Malah ada antara kawan2 aku yang ikhlas menasihatkan aku agar berhenti mengikuti ESQ. Aku tau dorang ikhlas dan prihatin, takut aku tersesat. Takpe, dorang xtau.. Bagi orang yang xtau, memang berita ini amat menakutkan. Fatwa halal haram bukan isu main2.
Pada masa sama, aku tau abah dan umi kat kampung pun sure dah baca paper ni. Aku tertunggu call dari dorang dan akhirnya cuma sms drp adik aku yang msuk. Alhamdulillah, abah positif dan agak kelakar bila abah cakap mufti wilayah tu pelik sokmo. hihi.. (aku tau abah dah jatuh centa dengan ESQ sejak tengok Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9.. xpenah miss tengok. bagoss!)
Aku jugak terfikir dan terbayang, kalaulah seorang peserta yang akan mula sertai training ni hari ni (satu inhouse training di Tabung Haji, Kelana Jaya dan beberapa training di seluruh negara).. sedang bersiap sedia nak join, bersarapan sambil membaca paper.. tetiba terpampang tajuk ni di muka depan.. hah, ape perasaan dia.. 'erkk, haram?? aku nak gi training nih.. biar betik!!' boleh tercekik dia. hehe.. sekadar membayangkan.
Dalam facebook pula ofkos sangat panas.. rakan2 update status pasal benda ni. Dan antara banyak2 status tu, aku sangat suke 2 status ni..
Sedikit petikan dari laman http://www.esq.com.my/
√ Pada 14 April 2010, 1 muzakarah dengan seluruh Mufti diadakan yang dihadiri oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian ditemani oleh 5 panel syariah ESQ. Pak Ary sudah menjelaskan satu persatu perkara yang disampaikan dalam fatwa tersebut. Secara umum dapat disimpulakn bahawa mereka menerima dengan baik dan tidak ada penyelewengan di dalam ESQ.
√ Namun, Mufti Wilayah Persekutuan tidak hadir dalam pertemuan tersebut, Bahkan sehingga Fatwa tersebut dikeluarkan, Mufti Wilayah Persekutuan tersebut tidak pernah bertemu dengan Pak Ary untuk mendapatkan penjelasan. Mufti Wilayah Persekutuan itu juga tidak pernah menhadiri ESQ Training.
√ Untuk mendapatkan penilaian atas Training ESQ, 8 orang Mufti serta Timbalan (wakil) Mufti di Malaysia sudah mengikuti Training ESQ dan mereka memberikan reaksi positif akan ESQ Training dan berpendapat tidak ada penyelewengan di dalam ESQ Training. Berikut ini adalah 8 orang Mufti dan Timbalan (Wakil) Mufti yang sudah mengikuti Training ESQ:
∞ YBSS Tan Sri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria - Mufti Perak
∞ YBSS Dato' Hj. Hassan bin Hj. Ahmad -Mufti Pulau Pinang
∞ YBSS Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad - Mufti Negeri Sembilan
∞ YBSS Tuan Haji Kipli bin Haji Yasin - Mufti Sarawak
∞ YBSS Dato' Hj Mohd Tahrir bin Dato' Shamsudin - Mufti Johor
∞ YBSS Dato' Hj. Abd. Rahman bin Hj. Osman - Mufti Pahang
∞ YBhg Dato' Hj Che Mohd Rahim bin Hj. Jusoh - Timbalan Mufti Kelantan
∞ YBhg. Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyaudin - Timbalan Mufti Kedah
· Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Malaysia).
· Tan Sri Abdul Kader Talip, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan
· Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim, Mantan Mufti Kedah dan mantan Ketua Hakim Mahkamah Shariah Negeri Kedah
· Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor
· Dr Adnan Mohd Yusoff, Dekan Fakulti Qur’an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Sampai sekarang, saat aku duk karang entry ni.. di Berita Utama TV3 ni pun isu ini masih hangat diperkatakan. Cuma satu yang amat membelenggu fikiran aku, bila mufti Wilayah Persekutuan dah sign warta mengatakan training ni haram, maka training ni sudah tidak boleh lagi diadakan di Wilayah Persekutuan.. termasuk KL! betul ke yang aku faham tu? ya Allah.. ESQ dah xleh dilaksanakan di KL?? arghh, sungguh aku menangisss. .
Link untuk dishare:
(Malaysia) Kenyataan Rasmi ESQ
Ketua Panel Syariah ESQ nafi program menyeleweng
Jawatankuasa Fatwa K'saan Putuskan Program ESQ Tidak Bertentangan Dengan Akidah
Bekas mufti Johor: Mufti Wilayah tidak wajar haramkan ESQ
No comments:
Post a Comment