Tuesday, August 12, 2014

Hai

Assalamualaikum..

Hai..
Saya tak active pun kat blog ni.
So takyah stalk saya kat sini.

Peace..
Smile..
Love..

Salam.

notakaki: postkoyaadoorestalk.hahaha..padahaldioxdokkijokattempatbaru.Seronokupdatetiap2harirtapixdokideadantakutkantoimaintenet

♥ anish ♥

Wednesday, July 9, 2014

Selepas 10 bulan

Selepas 10 bulan..
Selepas saya cuba lupakan sedikit semi sedikit
Lupakan bukan kenangan apatah lagi arwah
Cuma xnak terus hanyut dengan ape yang manes2 dulu

Tiba-tiba..
Muncul seseorang menyapa, menghulurkan salam perkenalan
Menyelak kembali kenangan itu..
Kongsi itu ini..
Dah lame dia stalk saya, katenya
Saya rasa she must be curious what so special about me sampai 'abang dia' so called tergile2 kan saya. *hahaha koya. gelak guling2 sambil muntah*

Saya.. bingung
Saya.. penat

Nothing to say. But i think she is a nice girl.. Takde hal, why not kita kawan
Xde niat nak share ape dia share nga saya.
Cuma saje nak paste lirik lagu baru favourite saya..
Tak tau.. saya teringatkan arwah bila dengar lagu ni.
Dia suka bagi saya lirik lagu.
Dalam hati 'kalaulah dia ade, pasti dia suroh saya dengar lagu ni'
*Sounds jiwang kan.. tp memang pun. Saya selalu ejek dia jiwang. haha*

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu


Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu


Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga


Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Lagu : Malaikat
Artis : Hazama


SembilanharibulanTujuhDuaRibuEmpatBelas

♥ anish ♥

Wednesday, January 1, 2014

Bye & Hai

2013. Akhirnya sampai ke muka surat terakhir. Page 365 of 365 pages. Terlalu banyak kenangan, suka duka, pahit manis tertulis dalam naskah itu. Yang pastinya tidak dapat dilupakan, pastinya akan sentiasa dibelek-belek kembali. Aku pasti semua pun sama. Masing-masing ada cerita sendiri.

Kalau kebiasaannya aku takde perasaan dan biasa-biasa saja menyambut tahun baru, tapi kali ni sangat terasa lainnya. Sejak 2 3 hari menjelang pengakhirannya aku dah tak senang duduk, mood dah tak best. Haha.. Terlalu banyak faktor sebenarnya. Antaranya.. hehehe

1) Kerjaya

Dari segi kerja, aku yang berada dalam bidang perakaunan memang selalu fikirkan audit je la. Sesetengah company guna financial year Januari-Disember, ada company yang guna Julai-Jun dan ada juga yang guna April-Mac. Company aku ni guna Julai-Jun. Rasa cam baru je team auditor tu balik, tup2 dah setengah tahun. Since last year punya audit memang tough giler, so this year rasa macam sangat nervous. Macam tak sempat buat ape2 je lagi nak improve kerja2 aku ni. Jun depan dorang datang lagi.. Huwaaa, mak takut nyah!

Audit period la masa yang paling stress bagi orang2 dalam bidang ni. Hari- hari pergi balik office rasa macam batu besar je ada atas kepala. Tiap- tiap malam pun memang mimpi figures je. Ngeri la.. Setiap tahun pun azam nak blah dari company dan cari kerja lain sebelum audit sampai. Bagi yang dah kahwin pulak, siap plan pregrant and set time beranak masa audit. Haha..



2) Umur


2014 tolak 1984 berapa? 30?? Oh tidak! Aku dah menghampiri angka 3! Walaupun birthday aku bulan November, tapi mane orang kisah sangat. Kalau ditanya umur berapa, orang dah anggap 30! Huwaa.. Tapi aku sangat2 bersyukur masih dipanjangkan umur sampai ke umur ini dan masih dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah.

