Friday, June 25, 2010

My Abah, My Hero


Abah.. Hj Rosli bin Mat
Lelaki yang paling aku sayang, paling aku kasih
Abah akan buat apa saja untuk kami adik beradik
Rela berkorban segalanya untuk kami

“Any man can be a father, but it takes a special person to be a dad”
and my abah is that special person! i bet u.. ;p

Abah sangat istimewa, sempurna di mata kami adik beradik. Aku tau, sume orang akan cakap ayah mereka yang terbaik. Tapi, ni turn aku.. hehee. Abah seorang yang tegas, tapi lembut hati. Kelakar, peramah, mesra dengan semua orang. Sangat penyayang, rela berkorban demi kami sekeluarga. Kalau nak mintak ape2, dengan abah lagi senang compare dengan umi. hihi..Taste dan pemikiran aku plak lebih menyamai abah berbanding umi.


Abah hidup susah dulu.. di usia 4 tahun sudah kehilangan bapa dan dia satu2 anak lelaki dalam keluarga. So aku simpulkan yang abah sedaya upaya tak nak kami adik beradik merasai bagaimana susahnya dia membesar tanpa kasih sayang insan bernama ayah. Aku jugak perasan, abah tak nak kami rasa macam mana dia susah dulu.. nak itu xboleh, nak ini tak mampu. Sebab tu dia cuba memenuhi kehendak kami sekadar yang termampu.

Kini abah dah senang, semuanya hasil usaha dia sendiri.. tapi abah xpenah lupa asal usul dia.. Hubungan dengan keluarga sebelah ayahnya xpernah putus walaupun secara logiknya, seawal usia 4 tahun mana mungkin dia sempat kenal keluarga sebelah sana. Namun, setiap bulan abah akan melawat saudara mara yang susah. Setiap kali raya, dia akan bawak kami sekeluarga berjumpa sanak saudara, makcik2 yang susah. That's my abah! Fuhh, really proud of him!

melawat nenek saudara di kampung

Nama abah sentiasa di penghujung namaku. Secara xlangsung aku akan sentiasa membawa nama abah.. InsyaAllah, sedaya upaya aku akan cuba mnjaga nama baik tu.. We'll carry on your name.
(arghh, taip sambil menitiskan air mata.. benci! haha)

Sungguh aku bersyukur dengan nikmat kebahagiaan ini, kasih sayang yang Allah salurkan melalui umi dan abah. Alhamdulillah diri ini masih dapat merasai kasih sayang seorang insan yang bergelar ayah. Ya Allah, jasa umi abah xdapat kami balas, bantulah kami menjadi yang terbaik untuk mereka insyaAllah.. peliharalah & kasihilah mereka. Amin.. and abah, happy father's day!

p/s: again, aku nak suami macam abahhh!!! ;D




♥ anish ♥

1 comment: