Kalau kebiasaannya aku takde perasaan dan biasa-biasa saja menyambut tahun baru, tapi kali ni sangat terasa lainnya. Sejak 2 3 hari menjelang pengakhirannya aku dah tak senang duduk, mood dah tak best. Haha.. Terlalu banyak faktor sebenarnya. Antaranya.. hehehe
1) Kerjaya
Dari segi kerja, aku yang berada dalam bidang perakaunan memang selalu fikirkan audit je la. Sesetengah company guna financial year Januari-Disember, ada company yang guna Julai-Jun dan ada juga yang guna April-Mac. Company aku ni guna Julai-Jun. Rasa cam baru je team auditor tu balik, tup2 dah setengah tahun. Since last year punya audit memang tough giler, so this year rasa macam sangat nervous. Macam tak sempat buat ape2 je lagi nak improve kerja2 aku ni. Jun depan dorang datang lagi.. Huwaaa, mak takut nyah!Audit period la masa yang paling stress bagi orang2 dalam bidang ni. Hari- hari pergi balik office rasa macam batu besar je ada atas kepala. Tiap- tiap malam pun memang mimpi figures je. Ngeri la.. Setiap tahun pun azam nak blah dari company dan cari kerja lain sebelum audit sampai. Bagi yang dah kahwin pulak, siap plan pregrant and set time beranak masa audit. Haha..
2) Umur
2014 tolak 1984 berapa? 30?? Oh tidak! Aku dah menghampiri angka 3! Walaupun birthday aku bulan November, tapi mane orang kisah sangat. Kalau ditanya umur berapa, orang dah anggap 30! Huwaa.. Tapi aku sangat2 bersyukur masih dipanjangkan umur sampai ke umur ini dan masih dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah.
"Ape sangat la umur tu, Cuma angka". Yup! Tapi wei, masalahnya pada umur ini, aku belum bertemu jodoh sedangkan kawan2 lain dah beranak 2. Hehe. Itu je. Ye la, jodoh pertemuan di tangan Allah. Bukan merungut, jauh sekali menyalahkan takdir cuma memang itulah yang bermain di fikiran dan agak merunsingkan. Hehehee.. Sape2 yang baca ni, tolong doakan ye aku bertemu jodoh tahun ni. Ameen..
3) Kematian
Bila bercakap pasal umur, sudah tentu berkait dengan kematian. Bila umur makin meningkat, makin dekat la kita dengan kematian yang dah ditetapkan. Mati yang tak kira usia. Aku selalu terfikir macam mana agaknya pengakhiran aku nanti. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah. Ameen
"Jika aku harus mati, pertemukanlah aku dengan-Mu
Ya Ilahi.."
4) Peribadi
Tahun 2013 memang akan terus terpahat kemas lebih2 lagi pada tarikh 4 Oct 2013. Tarikh perginya seorang teman. Dah lama sebenarnya tak kehilangan orang yang rapat, itu yang terasa sangat tu. Mungkin antara yang terakhir ialah arwah mek abah (2005) dan moklong (2008). Tapi lain rasanya bila kehilangan yang tua dan yang muda apatah lagi secara mengejut.
Malam tahun baru lalu, saat orang ramai sibuk berseronok tengok bunga api, fikiran aku betul2 melayang kepadanya. Aku tak boleh tidur. Sangat berat rasa nak tinggalkan 2013 dan melangkah ke tahun baru. Terasa jelas makin jauh dan sangat terasa kehilangannya. Terasa dia kini benar2 menjadi sejarah bila sedar kini kita sudah berada di satu lipatan yang baru. Tanpa sedar, air mata mengalir perlahan. Bila tersedar, aku sapu tapi macam taknak berenti la pulak. Mengalir lagi. Demit!
Pusing kanan.
Pusing kiri.
Pandang syiling.
Pejam lagi.
Lama.
Akhirnya aku terlena.
-SatuharibulanJanuariDuaRibuEmpatBelas-
♥ anish ♥
No comments:
Post a Comment