"Ape sangat la umur tu, Cuma angka". Yup! Tapi wei, masalahnya pada umur ini, aku belum bertemu jodoh sedangkan kawan2 lain dah beranak 2. Hehe. Itu je. Ye la, jodoh pertemuan di tangan Allah. Bukan merungut, jauh sekali menyalahkan takdir cuma memang itulah yang bermain di fikiran dan agak merunsingkan. Hehehee.. Sape2 yang baca ni, tolong doakan ye aku bertemu jodoh tahun ni. Ameen..

3) Kematian
Bila bercakap pasal umur, sudah tentu berkait dengan kematian. Bila umur makin meningkat, makin dekat la kita dengan kematian yang dah ditetapkan. Mati yang tak kira usia. Aku selalu terfikir macam mana agaknya pengakhiran aku nanti. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah. Ameen

"Jika aku harus mati, pertemukanlah aku dengan-Mu
Ya Ilahi.."


4) Peribadi
Tahun 2013 memang akan terus terpahat kemas lebih2 lagi pada tarikh 4 Oct 2013. Tarikh perginya seorang teman. Dah lama sebenarnya tak kehilangan orang yang rapat, itu yang terasa sangat tu. Mungkin antara yang terakhir ialah arwah mek abah (2005) dan moklong (2008). Tapi lain rasanya bila kehilangan yang tua dan yang muda apatah lagi secara mengejut.

Malam tahun baru lalu, saat orang ramai sibuk berseronok tengok bunga api, fikiran aku betul2 melayang kepadanya. Aku tak boleh tidur. Sangat berat rasa nak tinggalkan 2013 dan melangkah ke tahun baru. Terasa jelas makin jauh dan sangat terasa kehilangannya. Terasa dia kini benar2 menjadi sejarah bila sedar kini kita sudah berada di satu lipatan yang baru. Tanpa sedar, air mata mengalir perlahan. Bila tersedar, aku sapu tapi macam taknak berenti la pulak. Mengalir lagi. Demit!

Pusing kanan.
Pusing kiri.
Pandang syiling.
Pejam lagi.
Lama.
Akhirnya aku terlena.

-SatuharibulanJanuariDuaRibuEmpatBelas-
♥ anish ♥

Cuba

Dah setengah jam aku duduk depan monitor ini.
Dah setengah jam jari aku cuba untuk mula mengetuk papan kekunci ini.

Dah lama.

Dah macam - macam yang berlari - lari dalam kepala otak aku ni.
Dah macam - macam yang berlaku 'keliling aku' kebelakangan ini.

Nak aku contengkan di sini,
Nak aku lukiskan dengan perkataan di sini.

Tapi apa pun tak keluar.

Kecuali muka kau.

-ZA-

Thursday, December 5, 2013

Aku.. Dia .. dan Mereka


Kata dia:
"Awak istimewa bagi saya, boleh saya jadi husband awak?"
"Saya suka, kasih, cinta dan sayang awak. Cinta mungkin xbanyak lagi sebab takkan jadi dari sebelah pihak sahaja"
"Ambil la berapa lama masa untuk fikir. Berapa lama, itu bukan kita yang tentukan tapi Allah"
"Saya akan tunggu. Jawapan tahun depan pun takpe, jangan lepas awak dah kawen sudah la"
"Saya bukan orang yang istimewa tapi saya ingin buat seseorang jadi istimewa"
"Walaupun awak bukan milik saya, saya tetap perhatikan awak dari jauh"
"Bila saya dah takde, awak akan dapat 10 yang lebih baik dari saya tapi percayalah takde satu pun yang macam saya"

