Friday, June 25, 2010

My Abah, My Hero


Abah.. Hj Rosli bin Mat
Lelaki yang paling aku sayang, paling aku kasih
Abah akan buat apa saja untuk kami adik beradik
Rela berkorban segalanya untuk kami

“Any man can be a father, but it takes a special person to be a dad”
and my abah is that special person! i bet u.. ;p

Abah sangat istimewa, sempurna di mata kami adik beradik. Aku tau, sume orang akan cakap ayah mereka yang terbaik. Tapi, ni turn aku.. hehee. Abah seorang yang tegas, tapi lembut hati. Kelakar, peramah, mesra dengan semua orang. Sangat penyayang, rela berkorban demi kami sekeluarga. Kalau nak mintak ape2, dengan abah lagi senang compare dengan umi. hihi..Taste dan pemikiran aku plak lebih menyamai abah berbanding umi.


Abah hidup susah dulu.. di usia 4 tahun sudah kehilangan bapa dan dia satu2 anak lelaki dalam keluarga. So aku simpulkan yang abah sedaya upaya tak nak kami adik beradik merasai bagaimana susahnya dia membesar tanpa kasih sayang insan bernama ayah. Aku jugak perasan, abah tak nak kami rasa macam mana dia susah dulu.. nak itu xboleh, nak ini tak mampu. Sebab tu dia cuba memenuhi kehendak kami sekadar yang termampu.

Kini abah dah senang, semuanya hasil usaha dia sendiri.. tapi abah xpenah lupa asal usul dia.. Hubungan dengan keluarga sebelah ayahnya xpernah putus walaupun secara logiknya, seawal usia 4 tahun mana mungkin dia sempat kenal keluarga sebelah sana. Namun, setiap bulan abah akan melawat saudara mara yang susah. Setiap kali raya, dia akan bawak kami sekeluarga berjumpa sanak saudara, makcik2 yang susah. That's my abah! Fuhh, really proud of him!

melawat nenek saudara di kampung

Nama abah sentiasa di penghujung namaku. Secara xlangsung aku akan sentiasa membawa nama abah.. InsyaAllah, sedaya upaya aku akan cuba mnjaga nama baik tu.. We'll carry on your name.
(arghh, taip sambil menitiskan air mata.. benci! haha)

Sungguh aku bersyukur dengan nikmat kebahagiaan ini, kasih sayang yang Allah salurkan melalui umi dan abah. Alhamdulillah diri ini masih dapat merasai kasih sayang seorang insan yang bergelar ayah. Ya Allah, jasa umi abah xdapat kami balas, bantulah kami menjadi yang terbaik untuk mereka insyaAllah.. peliharalah & kasihilah mereka. Amin.. and abah, happy father's day!

p/s: again, aku nak suami macam abahhh!!! ;D




♥ anish ♥

Friday, June 11, 2010

ATS Corner @ Grand Event KL 48

Angkatan: ESQ Grand Event KL 48
Tarikh: 4 - 6 Jun 2010
Tempat: Marriott Hotel, Putrajaya
Trainers: Dr Ary, Pak Legisan, Pak Rasyid & En. Faizi

Salam 165! Alhamdulillah, selesai sudah satu agenda yang ditunggu2. ESQ grand event KL angkatan 48 yang dibawa sendiri oleh ESQ 165 founder, Dr Ary Ginanjar Agustian. Grand event last year dah terlepas peluang sebab terpaksa balik kampung, ada kenduri keluarga terdekat. So tahun ni kita pulun. haha.. Ni kali keempat aku jumpa pak Ary dan training kedua bersamanya (1st kat MCB KL 7).

* pic last year (p/s: sebelah pak ary lg. haha)*

Training kali memang dasyat, gabungan pengasasnya sendiri dan pelapis terbaiknya, pak Legisan. Syukur sangat diberi peluang untuk berjuang kali ni. Seramai lebih kurang 50 orang ATS terpilih dengan kapasiti peserta seramai hampir 800 orang dari seluruh pelusuk negara. Fuyoo.. hehe.

Memandangkan angkatan kali ni istimewa, so aku senaraikan sedikit kelainannya dan ke'best'annya berbanding training lain. haha..

♥ ofkos sebab Pak Ary sendiri yang bawak
♥ gabungan rakan2 ATS dari negeri2, bukan saja ATS KL (dr N9, kelantan,
melaka, felcra & utp)

♥ penampilan istimewa ATS berpengalaman dari Jakarta..
Femil
♥ bila Pak Ary turun KL, ofkos para trainers sume berkumpul. so leh jumpa trainers lain.. pak Aminul, pak Firdaus, pak Arief, pak Dudi dll. suke3. lalalala.. bukan senang trainers di Malaysia ni nak berkumpul.
♥ dapat jumpa beberapa alumni vip (Dato' Mukhriz Tun Mahathir, ketua pengarah SPRM, mufti Kedah, mufi Perak, mufti Sarawak dan ramai lg)
♥ dalam sejarah, jumlah alumni yang datang recharge mencecah 600 orang.. hampir sama dengan bilangan peserta. fuhhh, seluruh negara maa.. (termasuk Erra, Ziela Jalil, Zizan Nin & Azmil Mustapha aka Ali Setan)
♥ dapat jumpa ibu bapanya pak Ary..
♥ berpeluang merasa menginap free di 5 stars hotel.. hotel mania (dlm tv3). haha Marriott Hotel, Putrajaya.. memang gah hotel ni.

* ATS from Jakarta.. Kak Femil *

* Opa & omanya Pak Ary *

* Pak Ary.. closing ceremony *

Kawan2 ATS pulak, tak yah cerita la.. memang best! Ramai yang dah biasa berjuang bersama dan ada jugak yang 1st time jumpa. Ni lah peluang meramaikan kenalan kan.. hehe.



Kesimpulannya, macam biasa.. hanya satu kata.. ESQ terbaekkk~ luar biasa!!!

♥ anish ♥

Tuesday, June 8, 2010

ATS Corner @ MCB KL 10

Angkatan: MCB KL 10
Tarikh : 29 - 30 May 2010
Tempat : SACC Convention Centre
Trainers : Pak Legisan Sugimin, Pak Andi Mohd Fajar & Faizi

Salam 165! Lama aku hutang entry pasal MCB KL10 ni.. dah 2 minggu berlalu. Bukan ape, busy sangat2.. Hari keje busy keje, hujung minggu plak 2 minggu berturut2 training.

Alhamdulilah, sekali lagi berpeluang bertotal action di MCB. Memang aku tertunggu2 sebab 2 bulan sekali je boleh lepas gian berkapuera dan bertinju.. dushh. Dan juga pastinya berlir Ilir.. Pak Lee bawak memang mantopp!

* mantop team with trainers

MCB.. seperti biasa memang busy berbanding dengan basic training.. kadang2 sampai xsempat nak makan pun. Aku tak ambik gambar pun training kali ni. Tak sempat. hehe..Tapi jujur aku katakan, inilah training paling bestt pernah aku join sepanjang setahun lebih aku jadi ATS ni. Sangat2 best.. kawan2 ATS lain yang terlibat pun cakap macam tu. Team yang sangat mantop, meletup! Happy go lucky bak kata Zuhair. Lagi2 bila Zuhair, abg Lan dan pak chu bergabung.. alamatnya bergegar.. adehh, sakit perut gelak.

* suspeks yg hampir menyebabkan perut kami pecah.
haish, zuhair xde lak! (curik gmba along)

* rakan alumni from SDH

Sungguh aku cinta dunia ATS ini! ukhuwah yang terjalin.. persahabatan, kemesraan.. Alhamdulillah! Moga ada kesempatan lagi untuk berjuang di MCB yang akan datang.. peace

♥ anish ♥