Monday, January 24, 2011

Pergi Tak Kembali...

ِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ
Salam. 23 January 2011.. telah kembali seorag hamba ke pangkuan Sang Penciptanya. Seorang kawan seperjuangan 165, Wan Noor Hasni menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1 petang di Kota Bharu, Kelantan di usia 26 tahun selepas 6 bulan menderita sakit kanser ovari dan usus tahap ke 4. Kami turut merasai penderitaannya yang sentiasa diupdatekan di fb.. hanya kata2 semangat yang mampu kami berikan.

Arwah yang juga salah seorang staff ESQ Leadership Centre (M) merupakan seorang gadis yang peramah, sopan santun, happy go lucky.. sentiasa tersenyum dan suka menbuat orang tersenyum. subhanallah.. semoga Allah menbalas kebaikanmu, perjuanganmu menyebar 1 Ihsan, 6 Iman dan 5 Islam.


Arwah beruntung kerana 6 bulan hayat penderitaannya di kelilingi insan2 berilmu, yang dekat dengan Allah.. mengikut kata bosnya, ex-mufti yang juga penasihat syariah ESQ turut melawatnya di saat2 akhir hayatnya. Arwah juga sempat memohon maaf dengan insan2 di sekelilingnya, mendapat restu ibu bapanya dan akhirnya pergi dengan mengucap kalimah syahadat. subhanallah..

Keluarga besar ESQ merasai kehilangan Wan. Kami mula merindui Wan.. Wajah ceria Wan di kaunter dan ruang training. Takziah buat keluarga arwah dan juga buat tunangannya, Mas Wiri.. Wiri, moga cinta kalian bertemu di syurganya Allah Yang Punya Cinta. be strong.. semoga Allah SWT memuliakanmu kerana pengorbananmu.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sangat tepat susunanMu ke atas perjalanan hidup Allahyarhamah Wan Noor Hasni

Engkau maklumkan kepadanya sebab untuk dia kembali kepadaMu .. dia tabah menerimanya. Engkau berikan keimanan yang mantap ke atas dirinya ... dia mempergunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Telah ramai yang terkesan dan berubah kehidupan dengan kecekalan hati wanita mulia ini. Kami pohon kepadaMu Ya Rabbul 'Arsyil 'Adzim kesudianMu untuk mensucikannya seperti sehelai kain putih bersih semasa jasadnya kami kembalikan kepadaMu.

Sampaikan salam kami kepadanya di sana, semoga kegembiraan kejayaannya kekal bersamanya dan izinkan kami nanti bersama juga dengannya di sisi KekasihNya, Nabi Muhammad Al Mustoffa Al Mukhtar. Amin.. Alfatihah..


♥ anish ♥

Sunday, January 2, 2011

Bopren Anis --> anak₂ Rimau

Salam. Maaf la yea, belum abis cerita wira₂ Harimau Muda. Dalam paper, dalam tv pun belum reda kisah diorang ni. Kisah Safee Sali ditawarkan bermain di kelab-kelab luar negara la.. kisah girlfriend Fahmi la, kisah Asraruddin gosip dengan Rozita Che Wan la.. hihi.. panas tul!

Tapi kali ni saya nak story pasal hero kegemaran saya.. hehe

Safee Sali
» lahir pada 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor
» position penyerang skuad kebangsaan dan kelab Selangor FA
» berkahwin dengan Sabrina Yusof dan dikurniakan seorang puteri Sasha *frust! ;p*
» pemenang Kasut Emas Piala Suzuki AFF 2010 dengan rekod jaringan 5 gol
» disamakan dengan lagenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari juga memakai jersi bernombor 10 kebangsaan

suka aksi dia cium Jalur Gemilang jersi dia lepas dia jaringkan gol! :D

Khairul Fahmi Che Mat
» lahir pada 7 Januari 1989 di Kota Bharu Kelantan
» penjaga gol kebangsaan dan negeri Kelantan
» memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010

photo curik dari bHarian

Apex ni memang tengah hot sekarang.. menjadi kegilaan anak₂ gadis dan juga mak₂ janda. opss.. hehe.. termasuklah janda meletup yang comel Nora Danish yang membuat pengakuan di twitternya.. Tapi gigit jari la sume, Apex dah berpunya occay! Awek si Apex ni pun dah glemer sekarang.. nama dia Elia, student UiTM Machang. Mula2 terjah blog dia, followers dia 200+, sekarang kalau bukak dah mencecah 6000+. perghh! ni sume gara₂ peminat₂ Apex la yang nak tau kisah mereka. hihi..

