Kata dia:
"Awak istimewa bagi saya, boleh saya jadi husband awak?"
"Saya suka, kasih, cinta dan sayang awak. Cinta mungkin xbanyak lagi sebab takkan jadi dari sebelah pihak sahaja"
"Ambil la berapa lama masa untuk fikir. Berapa lama, itu bukan kita yang tentukan tapi Allah"
"Saya akan tunggu. Jawapan tahun depan pun takpe, jangan lepas awak dah kawen sudah la"
"Saya bukan orang yang istimewa tapi saya ingin buat seseorang jadi istimewa"
"Walaupun awak bukan milik saya, saya tetap perhatikan awak dari jauh"
"Bila saya dah takde, awak akan dapat 10 yang lebih baik dari saya tapi percayalah takde satu pun yang macam saya"
Kata mereka:
Adik: mu kejam kaknis. Layan xlayan jah (saya cuba untuk begitu sebab taknak dia berharap)
Adik: Kalau xse jangan bagi harapan (saya tak bagi harapan dan dia tau itu)
Adik: mu tolok ore baik, ingat senang ko nak dapat ore baik (aku xtolak, tapi hati susah nak terima)
Sepupunya: dia sayang kau dik, dia setia dengan kau. Kau xbaik dik! (Allah!)
Anak sepupunya: eee.. Eksyennya kakak tu! (T_T)
Kakaknya: Allah yang gerakkan hati Anis untuk hold dulu jawapan pada arwah sebab Allah tahu umurnya xpanjang. Allah mudahkan. Kalau Anis setuju mana tau family dah buat perancangan & persiapan, mesti kita lebih sedih
Umi: Tuhan dah tunjuk jawapan untuk doa2 dan istikharah Anis. Ni semua kerjaNya
Kata Allah:
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - surah al-Imran ayat 54
Kata Saya:
Aku hanyalah hambaMu
Al-Fatihah
-LimaDisemberDuaRibuTigaBelas-
♥ anish ♥
No comments:
Post a Comment