Saturday, July 10, 2010

Perjalanan Agung


Salam Israk Mikraj buat semua muslimin dan muslimat.. 27 Rejab.

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

"Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya."

(Surah al-Isra':1)

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi. Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah."


Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.


Dalam perjalanan, Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.


Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.


Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja. Memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka. Bagi yang mengerti, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.


"Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya"

∞ Maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah."

∞ Dalam hal ini ada satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.
∞ Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.


"Allah mengilhamkan sukma kefasikan & ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"
Surah As-Syams



♥ anish ♥

Friday, July 9, 2010

ESQ Haram?? MasyaAllah!

Assalamualaikum.. salam 165! Terkedu dan sayu. Itulah yang aku rasa bila terpandang tajuk besar akhbar Berita Harian hari ni, "ESQ haram." Aku bukanlah rajin sangat beli paper ni, biasanya aku baca online je. Tapi, tengah2 bersiap nak ke ofis tadi, aku dikejutkan dengan beberapa panggilan. Bertanyakan ESQ.. katanya sudah diharamkan dan terpampang di akhbar. tahniah, berjaya kaut untung hari ni!

Malah ada antara kawan2 aku yang ikhlas menasihatkan aku agar berhenti mengikuti ESQ. Aku tau dorang ikhlas dan prihatin, takut aku tersesat. Takpe, dorang xtau.. Bagi orang yang xtau, memang berita ini amat menakutkan. Fatwa halal haram bukan isu main2.


Pada masa sama, aku tau abah dan umi kat kampung pun sure dah baca paper ni. Aku tertunggu call dari dorang dan akhirnya cuma sms drp adik aku yang msuk. Alhamdulillah, abah positif dan agak kelakar bila abah cakap mufti wilayah tu pelik sokmo. hihi.. (aku tau abah dah jatuh centa dengan ESQ sejak tengok Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9.. xpenah miss tengok. bagoss!)

Aku jugak terfikir dan terbayang, kalaulah seorang peserta yang akan mula sertai training ni hari ni (satu inhouse training di Tabung Haji, Kelana Jaya dan beberapa training di seluruh negara).. sedang bersiap sedia nak join, bersarapan sambil membaca paper.. tetiba terpampang tajuk ni di muka depan.. hah, ape perasaan dia.. 'erkk, haram?? aku nak gi training nih.. biar betik!!' boleh tercekik dia. hehe.. sekadar membayangkan.

Dalam facebook pula ofkos sangat panas.. rakan2 update status pasal benda ni. Dan antara banyak2 status tu, aku sangat suke 2 status ni..
Kak Femil, rakan ATS dr Jakarta
Namun, berita ni hangat sekejap je.. sekitar jam 11 pagi, di website BH keluar pula 1 artikel.. 'Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan ESQ tidak bertentangan'. Lega sangat! Harap2 berita ni juga akan jadi tajuk utama untuk edisi besok. Hakikatnya, cuma 1 mufti yang mengisytiharkan ESQ ini haram dan dia sendiri sebenarnya belum pernah sertai training ni.. (entahlah, mana dia dapat sumber2 ni) sedangkan 13 mufti lain sudah bersetuju dengan modul2 ESQ. Bukanlah nak perkecilkan Datuk Mufti, tapi tidak adillah menilai tanpa menyertainya dulu.

Sedikit petikan dari laman http://www.esq.com.my/

√ Pada 14 April 2010, 1 muzakarah dengan seluruh Mufti diadakan yang dihadiri oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian ditemani oleh 5 panel syariah ESQ. Pak Ary sudah menjelaskan satu persatu perkara yang disampaikan dalam fatwa tersebut. Secara umum dapat disimpulakn bahawa mereka menerima dengan baik dan tidak ada penyelewengan di dalam ESQ.
√ Namun, Mufti Wilayah Persekutuan tidak hadir dalam pertemuan tersebut, Bahkan sehingga Fatwa tersebut dikeluarkan, Mufti Wilayah Persekutuan tersebut tidak pernah bertemu dengan Pak Ary untuk mendapatkan penjelasan. Mufti Wilayah Persekutuan itu juga tidak pernah menhadiri ESQ Training.
√ Untuk mendapatkan penilaian atas Training ESQ, 8 orang Mufti serta Timbalan (wakil) Mufti di Malaysia sudah mengikuti Training ESQ dan mereka memberikan reaksi positif akan ESQ Training dan berpendapat tidak ada penyelewengan di dalam ESQ Training.
Berikut ini adalah 8 orang Mufti dan Timbalan (Wakil) Mufti yang sudah mengikuti Training ESQ:

∞ YBSS Tan Sri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria - Mufti Perak
∞ YBSS Dato' Hj. Hassan bin Hj. Ahmad -Mufti Pulau Pinang
∞ YBSS Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad - Mufti Negeri Sembilan
∞ YBSS Tuan Haji Kipli bin Haji Yasin - Mufti Sarawak
∞ YBSS Dato' Hj Mohd Tahrir bin Dato' Shamsudin - Mufti Johor
∞ YBSS Dato' Hj. Abd. Rahman bin Hj. Osman - Mufti Pahang
∞ YBhg Dato' Hj Che Mohd Rahim bin Hj. Jusoh - Timbalan Mufti Kelantan
∞ YBhg. Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyaudin - Timbalan Mufti Kedah

Setiap kali training juga, akan diperkenalkan barisan Panel Syariah yang terdiri atas para tokoh agama dan mantan Mufti di Malaysia sebagai berikut:
· Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Malaysia).
· Tan Sri Abdul Kader Talip, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan
· Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim, Mantan Mufti Kedah dan mantan Ketua Hakim Mahkamah Shariah Negeri Kedah
· Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor
· Dr Adnan Mohd Yusoff, Dekan Fakulti Qur’an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Sampai sekarang, saat aku duk karang entry ni.. di Berita Utama TV3 ni pun isu ini masih hangat diperkatakan. Cuma satu yang amat membelenggu fikiran aku, bila mufti Wilayah Persekutuan dah sign warta mengatakan training ni haram, maka training ni sudah tidak boleh lagi diadakan di Wilayah Persekutuan.. termasuk KL! betul ke yang aku faham tu? ya Allah.. ESQ dah xleh dilaksanakan di KL?? arghh, sungguh aku menangisss. .

"Ingat! sejarah sedang berulang.. semasa perjuangan Rasulullah, pembesar2 Mekah xmau terima Islam kerana ada kepentingan dunia. Tapi dalam hati mereka tahu Islam itu benar. Allah bersama orang yang benar. Jadi kita harus terus bersatu berjuang. Allahuakbar!"
(sms daripada seorang rakan ATS)
- mungkin bukan niatnya nak samakan Datuk Mufti dengan pembesar2 itu,
cuma ingin menaikkan semangat para pejuang ESQ 165.. agar terus berjuang

Ya Allah, mungkin ini ujianMu. Atau mungkin ini juga balasanMu kerana kealpaan kami. Lindungi dan tuntunlah kami ke jalan ketaqwaanMu. Jadikan kami sebenar-benar beriman padaMu dan pada jalanMu. Meneruskan perjuangan RasulMu, menyebarkan 1Ihsan, 6 rukun Iman, 5 Rukun Islam. InsyaAllah.

Link untuk dishare:

(Malaysia) Kenyataan Rasmi ESQ

Ketua Panel Syariah ESQ nafi program menyeleweng

Jawatankuasa Fatwa K'saan Putuskan Program ESQ Tidak Bertentangan Dengan Akidah

Bekas mufti Johor: Mufti Wilayah tidak wajar haramkan ESQ



♥ anish ♥

Thursday, July 1, 2010

June Nightmare

Salam.. nampaknya betul la kata kawan aku.. aku xlayak ada blog sebab aku tak akan ada masa untuk update blog tu. Balik malam2, sempat bukak facebook kejap.. mana sempat nak perah idea susun2 ayat kat blog nih. Maka blog aku akan bersawang. fuh fuh.. tiup skit habuk2 yang ada nih. Spray kasik bau wangi sket.

* ofkos aku x sebusy dan setension ini *

Okay, sekarang dah July. Yea.. bulan June & July kembali lagi! ada apa dengan these 2 months? Bagi kami kat SDH.. it's time for evaluation! Bos atau supervisor akan evaluate kita punya performance. Kena masuk ngadap muka dia, cerita ceriti dan dia bagi la markah ke kita. Kus semangat! Dubdab dubdab je jantung nih. Masuk ofis rasa seram sejuk. Balik ofis pun terbawak2.

