak lelaki kembar empat berumur sembilan tahun untuk mendaki sehingga ke Everest Base Camp (EBC) yang berada di ketinggian 5,300 meter. Mereka adalah Ahmad Amjad Azri Ahmad Izhar, Ahmad Amjad Bahzi, Ahmad Amjad Fitri dan Ahmad Amjad Ghazi, anak kembar kepada Kak Jannah. Mereka merupakan alumni ESQ 165 kids.

~4 Amjad with ESQ 165 Ways' founder, Pak Ary~

Menurut Qobin, adik4 ini sedang berlatih dan sekiranya memenuhi tahap yang ditentukan mereka akan mendaki ke sana dan sekaligus akan menjadi pendaki kembar empat pertama dunia menjejakkan kaki ke EBC itu. Fuhh.. dasat2. Sejuk perut kak Jannah mengandungkan mereka.

~ Kak Jannah yang xleh bangun bila 4Amjad terlena di pangkuan@ Renungan 165 KL39. Subahanallah~

Setiap kali training bersama Qobin, aku memang terlebih semangat. hehe.. masa yel dan ofkos masa march lagu Jalur Gemilang. Lagi2 tang "puncak dunia telah kau tawan".. bukan makin kuat hentak kaki tu. apa taknya, heronya di depan mata. hahaha..

~ESQ twins & hero Malaysia @ The Summit Hotel, Dec 2008~

Al fatihah buat Qobin juga buat isterinya Nabiha yang ditinggalkan. Semoga Allah memberi kekuatan buatnya di saat Qobin dalam perjuangaan. InsyAllah setiap pengorbanan buat agama dan bangsa akan Allah balas dengan kebahagian di akhirnya, menuju syurga hakiki. Semoga sentiasa di bawah naungan Allah, selamat pergi dan selamat pulang. InsyaAllah.

Thursday, March 25, 2010

★ JOm HebOh Kelate 2010 ★


Sekarang ni sudah heboh diperkatakan, Jom Heboh memasuki Kelantan, negeri kelahiranku. Pada 26 - 27 Mac 2010, bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Jom Heboh ini dikatakan berbeza berbanding penganjurannya di negeri lain. Kerajaan negeri Kelantan dikatakan telah meletakkan panduan syariat dalam merealisasikan dasar hiburan berkonsepkan dakwah dan terkawal. Sejauh mana keberkesanannya, aku sendiri tak pasti.

Kebetulan pulak, aku bercuti dan pulang ke kampung pada tarikh itu. Sebelum pulang lagi, di office kawan2 asyik bercerita hal itu. Sesampai je di kampung, bila aku ke pasar, makcik2 jugak bercerita hal itu. Excitednya dorang nih.. Malah, 1/3 dari kedai2 di pasar Wakaf Bharu tu ditutup.. Err, di Jom Heboh ko mokcik??

Aku akui masa zaman sekolah2 dulu, aku teramat2 lah tidak mengerti kenapa Jom Heboh ni xleh buat kat Kelantan. Aku nak jugak jumpa artis2, tengok selebriti2 tv. Aku amat2 lah mengharapkan program ni datang ke Kelantan dan pastinya akulah makhluk manusia yang sangat gembira dan akan menghabiskan masa selama 48 jam itu berada di sana. muahahaha.. dok kali. tok ke la gitu mo..nok keno bedal nga abah?? haha

Namun pada malam terakhir, atas desakan adik2 aku yang akhirnya berjaya memujuk abahku, kami sekeluarga berkesempatan menjenguk sebentar ke perkarangan stadium. Huh, jalan sesak xpayah cerita la. Jalan ditutup sana sini. Orang berduyun2, memimpin anak2 kecil malahan ada jugak yang mendukung bayi turut sama berasak2 menuju ke tapak Jom Heboh. *siye ko baby tu.. mok ayoh nak suko2, baby xtahu gapo2 keno gi jugok.

~ umi & abah yang abih2 ngepek, "ish, maghi wat gapo laa.. ore ramai gitu mo".haha

~budok2 yang berjayo pujuk abah dan sangat suko gi tepat ore ramai.

