Tuesday, November 23, 2010

Wanita solehah - mampukah aku?


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

♥ anish ♥

Monday, November 15, 2010

Hari Arafah (9 Zulhijjah)


Salam.. besok 9 Zulhijjah, hari Arafah. Lebih 2.5 juta jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia termasuk 26,000 dari Malaysia wukuf di Arafah hari ini dalam cuaca kering dengan suhu sekitar 34 hingga 35 darjah celcius.


Sedikit sharing tentang hari Arafah buat renungan bersama. Semoga kita beroleh keberkatan salah satu hari agung umat Islam dengan memperbanyakkan doa dan amal ibadah insyaAllah..

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : "Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.". (Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

Allahu akhbar!


♥ anish ♥

Friday, November 12, 2010

Wanita vs Pohon Semalu

pic from here

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

ф Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

ф Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

ф Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

ф Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Contoh terbaik dari sifat malu yang dimiliki wanita beriman adalah dua orang wanita yang bertemu Nabi Musa di mata air Madyan. Allah berfirman mengenai hal tersebut,

“Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia men- jumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: “Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?” Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya.” (Al-Qashash: 23).

Rasa malu telah menggiring keduanya untuk tidak menggabungkan ternak keduanya dengan ternak orang lain. Keduanya juga memberi contoh bahwa wanita tetap tinggal di rumah, kecuali jika ada urusan mendesak, seperti keduanya yang terpaksa keluar rumah untuk memberi minum ternak, karena ayahnya sudah ringkih.

Ya Allah, semoga kami tergolong dalam golongan wanita solehah yang menjadi seindah2 hiasan dunia, insyaAllah..

♥ anish ♥

Monday, November 8, 2010

Kisah saudara baru Abu Bakr (Ruben)

Salam. Hari ni nak share satu kisah benar. Kisah ni dah lama kot, dah ramai yang tahu. Tapi nak share jugak. Beberapa hari lepas, aku masuk youtube, ingat nak download la lagu Maher Zain. Tengah2 syok layan lagu open your eyes, ade pulak sorang insan ni berkongsi cerita. Sungguh tersentuh mendengar sharing dia.

So aku google la cari kisah ni dan terjumpa la story ni kat sini. Mohon share dan semoga kita beroleh pengajaran bersama. InsyaAllah.

Pernah dengar nama Abu Bakr? Mesti yang pertama kali menjengah benak kita adalah sosok sahabat mulia yang sangat dikasihi Rasulullah saw. Seorang sahabat yang mula-mula sekali masuk Islam dan digelar As_Siddiq kerana setia membenarkan Rasulullah dan mempertahankan Nabi Allah dalam apa jua keadaan. seorang teman ketika hijrah Nabi, ayah mertua dan Nabi pernah berkata, jika ada orang yang paling dikasihi nabi, tentulah dianya Abu Bakr..seorang sahabat yang disebut nabi, yang diharapkan akan memasuki syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki. Seorang sahabat yang rela menginfakkan keseluruhan hartanya dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul sebagai bekal untuk keluarganya. Dan semua kisah Abu Bakr yang mulia tentu banyak yang telah dihadam oleh kita.

Cuma kali ini, nak berkongsi cerita (cerita asal bleh tgk kat link ini: http://www.islam-australia.net/21st%20Century%20Revert%20Stories/Revert%20Stories.htm) tentang Rubben dan pencariannya dalam agama. Tak jemu-jemu dia mendalami pelbagai agama dan mencari serta mencari jawapan untuk semua persoalan kehidupan.

Kisah benar ini dirakamkan di dalam tesis Kepujian seorang muslimah, Sis. Tuba Boz. Individu ini kini bernama Abu Bakr, nama sahabat yang dekat kepada Rasulullah saw. Latar belakang kisah di Melbourne, Australia. Kisah ini juga salah satu bukti daripada ayat-ayat cinta Allah untuk kita fahami.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujurat: Ayat 13)

--> klik sini untuk full video (abu bakr's speech)


Jika seseorang pernah memberitahu Abu Bakr yang satu hari dia akan bergelar Muslim, mesti jawapan yang diberikan adalah, “tidak sama sekali!!!” sebab rata-rata Mat Saleh Australia mempunyai tanggapan bahawa orang Islam/Muslim adalah pengganas. Tapi, takdir Allah mengatasi semua kemungkinan yang ada dan itulah yang berlaku kepada Bro. Abu Bakr ini.

Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Bro. ni kata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawan dia. Semua nih menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (pent: dalam kubur)?

Pastuh dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kesah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berbilion manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!

Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan

Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia tahu, dia tak boleh tipu diri sendiri dengan menganut agama Kristian.

Dia mencari lagi:

Dia cuba cari dalam agama Hindu pula dengan berbual dengan kawan baik dia, seorang penganut agama Hindu. Adakah dengan hanya mempercayai, yang dia harus beriman dengan Tuhan ini dan Tuhan itu, dia dapat menerima? Dia berfikir, macam mana kalau Tuhan-tuhan ini tak sependapat? Dan hal itu dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Mu’minun: Ayat 91:


"Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu."


Dia mencari lagi;

Dalam agama Yahudi, juga dia tak menjumpai jawapan..Dan dia kemudian merasakan, mungkin agama Buddha adalah jawapannya. Tapi, Gautama tak pernah mengaku dirinya sebagai sembahan, melainkan sebagai ikutan sahaja. Jadi, agama Buddha juga bukanlah jawapannya.

Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam. Dia balas, “tak mungkin..orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”

Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada brothers yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Mungkin ada sorg dua yang rujuk Bible tapi Brothers yang ditemui, semua member jawapan daripada Al-Quran. Mestilah agama ini bukan berkenaan manusia sebaliknya berkenaan mukjizat al-Quran dan bermula saat itu, Bro ini memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Mungkin berbulan-bulan juga sebab dia banyak sangat nk tahu!

Jadi, macam mana akhirnya Bro ini (sekarang berusia 20-an) masuk Islam? Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.

Malam tuh dia berbual-bual dengan beberapa Brothers. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca..Dia dah ada Al-Quran tapi dengan tulisan kecil yang agak susah dibaca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.


Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sket tolakan untuk terjun je!

Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa shj petunjuk Ya Allah..”

Dan dia terus menunggu ...

Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah.

“Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada dia sesuatu!

Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pon sebagai petanda yang dia mahukan…

Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." (Al-Baqarah:164)

Dia sangat terpana! Bro. nih pon tutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!

Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim. Walaupun bukan petunjuk fizikal seperti yang dia nak, tapi dia tak boleh bodoh sombong dengan ayat Allah yang dibacanya!

Jadi, adakah semudah itu utk Abu Bakr mengetepikan rasa takut dia kepada keganasan dan bahaya dalam beragama Islam?

Malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ade juga terdetik dalam hatinya, apa akn jadi klu dia salah mengucap syahadah..adakah orang yang ramai ini akan membunuh dia?

Dan dia kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahada seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua brothers yang lain memeluk dia.


Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu shj dengan kehangatan ukhuwwah yang dirasai.

"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Anfaal: Ayat 62-63)

Dan dia terus belajar mengenai Islam..belajar untuk bersolat dan berpuasa. Walaupun pada mulanya dia masih makan daging babi sbb tidak tahu akan pengharamannya, yang dia tahu dia mesti berpuasa dari terbit fajar sehingga waktu Maghrib. Memang susah pada mulanya…

Bila ditanya, adakah dengan menjadi Muslim, dia sudah berubah? Dia mengatakan, dia kini merasakan dia hidup dengan bertujuan. Dia masih merasakan dia individu yang sama seperti dulu sebab banyak perkara tentang dirinya masih sama; seperti bersikap positif.

Keluarganya juga gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun sedikit bimbang dengan hubungan family mereka. Cuma, dia ada kehilangan beberapa kawan (so-called) sebab dia da tidak minum arak dan keluar sesaja.

Dia merasakan dirinya telah ‘revert’ kpd Islam, bukannya ‘convert’ seperti yang difahami dalam konteks Barat. Sebab dia kini kembali kepada fitrah dengan melakukan apa yang disuruh oleh Penciptanya. Jadi, dia Muslim bile melakukan apa yang disuruh dan bukan Muslim jika tidak melakukan apa yang Allah suruh.