Kata mereka:
Adik: mu kejam kaknis. Layan xlayan jah (saya cuba untuk begitu sebab taknak dia berharap)
Adik: Kalau xse jangan bagi harapan (saya tak bagi harapan dan dia tau itu)
Adik: mu tolok ore baik, ingat senang ko nak dapat ore baik (aku xtolak, tapi hati susah nak terima)
Sepupunya: dia sayang kau dik, dia setia dengan kau. Kau xbaik dik! (Allah!)
Anak sepupunya: eee.. Eksyennya kakak tu! (T_T)
Kakaknya: Allah yang gerakkan hati Anis untuk hold dulu jawapan pada arwah sebab Allah tahu umurnya xpanjang. Allah mudahkan. Kalau Anis setuju mana tau family dah buat perancangan & persiapan, mesti kita lebih sedih
Umi: Tuhan dah tunjuk jawapan untuk doa2 dan istikharah Anis. Ni semua kerjaNya


Kata Allah:
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - surah al-Imran ayat 54

Kata Saya:
Aku hanyalah hambaMu

Al-Fatihah
-LimaDisemberDuaRibuTigaBelas-


♥ anish ♥

Wednesday, December 4, 2013

Bila yang ada TIADA

Ada ketika menjelma kembali
Bukan kerana istimewa
Hanya terkenang

Pasti terasa
Bila hari-hari ada mesej yang menyapa
Bila hari-hari ada pesanan suruh hati-hati
Bila hari-hari ada ucapan selamat malam
Bila hari-hari ada usikan dan gurauan

Dia tidak kisah
Walau tidak semua pesan sapaan dan ucapannya berbalas
Dia terus berusaha tanpa jemu
Bukan sekejap, tapi dua tahun

Tiba-tiba
Semuanya hilang
Semuanya tiada
Bila dia terlebih dahulu dijemput Sang Pencipta

Kupasti
Yang ada kini
Satu tinggalan yang bermakna untuk dikenang
Satu pengalaman hidup untuk dipelajari
Dari Pemilik alam ini melalui dia
Seorang insan, teman yang sangat baik

Ya, dia sangat baik. Teman yang baik
Entah, hati ini susah terbuka untuknya
Kami berteman baik
Kupasti hati ini telah dituntun Allah untuk tidak mudah menerimanya
Ternyata memang dia bukan untukku
Kata umi, 'mungkin ini jawapan istikharahmu'
Memang dia baik tapi pasti Allah telah siapkan yang lebih baik. InshaAllah

p/s: maaf, asyik post ntah ape2.. haha. Luahan bila terkenang, bila yang biasa ada tiba2 pergi. Ada rasa bersalah dan terkilan

-EmpatDisemberDuaRibuTigaBelas-

 ♥ anish ♥

Tuesday, December 3, 2013

- Menunggu -

Masih hangat fenomena drama bersiri Love You Mr Arrogant di TV3. Saya tak follow sangat, mungkin faktor waktu siarannya 7-8 malam, kadang2 tak sempat. Tapi kadang2 layan jugak kat Tonton bila kawan2 asyik bercerita.

Tapi bukan drama tu yang saya nak ulas kat sini tapi OST untuk drama tu. Lagu Kutetap Menantimu nyanyian penyanyi baru Nomad. Lagu tu pun memang hangat dipasang di radio. Lagu sedap didengar dan dilayan. Tapi saya cukup tersentuh dengan liriknya, mengingatkan saya pada seseorang.


Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

Ye, antara cara dia untuk menarik perhatian saya ialah dengan memetik lirik2 lagu. haha

Dia yang sentiasa menunggu. Saya sendiri tak tau dan tak faham apa yang menarik dia untuk terus sabar bertahan dengan layanan acuh tak acuh saya dan terus menunggu. Oktober 2011 hingga Oktober 2013. Ye, 2 tahun dia menunggu..

Bila ditanya, kenapa tunggu saya.. jawabnya, "satu hari nanti saya akan kongsikan"
Bila ditanya, sampai bila mahu menunggu, jawabnya, "itu bukan saya mahupun awak yang tentukan, biar Allah yang tentukan". Namun nampaknya saya akan terus tertanya. Sebagaimana dia terus menanti saya hingga saat akhirnya..