Pada pandangan aku, Jom Heboh ni berbeza dengan Jom Heboh yang diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil, KL yang pernah aku jejaki pada tahun lalu. Apa yang beza, hmm.. let's check it out:

i/ Kawasan yang sangat terhad. Ofkos xlapang seperti KL tapi sangat tak selesa dengan adanya bangunan, pokok2 besar di tengah2 nya. Jadi pengunjung terpaksa berpusing2 mengelilingi bangunan itu.

ii/ Sebagaimana di negeri2 lain, gerai 'wajib hadir' seperti Mamee, Power Root, Munchy's, Dutch Lady turut memeriahkan suasana. Namun di satu sudut kawasan ni, Jom Heboh ini tidak ubah seperti pasar malam. Deretan gerai2 yang penuh dengan barang lelongan seperti tudung, kasut2, kain pasang, jam tangan dan sebagainya di mana para penjualnya berterusan menjerit.. "lelong!! lelong!! muroh2!! kain pase muroh, 15ya come gitu mo".. *haha, supo pasar wokah che yeh

iii/ Malam tu khabarnya ada konsert yang menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Tapi, kami pusing2 sampai naik pening, jangan kan konsert, stagenya pun kami x jumpa. Haha.. Kalau kat tempat lain, stagenya kat tengah2 padang tu. Tapi macam aku cakap kat atas ni, tempat ni bukan padang atau tanah lapang, so mana tapak utama program ni pun aku xtau. Ditambah lagi dengan orang ramai yang sesak, x kuasa kami nak cari. So just jalan2 je la. * buke nak tgk sangat ponggg.hahaha

iv/ Di satu jalan ni, tetiba ramai sangat orang..sesak xboleh nak cerita. Orang menjerit2..aku xdapat menangkap apa yang dorang katakan. Entah apa yang dorang ni buat aku xtau. Dengar cerita dorang ni nak masuk stadium, ada perlawanan bola?? Biar betikk.. xkan buat serentak dengan Jom Heboh ni kot. Memang sesak, laki perempuan..huh. Boleh lemas, sampai abahku kata, "bahayonyo la..buleh mati lemah tu. xleh napah"

v/ Yang ni aku suka.. Jom Heboh kat sini ada disediakan surau. 1 surau yang memang sedia ada di perkarangan stadium dan 1 lagi disediakan khemah untuk dijadikan surau. So ada 2 la.. kan senang. Bagus kan..hehe

* Senarai di atas hanyalah pandangan seorang insan yang datang singgah sebentar di malam terakhir. Pandangan di atas terhad kepada pemerhatianku selama 1 1/2 jam berada di situ. hehe


~Jom Heboh Bukit Jalil , 2009~


~Khairuddin & Ikram yang excited jumpa Ikram Dizly, Jom Heboh Kelantan 2010~


Secara keseluruhannya, tidak dinafikan Jom Heboh berjaya menjana ekonomi secara langsung membantu para peniaga di sini. Tapi pada aku, aku lebih suka program 'Perkampungan Hadhari' anjuran TV9 3 tahun lalu yang diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah. Kat situ lebih lapang dan sesuai berbanding perkarangan stadium. Entah la, ofkos pihak penganjur ada sebab2 mereka sendiri dan telah mengambil kira pelbagai aspek. Apa2 pun, all the best buat semua dan selamat beramal ~ hahahaa

★ k.e.t.i.k.a ★

Sedang asyik mengadap laptop, tetiba berkumandanglah lagu ni dari handphone seorang teman. Nyanyian Allahyarham Chrisye yang membawa maksud yang cukup mendalam yang mampu membuat kita termenung sejenak. Ayuh, sama2 menghayati liriknya.

*******************************
Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi
Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Ke mana saja ia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggungjawab tiba

Robbana
Tangan kami kaki kami
Mulut kami mata hati kami
Luruskanlah kukuhkanlah
Di jalan cahaya sempurna

Mohon kurnia
Kepada kami
HambaMu yang hina
*******************************


" Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka usahakan"

(QS Yaasin : ayat 65)

p/s: Al-fatihah buat Allahyarham Chrisye dan mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Monday, March 22, 2010

★ Bila Terasa Rindu.. IHT Sime Darby ★


Lepas maghrib tadi, aku dapat satu panggilan daripada Kak Ramlah, perantara ATS. Dia offer aku jadi ATS untuk In House Training Politeknik kat Bangi nexwik.. 300 orang peserta. hmm.. macam best je.. lagipun dah lama xjoin in house. Hakikatnya aku memang x pernah pun join In House Training kecuali IHT Sime Darby sendiri.

Rindu tetiba melanda, rindu sangat kat IHT Sime Darby. IHT Sime Darby terpaksa dihentikan sementara waktu disebabkan beberapa faktor yang kami sendiri tidak pasti. Macam2 cerita la sampai ke telinga ni.. tapi ntah la. Sime Darby oh Sime Darby.. rindu sangattt!!! Rindu suasana training kat Maju Junction, rindu nasi lemak Quality Hotel, rindu En Roslan, En Roseffendi, rindu ATS2 SD (walaupun selalu jumpa) dan sangat rindukan lagu Suci Dalam Debu & Wind of Change!!! Rinduuu...