pic dr fb Apex

Muslim Ahmad
» 25 April 1989
» posisi pertahanan kebangsaan dan kelab Harimau Muda
» comel kan! :p


Bambang Pamungkas
.. opss, silap! tak kesah, nak cite gak!
» lahir pada 10 Jun 1980 di Kabupaten Semarang, Indonesia
» berkahwin dengan Tribuana Tungga Dewi dan dikurniakan 3 orang anak
» posisi penyerang kelab Persija Jakarta dan skuad kebangsaan Indonesia
» pernah bermain untuk skuad Negeri Selangor (2005-2006)

pic from Google

Bambang ni memang aku minat since dulu.. zaman dia main untuk Selangor. Kawan serumah aku memang tau lah 'skandal' aku ngan Bambang nih. haha.. Tapi selepas terpisah tahun 2006, kami dipertemukan lagi pada final AFF Suzuki Cup baru ni. Agak terkejut tengok dia.. nampak berumur, makin kecik, cengkung.. agaknya frust sangat kot ngan aku. ahakss

Sudah la wei, jangan dilayan si Anis ni lama.. makin menjadi. Laki orang tu sume wei! Akhir kata, moga bola sepak negara makin berjaya! pheww


♥ anish ♥

Saturday, January 1, 2011

Harimau Malaya mengamuk:: Juara Suzuki AFF Cup 2010

Salam.. terrrlalu lama xbukak blog. hehe. Bukan niatku sebenarnya. Buah hatiku a.k.a lappyku rosak la. Aduhai, susah hati btol, sedihh. xbest! huhu..

Hari ni Malaysia cuti kan.. sempena kemenangan skuad bola sepak negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010! Malaysia Boleh! Masih terbayang2 aksi wira2 muda negara menjulang piala, meraikan kejayaan di hadapan hampir 95,000 penyokong Garuda Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang akhirnya terdiam melihat kekalahan skuad mereka dengan agregat 2-4 di gelanggang sendiri. haha.. *gelak jahat*


Tak puas tengok sedutan gol2 jaringan Safee Sali, Ashaari Shamsuddin dan aksi Khairul Fahmi Che Mat a.k.a apex menempis serangan yang diulang2 kat tv. Sambil diiringi lagu2 semangat seperti "inilah barisan kita yang ikhlas berjuang", "we are the champion", "standing in the eyes of the world".. perghh, best!!

Juga dalam sejarah bola sepak, pemain2 kita terpaksa dibawa menaiki kereta perisai 'Barracuda' untuk ke stadium. Ini kerana bagi mengelak penyokong Indonesia yang berkumpul sambil membaling batu ke arah mereka. Dasyat betul.. Fanatik betul penyokong mereka..

Tahniah buat coach K Rajagopal yang berjaya membawa skuad negara menjulang piala yang berprestij ini. Tahniah buat kekasih gelapku Safee Sali yang dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas selepas berjaya menjaringkan 5 goal sepanjang kejohanan. Juga buat gewe bucukku Fahmi yang beraksi tangkas menjaga rawang Malaysia. pheww, i like them! Also si Muslim yang hebat menanduk dengan menggunakan ketinggiannya. Shahrol si pengantin baru yang hebat menggelecek menewaskan pertahanan pihak lawan.. ishh, banyak lah nak dipuji.. xabis aku menaip ni kang. hehe



Semoga kejayaan ini menjadi detik permulaan kebangkitan sejarah bola sepak negara. Juga buat penyokong2, tak mo la masa mereka berjaya ni kita julang2.. nanti bila mereka tewas kita kutuk2. xmau.. xmau.. xmau! Terus memberi sokongan padu ok! yeahh! *dah macam ucapan PM dah aku nih*. hehe.. jom layan aksi2 menarik selepas wisel penamat dibunyikan..

keluarga Apex di Kota Bharu




pic from bHarian


Hidup skuad muda negara! Hidup Harimau Malaya!
Malaysia BOLEH!