Jujur saya sangat tersentuh mendengar cerita sepupunya selepas pemergiannya. Arwah pernah berkata "saya akan tetap tunggu dia".

Genap 60 hari tanpanya.. ALFATIHAH
-TigaDisemberDuaRibuTigaBelas-


♥ anish ♥

Friday, November 22, 2013

Kiriman buatmu




Jumaat lagi.. Jumaat minggu ke-7 selepas Jumaat itu
Setiap hari kuttitip doa & Al-Fatihah
Setiap Jumaat kukirim Yaasin
Tak tahu.. Mungkin itu sebagai sapaan rinduku
Moga sedikit sebanyak dapat membantumu di sana

Ye.. Ku akui,
Ada terselit rindu..
Teman, Al-Fatihah

-DuapuluhduaNovemberDuaRibuTigaBelas-

♥ anish ♥

Monday, November 4, 2013

Al-Fatihah



Tanggal ini,
Bulan lalu..

Terkejut masih ada
Tangis masih bersisa
Kerinduan sentiasa menerpa
Kehilangan sangat terasa

Perlahan-lahan..
Kesedihan itu kusimpan
Kepahitan itu kutelan
Kepiluan itu kupendam
Kepasrahan itu kutanam
Kenyataan itu kuterima
Keredhaan itu kupinta

Terima kasih..
Untuk kenangan yang ditinggalkan
Untuk kasih sayang yang dicurahkan
Untuk kata-kata yang diucapkan
Untuk kesabaran yang ditunjukkan
Untuk semangat yang ditiupkan
Untuk segala yang pastinya sukar untuk dilupakan

Terima kasih Tuhan, atas pinjamanMu
Moga bahagia. Al-Fatihah [16Mar1984-04Oct2013]

-EmpatNovemberDuaribuTigaBelas-


♥ anish ♥

Saturday, November 2, 2013

Assalamualaikum


Selepas hampir 2 tahun
Aku menyepi
haha
Tak ade ape nak update
Tak ade ape nak share

November 2013
Aku cuba kembali
untuk kepuasan sendiri
hehe


♥ anish ♥

Friday, December 30, 2011

Soal Jawab Rasulullah & iblis


Sedikit perkongsian buat semua. Smoga bermanfaat.. :)

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."

Rasulullah bersabda: "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab: "Allah dan rasulNya yang lebih tahu".
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya".

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah".
Nabi menahannya: "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin."
Rasulullah SAW lalu menjawab: "Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?"
Iblis menjawab: "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun karena terpaksa".

"Siapa yang memaksamu?"

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin".

"Oleh karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh".

Orang yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"
Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."
"Siapa selanjutnya?" tanya Rasulullah.
"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."
"Lalu siapa lagi?"
"Orang Alim dan wara' (Loyal)"
"Lalu siapa lagi?"
"Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?"
"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya?"
" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar".
"Selanjutnya apa?"
"Orang kaya yang bersyukur"
"Apa tanda kesyukurannya?"
"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."
"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"
"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."
"Umar bin Khattab?"
"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur."
"Usman bin Affan?"
"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."
"Ali bin Abi Thalib?"
" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir kepada Allah SWT)

Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak saalat?"
"Aku merasa panas dingin dan gemetar."
"Kenapa?"
"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat."
"Jika seorang umatku berpuasa?"
"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."
"Jika ia berhaji?"
"Aku seperti orang gila."
"Jika ia membaca Al Qur'an?"
"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
"Jika ia bersedekah?"
"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"Mengapa bisa begitu?"
"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."
"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"Suara kuda perang di jalan Allah."
"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"Taubat orang yang bertaubat."
"Apa yang dapat membakar hatimu?"
"Istighfar di waktu siang dan malam."
"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"Sedekah yang diam-diam."
"Apa yang dapat menusuk matamu?"
"Shalat fajar"
"Apa yang dapat memukul kepalamu?"
"Shalat berjamaah."
"Apa yang paling mengganggumu?"
"Majelis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?"
"Dengan tangan kiri dan jariku."
"Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
"Di bawah kuku manusia."