Mengimbau kembali kenangan aku join training ni 2 tahun lepas.. bertarikh 18 Julai 2008, aku dihantar untuk menghadiri satu training di The Summit Hotel, USJ selama 3hari untuk menggantikan tempat sorang rakan. Memang cuak la.. aku baru je join SDMC masa tu. tetiba kena hantar gi training plak. kang balik ni sure kena ajar senior2..aduhh. berbakul2 aku sumpah seranah bos aku. hahaha. Memang aku masuk dewan dengan blur je.. kena plak trainer tu cakap, "bila msuk ke dewan ini, sila kosongkan fikiran anda.". haha.. memang sesuai sangat la. Tapi siapa sangka, cempedak jadi nangka.. eh2. sape sangka, aku jatuh cintaaa!! Training tu sungguh luar biasa seizin Allah. Subhanallah, xleh nak cerita.. err, thanks boss! u shd join this training.. feel the experience. hehe

~ with my trainer, IHT SD 05 ~

Sewaktu berlangsungnya training Kuala Lumpur angkatan 45 yang lalu, kami ATS dari Sime Darby sempat meluangkan masa untuk duduk semeja bersama wakil Leadership Centre, Kak Suria berbincang mengenai training IHT Sime Darby. Ini di atas permintaan Kak Suria sendiri yang ingin bertemu dan mendengar pendapat dari kami. Hadir bersama ialah 3 wakil dari SD Healthcare (Abg Din, Dayah & aku) dan Kak Naimah dari SD Property. Zulkarnain dari SD Plantation xdapat join sebab bertugas sebagai 'makhluk cahaya'.

~ Kak Naimah & Abg Din ~

Beberapa kata sepakat diambil dan Kak Suria akan menyampaikan hasil perbincangan kami kepada pihak LC. Apa pun, kami sangat bersyukur kerana SD berjaya menyelesaikan training sebanyak 16 angkatan basic dan 5 angkatan MCB selama 2 tahun ini. Dan pastinya aku sendiri sangat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman ini dan berpeluang pula untuk berkongsi, mengajak keluarga untuk bersama menyertainya. Alhamdulillah, atas dasar tanggungjawab & Corporate Social Responsibility, SD telah menampung perbelanjaan training ini untuk beratus2 ahli keluarga staffs termasuk 4 orang adikku.. Thanks ya.. :))

~ Ja, alumni SD 12 & MCB SD 4 ~

~ 4 beradik with Pak Arief @ SD 15 ~

~ Amirah @ SD 16 ~

Besar harapan kami agar training ESQ 165 terus melebarkan sayapnya di Sime Darby untuk berkongsi kebahagiaan yang telah kami rasakan sebelum ini. InsyaAllah.. "Ya Allah, berikanlah peluang dan ruang untuk kami terus berjuang membantu menyebarkan 165 dalam keluarga besar Sime Darby. Amin". Semoga Sime Darby terus berjaya dalam mencapai misinya, Sustainable Future Real For Everyone di atas landasan 165 way. InsyaAllah. Go3x..Fight3x..Win3x.. 165. Sustainable Future!

~ Satria 165 SD siap utk bertotal action ~


p/s: masih berusaha memujuk umi abah untuk join.

Wednesday, March 17, 2010

★ ATS Corner @ KL 45 ★

Angkatan : KL 45
Tarikh : 19 - 21 Mac 2010
Tempat : MATRADE, Jalan Duta
Trainers : Pak Legisan Sugimin, Pak Arief Rahman, En Akmal & En Azlan


♫♪ Ikrar Satria ESQ 165 ♪♫
1 Hati, 6 Prinsip, 5 Langkah

Huhu..nyanyi plak. Terngiang2 lagi la lagu tu..bestnye. Alhamdulillah, ESQ KL angkatan 45 telah melabuh tirai dengan jayanya. Ofkos training ni xlengkap tanpa dihiasi dengan gelak ketawa dan deraian air mata *dari para peserta, mahupun alumni, ATS and trainer itself..* hehe

Kali ni aku join hari Sabtu & Ahad je. Jumaat x cuti la.. dah cuti last week. Briefing hari Khamis, malam Jumaat ingat nk ponteng sbb kul 7.30 baru terkedek2 keluar dari ofis. Tapi ishh, xboleh la..nk p jgkkk~ Sempat la sampai kat MATRADE pukul 9 mlm.