Menjadi Muslim/orang Islam adalah satu perbuatan, bukan hanya kata nama. Jika pokok2 berbuat seperti yang disuruh Allah, maka pokok itu Islam. Islam itu penyerahan. Sebaik lahir, kita semua adalah Muslim sbb, secara fitrahnya, bila bayi lapar, dia menangis, itulah fitrah dan itulah Islam! Kita semua mengikut fitrah tp semakin kita membesar, dan kita belajar drp orang atau budaya lain, ketika itu mungkin kita lari daripada Islam kerana mengikuti corak yang lain drp Islam.Sebab itu, apabila kita kembali kepada Islam, kita ’revert’ kerana kita adalah muslim sebaik lahir.

Abu Bakr kini seorang ahli psikologi dan penerbit filem. Semoga Allah merahmatinya selalu. Buka mata dan hati kita…Lihat sekeliling dan rasakan takjub atas segala ciptaan Allah..tiada yang dapat menanding ciptaanNya!

♥ anish ♥

Friday, November 5, 2010

Aku Cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
sumber: iluvislam

♥ anish ♥

Thursday, November 4, 2010

aku sudah jatuh centa! lalala ♥

Assalamualaikum..

Tajuk tak leh blah kan. hehe. tapi betol la.. hatiku tengah berbunga2 centa!


Orang2 Malaysia masih hangat bercerita pasal Maher Zain yang datang berkunjung ke Malaysia bulan October yang lalu. Aku pun suka dia nih. Lagu2 dia perghh, memang menusuk kalbu.

from MaherZain fanpage

Tapi aku bukan nak cerita pasal dia. Pasal orang lain. Ya ALLAH, Aku suka sama ini orang! Sami Yusuf!! Dah lama aku dengar nama ni. Since sekolah lagi. Tapi aku xpenah amik tau pun. Sebab ape tau, sebab nama dia ala2 orang tua dan aku mati2 ingat dia tua! cett, ropanyaa.. haiya, malas nak cakap la. Korang tengok la sendiri nanti.

Lagu2 dia plak aku memang salu dengar kat radio. Al-Muallim, My ummah, tapi ni satu lagi hal.. aku xamik pedulik pon sape nyanyi. Aku suka dengar dan layan je. hehe. Okay, okay. Back to this special guy, jom layan biography dia yang aku curik dari dia pnya
officialpage;


He was born in July 1980 into a musical family, learning to play several instruments at a very young age and demonstrating a keen interest in singing and composing. He studied music at several institutions and with renowned composers and musicians including composers from the Royal Academy of Music in London, one of the world’s most prestigious music institutions. In addition to his education in Western harmonics and composition, Sami has a solid understanding of the Middle Eastern modes (or Maqams) and is thoroughly acquainted and familiar with both East and Western musical traditions.

Since 2003, Sami’s debut album ‘al-Mu’allim’ and his second album ‘My Ummah’ have sold over five million copies worldwide (with a third album nearing completion). His concerts have attracted huge audiences across the Middle East, Europe and the United States, including a staggering 250,000 attendance in Istanbul. Sami has been featured by Time Magazine and has appeared on the covers of dozens of other mainstream publications around the world. Sami is devoutly spiritual and often uses his art and music as a means of promoting the messages of love, mercy, peace and tolerance, whilst encouraging the youth to be proud of their identity.


Punca?

Camne aku tetiba leh ter-kenal dia dan terminat+gilakan dia setelah hampir 7 tahun dia femes? [yea, saya ngaku saya lambat! bukan sikit tapi lambat banyak]. Puncanya gini. Ritu aku bukak satu blog kawan nih, tetiba satu lagu berkumandang dalam bahasa arab (yup, aku sangat meminati lagu2 bahasa arab!). Lagu tu sangat sedap didengar, bertenaga dan wallawei, xtau nk cakap la.. sungguh mengasyikkan di telingaku ini.

So ape lagi, aku cari kat utube la lagu tuh. Baru la ketahuan, Sami Yusuf yang nyanyik! Dan kat situ jugaklah aku baru tau, 1 video yang aku sangat tengok kat tv beberapa minggu yang lalu (dalam Halaqah) nyanyian beliau jugak.

Kesan?

Kesan daripada itu, ofkos aku download lagu dia banyak2.. sume best2! Dan aku taruk these two my favourite songs kat fb. hehe.. siap mitak maap lagi kat kawan2 fb sebab asyik cite pasal Sami Yusuf je. hehe.. ape nak buat, hati wa manyak suka sama dia maa..


