Okay, sekarang dah July. Yea.. bulan June & July kembali lagi! ada apa dengan these 2 months? Bagi kami kat SDH.. it's time for evaluation! Bos atau supervisor akan evaluate kita punya performance. Kena masuk ngadap muka dia, cerita ceriti dan dia bagi la markah ke kita. Kus semangat! Dubdab dubdab je jantung nih. Masuk ofis rasa seram sejuk. Balik ofis pun terbawak2.
Bagi aku pulak, agak nasib baik. Aku tak berpeluang merasa dubdab dubdab sedemikian. Sebab ape tau, sebab aku tak sangka aku antara yang terawal dipanggil. Pagi tu aku dapat tau bos dah start evaluate, tak sampai sejam aku dipanggil. So aku hanya dapat serangan jantung buat beberapa minit terawal je la. Berbanding mereka yang tertunggu2 turn dorang kan.. entah hari ni, entah besok.. terus berdebar menanti. hehe
Lama gak wei aku masuk bilik Mrs boss tu.. sejam setengah! 4 pages nak kena evaluate. hahaha.. ntah ape la kami borak. Sebenarnya aku banyak mendengar cerita2 & nasihat dia. Kisah camne dia start dulu dan macam mana dia leh sampai ke tahap dia sekarang. Masa tu aku nekad la konon nak berubah, nak keje sungguh2 macam dia. Tapi nampaknya tekad aku tu bertahan selama 1 hari je. hehehe. Teruk betul aku nihh. Actually bukan aku sorang, kawan aku pn sama. mula2 dia keluar bilik bos, dia punya tekad tu, fuuhh.. aku pn naik takut dengar. Tapi besoknya, same je.. hampehh. hihihi
Takpe la, insyaAllah kami cuba buat yang terbaik. Bukan untuk bos, bukan untuk company dan bukan untuk increment je tapi tujuan utama untuk pengabdian kepada Al Malik, Sang Pemilik.. ;)
No comments:
Post a Comment