Coordinator untuk training kali ni ialah Zuhair dan jeng3.. Dayah!! 2 coordinator muda yang berjaya mengepalai barisan para ATS kali ini.. Go3x..Fight3x..Win3x! ATS Bolehhh!!! Ini juga kali pertama Abg Azlan jadi assisstant trainer..ishh, xsangka aku.. dulu ms dia jadi peserta aku jadi ATS. Sekarang dia dah jadi assisstant trainer. Fuyoo.. dan aku?? aku masih lagi ATS..haha. xkan aku nak jadi trainer kot.


Tapi aku perasan 1 hal la.. x banyak gambar yang sempat dirakam untuk training kali ni. Sebab?? Sebab busy sikit.. Lagipun xde geng tukang tangkap gambar iaitu Dayah. Kalau aku busy sket, coordinator tu busy banyakkk. Memandangkan Dayah busy dan xde masa nak berkepit ngan aku..huh, aku berkepit ngan orang lain..jgn jeles. lalala

tadaa.. Agya, Pak Firdaus's daughter

Erm.. Erra Fazira pun datang recharge, teman husband dia yang join sebagai peserta. Tapi xsempat la nak tangkap dia. Kan aku cakap tadi, aku b-u-s-y. haha.. Training kali ni jugak istimewa sebab kali pertama aku berpeluang menyaksikan persembahan live dari Marjan.. Selalu je terlepas peluang walaupun dah banyak kali join training public. Alhamdulillah..

Selesai training, makan2 sambil meeting & bergambar, kami berangkat pulang. Aduhh, jem la puloq kat Federal Highway tuh. Sakit kepala aku tengok lampu kereta yang berderet di hadapan tu merah memanjang. eee..manusia2 ni dari mana hah? Pukul 10.30 baru aku sampai rumah. Terus tertido, pukul 2 pagi baru bangun dan solat isyak. hehehe.. Penat wei!

p/s: happy dapat jumpe kwn2 ATS & alumni yg selama ni duk contact dalam facebook..asyik2~

Tuesday, March 16, 2010

★ 16march ★

16 March 2010
Today is my sister's birthday!!
Nur Amirah binti Rosli
Happy 18th birthday, Lah!!!



Masa dia lahir, aku baru je umur 8 tahun..darjah 2. Kita orang panggil dia Mirah.. tapi macam budak2 lain, dia pelat masa kecik2 dulu. So R tu tukar jadi L --> Lah. Sampai ke tua sekarang melekat nama Lah tu, even kat sekolah pun ada kawan2 dia panggil dia Lah.. hihi.

Dia ni la insan paling 'koya' dalam keluarga kami.. suka berangan, suka orang2 korea.. suka tengok orang handsome (macam kakaknya. erkk, yang ni no komen la..). Dia juga 'kreatif'.. suka menghidupkan watak2 hero+heroin dalam novel ke alam realiti..huh.


* pose ini membuktikan 'kekoyaannya'..haha

..Happy Birthday Lah..
Moga panjang umur yang penuh barakah
Menjadi anak solehah
Kebanggaan umi abah
Berjaya dunia akhirat
Perjalanan Lah baru bermula
Tempuhinya dengan tabah & cekal..
Lah, happy birthday, again!
~Sweet 18~
♥ Love you ♥

p/s: tujuan entry ini ialah sebagai hadiah birthdaynya..so kira dah setel hutang hadiah..yuhuu

Wednesday, March 10, 2010

★ Testing~1st entry ★

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..


Wahh, dah lama aku nak create blog sebenarnya.. akhirnya tercapai jugak..hihi. selama ni hanya menjadi penerjah tidak bertauliah je ke blog kawan2..curik2 baca blog orang *ofkos dorang tulis entry utk dibaca kan..so aku x bersalah k*. Memang hobi aku baca cite2 ni.. *di samping nk tgk cara meke ni membina ayat..cewahh*


Hmm.. excited nak blogging.. maklumlah, dah lama kuperap bakat yang terpendam ni.. muahahaha.. walaupun sebenarnya risau gak, kot2 xjalan sume keje aku, asek mengadap laptop je. Siang kat office mengadap PC, balik rumah mengadap skrin laptop lagi.. kesian mata aku. tu belum campur hobi melayan facebook lagi. hihi.. anis2, ape nak jadi nih..


Ok2..stop dulu sampai sini.. Macam tajuk kat atas ni la.."testing", so xboleh la panjang2. kalau pegi supermarket, nak test makanan tu, dia bagi ciput je kan.. so entry ni pun pendek dah la..
maka berakhir di sini dulu la.. eh jap, nak perkenalkan dulu diriku..sikit2 sudahh~








daaa~



p/s: simple one for the introduction..