Kesan2 sampingan, aku turut taruk videos tu kat blog ni hah. hehe. So nanti korang pi la dengar ek.. sambil2 selawat insyaAllah leh pahala kan.. :D

Kesan buruk pun tak terkecuali.. Aku dah gila bayang! haishh! Malu nak cakap, tapi tu lah hakikatnya.. aku dah berangan nak berlaki cam dia! gila kan.. haiyaaa!!! anis! Berangan no 1, pastu tak beragak2 lak tuh! sudah2.. jom2, tinggalkan si anis ni sengsorang. jangan layan dia.

Oooo, takmo layan saya. ok fine! Korang pegi layan lagu2 dia, 1st lagu tajuk Eid Song & 2nd is Asma Allah. sambil2 tu, layan la gambar2 kekasihku nih. Ade sikit je pon. ofkos curik dari tenet ok! kalu nk yang asli dari kamera aku, tunggu aku kapel nga dia la. opss..



Sami, I was bit dissapointed when hear you're married. I dreamed that your wife should be me.. But it’s OK.InsyaAllah. Your wife is the best wife which Allah S.W.T. gave for you. But wait, I just remember that in Islam, a man could married inmost four women..So I still get hope. Alhamdulillah. :p



curik from Sami Yusuf officialpage

Hahh, ape korang buat hah! Tutop mulut anda! Baru tau nape aku angau! haishh..

p/s: tolong jangan bagitau umi nga abah saya. nanti meke nangess.. 'ntah bila la anak sorg ni nak kawen kalu tunggu laki yang macam ni..'


♥ anish ♥

Tuesday, November 2, 2010

anda belum kahwin?

Belum kahwin? hehe.. Buat yang belum berkahwin, ni pesanan Rasulullah SAW buat renungan bersama..

ADAB AZ-ZIFAF

Ahmad telah menceritakan: "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishakbin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripadaAl-Khudri yang berkata: "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda:

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh dia )tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh dia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut."

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab: "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu di larang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab: "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


♥ anish ♥

Friday, October 15, 2010

ATS Corner @ ESQ Parenting 1 Malaysia

Angkatan: ESQ Parenting 1 Malaysia
Tarikh: 10 October 2010
Tempat: Shah Alam Convention Centre
Trainers: Dr Ary Ginanjar, Pak Aminul Rachman, En Qobin & En Akmal

Ahhaa.. yupp, anda tak salah baca dan saya x salah eja. it is PARENTING! hehe..

Ramai orang duk sebut2 10.10.10 special date, date cantik.. tapi bagi aku mula2 xde ape2 pun. Tapi tu plan Allah lah yang terbaik, kita tak tahu.. sape sangka date tu juga date yang special untuk aku! 3 hari sebelum 10 October atau lebih tepat lagi 7hb, hari Khamis.. aku dapat call. Kak Ramlah offer jadi ATS untuk Parenting angkatan pertama Malaysia.. tergamam, tak percaya! (ade la sebab2 knape aku xpcaya.. xleh dedahkan. haha..) tapi sungguh aku x layak! itu lah namanya rezeki. aku antara insan terpilih kali ni. Alhamdulillah..

Disebabkan ni angkatan pertama, julung2 kalinya di Malaysia, kami dipanggil ke training ATS.. diajar terus oleh pak Iman & Bang Rizki dari Jakarta. 2 hari kami training di office ESQ LC di Damansara.

8 Oct (malam) : Meeting suai kenal trainers & ATS dan briefing program/modul


9 Oct (petang-malam) : Briefing program dan games serta latihan lagu



10 Oktober : Hari Training.. peserta hampir mencecah 800 orang! [sila bayangkan dewan yang besar & gah.. haha]

Opening doa dibacakan oleh Datuk Noh Gadut, penasihat agama istana Johor merangkap penasihat syariah ESQ. Subhanallah, xde kata yang terucap! Nak angkat kepala pun tak larat.. hanya titisan air mata mengalir laju. penuh penghayatan dan kesyahduan. (i jamin, seluruh manusia yg punya hati dlm dewan tu menangis!) Ya Allah, saksikanlah kami menitiskan air mata untukMu.. terimalah doa kami ya Mujib. Amin.

semua panel syariah ESQ hadir.. sharing ikhlas dr Datuk Paduka mantan mufti Wilayah (2 dari kiri) sewaktu closing sangat menyentuh hati..