Manusia yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya: "Siapa temanmu wahai Iblis?"
"Pemakan riba"
"Siapa sahabatmu?"
"Pezina"
"Siapa teman tidurmu?"
"Pemabuk"
"Siapa tamumu?"
"Pencuri"
"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir"
"Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai"
"Siapa kekasihmu?"
"Orang yang meninggalkan salat Jumaat"
"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"
"Orang yang meninggalkan salatnya dengan sengaja"

Iblis tak Berdaya di Hadapan Orang yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."
Iblis segera menimpali: "Tidak, tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku.
Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu?"
"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barangsiapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70.000 Anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak. Dan setiap anakku memiliki 70.000 syaithan. Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk menggangu anak-anak muda, sebagian untuk menganggu orang-orang tua, sebagian untuk menggangu wanta-wanita tua, sebagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada salat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu salat berjamaah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaithan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaithan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaithan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anakku selalu meyusup dan berubah dari satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad? bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah mahluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad?
Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, Cerai.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur ulur salat. Setiap ia hendak berdiri untuk salat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan salat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya ke mukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia salat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'salatmu tidak sah'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam salatnya akan dipukul.

Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun salat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.
Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keledai.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat.
Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaithan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedangan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, "kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat."
Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?"

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"
"10 macam"
"Apa saja?"
"Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaithan.

Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaithan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, "silahkan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata: "Wahai Muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda."

Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat: "mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT" (QS Hud :118 - 119). Juga membaca, "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku." (QS Al-Ahzab: 38)

Iblis lalu berkata: "Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk-mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."

♥ anish ♥

Saturday, August 6, 2011

Solat Terawih Bersendirian


Sedikit sharing berkenaan solat terawih.. :)

Soalan :

1 ) Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?

2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan:

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain.

Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Wallahu a’lam.

By : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

♥ anish ♥

Sunday, July 10, 2011

Temuduga - Calon Jenazah [Good Luck semua!]



SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:


A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):


1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:


Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:


Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:


Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:


Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:


1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:


Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:


Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya

.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.


Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.


Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Wallahua'lam..




source: unknown tapi saya amik dari kawan saya incik Lud Ibrahim
pic from: iluvislam.com

♥ anish ♥

Monday, April 18, 2011

Kisah Si Dia


Yang dicari walau bukan putera raja,
tapi biarlah putera agama.

Yang diimpi biarlah tiada rupa,
asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani sempurna hati,

Yang diharap bukan jihad pada semangat,
asal perjuangan ada matlamat.

Yang datang tak perlu rijal dengan silam gemilang,
kerana hamba ini srikandi yang kelam.

Yang dinanti bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.

Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati,
hamba redha ketetapan ILAHI..
By: Acho l Demi Masa , April 11

♥ anish ♥

Soalan Kita & Jawapan Al-Quran


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " - Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. " - Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA

QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk " - Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?" - Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." - Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!

QURAN MENJAWAB: ".. dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. " - Surah Yusuf ayat 12


Wallahua'lam..



♥ anish ♥

Saturday, February 19, 2011

Maulidul Rasul - The Chosen One

The Chosen One
by: Maher Zain

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Salam Maulidul Rasul..




♥ anish ♥

Tuesday, February 15, 2011

♥ Hari kekasihku ♥


Salam. Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi'ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Dan hari ini, 15 February 2011 bersamaan 12 Rabiul Awwal, kita menyambut hari kelahiran kekasih hati kita, Baginda Nabi Muhammad. Inilah sebenar-benarnya hari kekasih. Selamat Ulang Tahun kekasihku.. selawat dan salam buat mu..

Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW

Source: iluvislam

♥ anish ♥