Bagi aku pulak, agak nasib baik. Aku tak berpeluang merasa dubdab dubdab sedemikian. Sebab ape tau, sebab aku tak sangka aku antara yang terawal dipanggil. Pagi tu aku dapat tau bos dah start evaluate, tak sampai sejam aku dipanggil. So aku hanya dapat serangan jantung buat beberapa minit terawal je la. Berbanding mereka yang tertunggu2 turn dorang kan.. entah hari ni, entah besok.. terus berdebar menanti. hehe

* dan boss aku pn xsekejam ini *

Lama gak wei aku masuk bilik Mrs boss tu.. sejam setengah! 4 pages nak kena evaluate. hahaha.. ntah ape la kami borak. Sebenarnya aku banyak mendengar cerita2 & nasihat dia. Kisah camne dia start dulu dan macam mana dia leh sampai ke tahap dia sekarang. Masa tu aku nekad la konon nak berubah, nak keje sungguh2 macam dia. Tapi nampaknya tekad aku tu bertahan selama 1 hari je. hehehe. Teruk betul aku nihh. Actually bukan aku sorang, kawan aku pn sama. mula2 dia keluar bilik bos, dia punya tekad tu, fuuhh.. aku pn naik takut dengar. Tapi besoknya, same je.. hampehh. hihihi

Takpe la, insyaAllah kami cuba buat yang terbaik. Bukan untuk bos, bukan untuk company dan bukan untuk increment je tapi tujuan utama untuk pengabdian kepada Al Malik, Sang Pemilik.. ;)


♥ anish ♥

Friday, June 25, 2010

My Abah, My Hero


Abah.. Hj Rosli bin Mat
Lelaki yang paling aku sayang, paling aku kasih
Abah akan buat apa saja untuk kami adik beradik
Rela berkorban segalanya untuk kami

“Any man can be a father, but it takes a special person to be a dad”
and my abah is that special person! i bet u.. ;p

Abah sangat istimewa, sempurna di mata kami adik beradik. Aku tau, sume orang akan cakap ayah mereka yang terbaik. Tapi, ni turn aku.. hehee. Abah seorang yang tegas, tapi lembut hati. Kelakar, peramah, mesra dengan semua orang. Sangat penyayang, rela berkorban demi kami sekeluarga. Kalau nak mintak ape2, dengan abah lagi senang compare dengan umi. hihi..Taste dan pemikiran aku plak lebih menyamai abah berbanding umi.


Abah hidup susah dulu.. di usia 4 tahun sudah kehilangan bapa dan dia satu2 anak lelaki dalam keluarga. So aku simpulkan yang abah sedaya upaya tak nak kami adik beradik merasai bagaimana susahnya dia membesar tanpa kasih sayang insan bernama ayah. Aku jugak perasan, abah tak nak kami rasa macam mana dia susah dulu.. nak itu xboleh, nak ini tak mampu. Sebab tu dia cuba memenuhi kehendak kami sekadar yang termampu.

Kini abah dah senang, semuanya hasil usaha dia sendiri.. tapi abah xpenah lupa asal usul dia.. Hubungan dengan keluarga sebelah ayahnya xpernah putus walaupun secara logiknya, seawal usia 4 tahun mana mungkin dia sempat kenal keluarga sebelah sana. Namun, setiap bulan abah akan melawat saudara mara yang susah. Setiap kali raya, dia akan bawak kami sekeluarga berjumpa sanak saudara, makcik2 yang susah. That's my abah! Fuhh, really proud of him!

melawat nenek saudara di kampung

Nama abah sentiasa di penghujung namaku. Secara xlangsung aku akan sentiasa membawa nama abah.. InsyaAllah, sedaya upaya aku akan cuba mnjaga nama baik tu.. We'll carry on your name.
(arghh, taip sambil menitiskan air mata.. benci! haha)

Sungguh aku bersyukur dengan nikmat kebahagiaan ini, kasih sayang yang Allah salurkan melalui umi dan abah. Alhamdulillah diri ini masih dapat merasai kasih sayang seorang insan yang bergelar ayah. Ya Allah, jasa umi abah xdapat kami balas, bantulah kami menjadi yang terbaik untuk mereka insyaAllah.. peliharalah & kasihilah mereka. Amin.. and abah, happy father's day!

p/s: again, aku nak suami macam abahhh!!! ;D




♥ anish ♥