Satu hari training yang penuh bermakna.. dibawa sendiri oleh pengasas ESQ 165, Dr Ary Ginanjar. Ada yang tanya, sesuai ke untuk bujangan? hehe.. seswai sangat! kesan dalam diri aku sendiri.. tak sabar dan excited nak jadi ibu! ahaks (pstt, bukan i sorang k.. hahaha). bukan la kata dah cukup ilmu dengan training satu hari ni, tapi tetiba lak excited. haha (dan2 balik tukar profile pic fb muka baby. ahaks)

Okay2, tak nak citer banyak la pasal Parenting ni.. nanti spoil je kawan2 yang belum dan nak pegi kan. hehe.. insyaAllah angkatan ke-2 Malaysia bulan Dec ni kat Flamingo Hotel, Ampang. jom3.. anda pasti sukakannya! dan aku nak share kat sini la lirik lagu ni.. for my dearest parent.. ♥ umi and abah ♥

"You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary;

When troubles come and my heart burdened be;

Then, I am still and wait here in the silence,

Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;

You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;

You raise me up... To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;

Each restless heart beats so imperfectly;

But when you come and I am filled with wonder,

Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;

You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;

You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.

tudung ATS wanita ditaja oleh DeZahra. tq for arising our Nur!

ape kitaorang buat? ahha.. kena la join! lalala~

Pak Iman & Bang Rizki from Jakarta

Parenting memang best! terbaekkk!!

p/s: my personal opinion, saya xnak umi abah attend training ni. saya xmo umi abah nangis.. bagi saya, umi dan abah dah buat yang terbaik untuk kami adik beradik! hehe.. peace

♥ anish ♥

Tuesday, October 12, 2010

ATS Corner @ EFA KL 1

Angkatan: ESQ For All (EFA) Angkatan 1 KL
Tarikh: 3-5 October 2010
Tempat: IKRAM, Bangi
Trainers: Pak Arief Rahman Salleh & En Akmal


Assalamualaikum. Lama xupdate blog ni kan. Busy la.. bukan je x sempat nak update, nak jenguk pun xsempat. hehe.. Alhamdulillah, berkesempatan lagi bertotal action di dewan training. Kali ni special sikit.. EFA --> ESQ For All.

Sedikit perbezaan ESQ biasa dengan EFA (sekadar yang aku tahu.. :D)
√ 2 hari sahaja.. so agak terkejar2 untuk habiskan modul
√ very good rate, affordable to anybody.. bak kata seorang rakan alumni, leh hantar 5org barulah sama dgn harga biasa
√ kad alumni tidak termasuk dalam bayaran

Training ni best! Memang penat dan agak blur sikit sebab kitaorg tak tau dan xleh jangka modul trainers.. i mean which part dia nak potong or nak pendekkan. So kitaorg memang kena sentiasa alert. Satu pengalaman yang baru untuk aku.

Penat bertugas sepanjang hari pertama, malamnya kami dijemput ke rumah terbuka bos Felcra di Putrajaya. Bulan Syawal lagi maa.. haha. 2 buah kereta kami bergerak ke rumah En Rohaizat di Persint 14. Dah malam kan, so memang dah xde tetamu lagi. Kata En Rohaizat, kamilah tetamu terhormat dia. haha.. Beberapa ATS staff Felcra masih berada di situ menunggu kami. Jom layan pics..







bday girl yang tunggu kakak2 & abang ATS untuk tiup kek secret recipenya. yummy~

Hari kedua plak, semakin penat. Banyak pergerakan, banyak aktiviti dan banyak games. Tapi alhamdulillah semuanya mantoopp! Semua ATS dah berpengalaman. Ikrar 165 terbaekk! Kelakar tengok peserta yang terpaku, ternganga tengok kitorang pnya movement. haha..

Dan aku perasan something! Sorang participant ni.. macam kenal. Fitri, bekas kumpulan nasyid UNIC yang agak femes time aku kat u dulu. (sorang kawan ATS dh update kat fb sebelum tu cakap dia join, tp terlupe). So aku bisik la pada kak Latiffah, nanti kita amik pic nga Fitri dan dia setuju. hihi.. Rupanya lepas training, dia terserempak nga Fitri dan bagitau Fitri ade peminat nak bgambar.. dan aku la yg dimaksudkan. adehh, mana ade aku minat dia!

with participants

"cepat la budak2 woi, buat malu aku orang tua je!" ayat kak tipah bila kitorg terhegeh+malu2 nk bgambar nga Fitri mengundang gelak sume orang. haha

dipaksa bgambar berdua.. ramai si pengacau kat depan tuh. En Akmal pun ade duk tengok sambil makan (cett, buat malu i je. haha)

Apa-apa pun, EFA memang best la.. (sume training ESQ best occay!). Minggu depannya ade lagi EFA training, tapi weekday la.. tak bole join la.. huhu.

♥ anish ♥

Wednesday, August 18, 2010

~ Ramadhan lagi ~

Salam. Alhamdulillah, sampai lagi kita di bulan mulia ini, bulan Ramadhan. Sana sini sume orang cerita pasal puasa. Kat facebook pun ditepek macam2 gambar makanan. Kalau menjelang petang pulak, status pun dah berbaur makanan. menu berbuke la, citer pasal bazar ramadhan la. haha.

Bila tibanya bulan puasa, perkara biasa yang terlintas di fikiran;

√ solat terawih
√ nak tingkatkan ibadah
√ bazar ramadhan
√ persiapan raya dan rayaaaa

i/ solat terawih
∞ Tahun ni kali kedua aku berpuasa di rumah baru. Tahun lalu sempat berpuasa seminggu je di rumah ni. yea, tengah2 bulan puasa aku pindah rumah. hehe. Rumah ni senang, dekat je ngan surau. Lagipun, alhamdulillah tahun ni dah ade kereta.. nak pegi jauh skit pn boleh. samada nak ke tidak je. tepuk dada tanya iman.. hahaha

ii/ ibadah
∞ point ni kita skip la. xyah la nak cerita ceriti kan.. hihi. same2 kita tingkatkan tahap keimanan di bulan penuh barakah ini.

iii/ Bazar Ramadhan
∞ sehingga saat entry ni ditulis, aku dah pegi 2x ke bazar ramadhan. paling dekat ngan rumah aku kat ss 14. sangat dekat la kan.. umah aku kat ss 13, office lak kat ss 12. haha. bazar x best la. makanan mahal, tapi xsedappp! ntah la, aku jalan dua tiga tapak je. hehe.. xkuasa aku nak tawaf seluruh bazar tuh.

iv/ persiapan raya & rayaaa
ahaa, ini banyak nak hurai nih. Terbahagi kepada beberapa point seperti berikut dah macam karangan bahasa melayu plak

≈ tiket raya >> dah setel.. dua minggu sebelum puasa aku dah beli. pergi balik. alhamdulillah takde masalah. Ingat nak drive balik kampung, tapi abah tak kasi plak. xde orang laki.. aku & adik pompuan je.. lagipun bas senang.. naik bas, tido.. bangun je dah sampai.

≈ cuti raya >> kalau tahun lepas, baru2 keje kan, takut nak beli tiket sebelum confirm dapat cuti. tahun ni, dah pandai.. amik tiket dulu. semalam baru aku print leave form. hahaa.. tapi senior aku ckp.. occay!! seminggu beb! inilah kelebihan keje dengan ramai non muslim staffs. yabedabeduu

≈ baju raya >> hmm.. aku punya dah siapkan 2 pasang. tudung xde lagi.. aku xshopping pn untuk aku. lebihkan 3boys tu haa.. 3 hari sebelum puasa aku & ja keluar shopping baju raya untuk dorang. puas hati betol. suke sangat shopping baju budak2, sume lawa2, smart2. kalaulah aku kayooo...

≈ kuih raya >> none.. haha. belum ade ape2. cume ade la order beberapa jenis kerepek dari kawan2. biskut biasanya kami buat sendiri. Tahun lepas aku gedik. 1st time beraya guna duit gaji sendiri, orang jual biskut sume nak beli. tapi xabis pun. biskut buat sendiri jugak yang dihadapnya. so balik cuti nuzul & merdeka ni, kami akan mulakan operasi menguli tepung2 menjadi biskut yang pastinya lazattttt dan enakkk. haha

Hamboi, cerita raya je excited. hishh. Smoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik buat kita semua. selamat berpesta ibadah! :)

p/s: sorry, xde gambar2 pun.. curik2 tulis masa rehat je


♥ anish ♥

Friday, August 6, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka,
ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka
ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..

Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. redhalah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke syurga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci syurgaku..

-----@***@-----

( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)



♥ anish ♥

Saturday, July 31, 2010

Eh².. asal ni?


Eh²
Asal ni?
Asal blOg ni berhabuk?
Asal blOg ni bersawang?
Omak ko! lipassss..
Asal ni?

Ish³
BlOg sape la nih..

♥ anish ♥

Saturday, July 10, 2010

harta & cinta hatiku

Salam.. ala, terbaca entry sepupu aku pasal cite adik2 dia.. baru teringat janji aku dalam kisah aku & cinta, nak cite pasal my love kan.. okay2.. jom layan.

My love - xde orang lainlah paling aku love.. ofkos my family. Cerita umi abah dah ade kot sikit dalam
mode: hari ibu & my abah, my hero. So kali ni aku cerita pasal adik8 aku je la. Aku anak sulung daripada 9 orang adik beradik. So meh la kalau kenal adik8 aku..

1) Izza a.k.a Mekja


Ni adik 1st aku.. bawah aku. Ofkos dia rapat nga aku.. rasanya xde rahsia kot antara kami.. sume benda aku share nga dia. Hari2 mingggu aku kat KL ni pun aku spend nga dia.. Sampai bila dia sangat bz last sem, aku sangat terasa kehilangan. Nak kacau, kesian plak.. tapi merajuk jugak la sebab langsung xde masa nak spend nga aku.. last2 aku yang kena marah nga umi. haha.. padan muka!

Tapi walaupun close, kekadang taste kitorang berbeza.. taste dia same nga umi, taste aku same nga abah. So aku nga abah salu kutuk2 taste dorang. "huh, what a bad taste!"wakakkaka..

2) Wafiy a.k.a Wap

Yang ni, ikut jejak abah.. bakal ustaz insyaAllah. tapi katanya nak jadi ustaz rock.. uwekk. Sume dia sapu. Tilawah dia join, nasyid dia join, sukan pun dia masuk. Kat kampung pun, kalau abah dapat 2/3 jemputan solat hajat/tahlil serentak, dialah wakil abah.

Wap ni la 'penasihat' kami bab2 penampilan. Selalu kena laser ngan dia bab2 pakaian (biasanya Ja la, bukan aku! haha). Dia suke ajar 2 orang kakak dia ni cara2 jadi sopan.. ikut ciri2 wanita pilihan dia. Konon nanti dapat laki soleh macam dia.. erkk, soleh ke? perasan!!!

3) Zaem a.k.a Ain


Nama dia ala pompuan sket kan.. ala, name manja kat umah, biasa la tuh. Tengah study kat UTP, Tronoh. So far, dia lah paling bijak dalam family kitorang.. 11A's in SPM. Tapi dia jugak lah paling suke main2, paling malas mengemas. Kalau dia kat rumah, barang2 dia bersepah2.. bebel la sampai abis air liur sekali pun, belum tentu dia pedulik. ade aje jawapannya. x makan saman! sampaikan bila dia kembali ke kampus, umi rasa rindu plak nak tengok rumah bersepah. haha..

Dia jugak la 'tok jogho' dalam family. hehe.. tok jogho tu tukang buat lawak la. Geng abah ni, bab2 mapuh ore no 1! memang xkering gusi melayan!

4) Amirah a.k.a Lah


Cerita Lah aku penah citer sket dalam
16march, dia sekarang tengah study kat Matrix Gopeng. Lah ni agak kasar sket. Arwah nenek aku dulu selalu bebel dengan dia suro jadi lembut sket.

Tapi tu cite lama, masa dia sekolah rendah. Sekarang dah anak dara, dah lembut sket. Plus gedik pun ade.. Spesis aku jugak ni, umur 18 tahun baru terlepas dari kenal dunia 1 spesis. hehe.. kita orang sekolah pompuan je la. So kat matrix la baru start nak.. ermm.. nak ape eh.. ntah.

5) Hakimah a.k.a Ha


Anak pompuan last dalam family.. palinggg manja! Sikit2 nangis, sikit2 merajuk, sikit2 muncung. Tapi tu dulu la.. sejak dah stay kat hostel ni, dia dah matured sket. Lagipun ade 3 orang adik lagi kat bawah tuh.

Ha ni paling senyap dan baik dalam umah kita orang. Dengar je cakap kita orang. Tak banyak kerenah. * tengok muka dia tu, muka baik kan. haha *. Dia close dengan aku, suke dengar cerita2 aku, suka bercerita dengan aku, suka bertanya pendapat aku dan suka tiru aku. haha

6) Khairuddin a.k.a Yo & 7) Ikram a.k.a Itam

'kembar'

Yo & Tam - dorang ni kalau orang xkenal, mesti tanya.. ni kembar ke? Padahal umur beza 2 tahun. Yo darjah 5 dan Tam darjah 3. Dua orang ni keje nye gaduh je.. tapi time baik, rapat sangat puloq. Yo ni manja sket compare nga adik dia tuh, Kalau gaduh sure dia nanges dulu. Tam cool sangat! Tapi bile dengan orang luar, Yo memang abang yang baik. Dia akan jaga adik2 dia tu.

Sedara2 salu cakap Tam nakal, dia suka kacau orang. Tapi sebenarnya dia sangat baik, senang suruh, dengar cakap, manja dan bijak dalam study. Compare Yo & Tam, aku senang cair dengan Tam kalau bab2 memujuk mintak dibelikan apa2. hehe. Kalau nak berpisah pun, aku nak gi KL.. dia mesti hulur pipi dia suruh aku cium.. muahhh, sayang sangat!

8) Syahir a.k.a Syah a.k.a Cahir


The last one is my baby boy Syahir! Tak sangka dah besar adik bongsu aku ni.. dah 7 tahun beb, dah masuk sekolah dah. Aku perasan dia dah pandai malu bila aku peluk2 cium dia depan orang. ade aku kesahh?? haha.. kita orang selalu cakap kat dia, syah xyah la besar.. jadi kecik cenggini je sampai bila2.. best! haha. Tapi dia ni sekarang, kalau bercakap, membebel.. cot cet2 macam nenek tua! Ja panggil dia 'orang tua' sebab dia suke membebel plus gigi dia rongak. haha.

yeahh. my 3boys

Even ada 9 orang tapi 3 boys ni je yang teman umi abah kat rumah sekarang. Yang lain sume kat hostel. Tapi dorang ni pun dah cukup mengecohkan rumah tu. (penyalahgunaan bahasa dikesan di sini. hehe). Masing2 ada perangai dan peilnya sendiri.

Bila bab membeli pakaian untuk 3 boys ni, aku xpenah bias. Aku kena beli 3 pasang/helai wei! Sian aku kan.. xbole beli satu/dua. Bukan ape, aku xsanggup tengok muka yang lain tu bila tak beli baju ke dia. Abah selalu marah aku beli baju untuk dorang.. dah banyak katanya. Tapi, aku kekadang xleh tahan la tengok baju budak laki smart2 kat shopping complex tuh. hehe


Selalu aku terfikir, camne la dorang bertiga ni bila besar nanti. Umi selalu cakap, sempat ke umi abah tengok dorang ni masuk u. Hmm.. aku dan adik2 yang besar ni la yang akan bertanggungjawab atas mereka nanti.

Umi abah jugak selalu cakap, dorang xde harta nak tinggalkan untuk kami.. Kamilah harta mereka, anak2 yang diberikan didikan yang sempurna untuk gapai kejayaan dunia akhirat. Alhamdulillah, semua kami dihantar ke sekolah agama... SMKA, mendalami subjek2 agama dan juga bahasa arab. Sekurang-kurangnya baca Al-Quran faham jugaklah makna kan. hehe..

Doa dan harapanku, semoga kami adik beradik menjadi rahmatal lil a'lamin.. insan berguna yang menjadi rahmat dan menyumbang kepada orang2 sekeliling. Dan semoga pahala dan rahmatnya mengalir menjadi amal soleh buat 2 insan yang membesar dan mendidik kami. insyaAllah..

anak2 dara ustaz li & cikgu mah

2 hero perasan with cousin

3 boys with cousin


"Ya Allah, kekalkanlah nikmat kebahagiaan yang Engkau kurniakan kepada kami ini. Jadikanlah kami hamba2Mu yang berguna, berjaya di dunia dan akhirat. Pelihara dan tuntunlah kami agar sentiasa di jalan yang Engkau redhai. Amin"

♥ anish ♥